Slider

Mid–Year Giveaway by Nisa Menaip

Tuesday, May 31, 2011

 

 


Sila klik gambar untuk ke entri GA ini.

Saya nak menang hadiah giveaway oleh adik Nisa Kay! Yang bestnya, GA ni disponsor oleh :

TARIKH MULA : 31 MEI 2011  >   TARIKH TUTUP : 6 JUN 2011

Banyak tukang sponsor, banyaklah hadiahnya. Sapa – sapa yang nak cuba nasib, silakanlah join Open-mouthed smile

Pasal Shahz Jaszle

Sunday, May 29, 2011

Tetiba teringat kat dia =P
Esok ah cerita. Taip kat sini lambat.



Bai!

[Seram] Pengalaman diganggu tangisan sayu di tengah malam. Tu la, jangan main–main dengan Mahsuri.

Thursday, May 19, 2011

Kisah ni berlaku ketika saya Tingkatan 3. Waktu tu saya tinggal di asrama. Tiap - tiap malam, akan ada prep (semua asrama pun macam ni kot) sampai pukul 11 malam.

Berhampiran asrama putera (ASPURA) dan asrama puteri (ASPURI) disediakan sebuah kelas untuk kelas Tingkatan 4 & 5 aliran Sains Tulen (dalam satu pagar dengan asrama). So, lepas waktu sekolah, pelajar yang tinggal di asrama boleh menggunakan kelas tersebut sebagai bilik prep.

Tiap – tiap malam lepas solat Isya’, semua pelajar dimestikan berada di bilik prep. Di Aspuri, disediakan tiga bilik untuk sessi prep.

layout_asrama_SMKTPCe tengok dalam gambarajah diatas kedudukan pokok kemboja di tepi kelas 5ST.

Ada la pada satu malam tu, lepas habis prep, saya, Kamilah dan Kak Pah tinggal 3 orang je kat dalam bilik kelas 5ST. Ada lagi student yang tak naik bilik terus. Diorang study kat bilik prep bersebelahan koridor.

Mula – mula sambung study macam biasa. Ntah macam mana, Kak Pah tercerita pengalaman dia buat Kerja Khusus berkenaan Lagenda Mahsuri. Dia cerita macam mana dia dan kawan – kawan menjelajah ke kampung – kampung untuk mengorek isi cerita dari atuk – atuk nenek – nenek berkenaan kisah Mahsuri ni.

Tup tup masuk bab Aisyah keturunan ketujuh Mahsuri. Waktu tu kami berbincang bagaimana betapa senangnya orang pegi menjelajah ke Siam tengok – tengok diorang claim dah jumpa keturunan ketujuh Mahsuri. (Tapi nak diikutkan, ada logik la jugak sebab dulu suami Mahsuri larikan Wan Hakim ke Siam lepas balik – balik je tengok bini dia dah kena bunuh)

Masing – masing bagi pendapat logik pikiran Tahap-2-Sekolah-Menengah masing – masing berkenaan kisah tu. Tak puas hati semua keluar lah. Dalam dok ngumpat – ngumpat tu, ntah kenapa hati ni tergerak nak tengok cara duduk masing – masing.

Time tu saya duduk atas kerusi kaki kanan kat lantai, kaki kiri naik letak kat atas kerusi. Kamilah & Kak Pah duduk bersila. Waktu tu terfikir dalam hati “Ish, macam mana lah kalau jadi apa – apa, dengan kedudukan kitorang macam ni, sempat ke nak lari. Aku dok mcm ni oke kot, boleh lari pantas, nak dibandingkan dengan diorang, nak kena pakai kasut kedua – dua belah lagi..” – Sambil kaki kanan menyarung selipar.

Meja dalam kelas tu dicantum menjadi dua meja. Saya dan Kamilah duduk menghadap ke white board manakala Kak Pah duduk menghadap kitorang. Borak punya borak punya borak…

Rujuk gambarajah dibawah untuk kefahaman.

layout_5ST

Dalam dok sedap meluahkan akan ketidakpuashatian masing – masing berkenaan isu ni, tiba – tiba..

“Huuu..uuu..uuuu~” – kedengaran suara seseorang sedang menangis. Sayu sangat.

Kitorang yang masing – masing rancak berborak terus terdiam. Kami masih disitu. Memandang antara satu sama lain. Memastikan.

“Huuu..uuu…uuu..” Suara tu! DARI POKOK CEMPAKA SEBELAH KELAS!

Turunkan kaki kiri, sarung selipar terus bingkas bangun. Kelam kabut kami bertiga berlari keluar dari kelas tu. Pelajar – pelajar yang ada kat dalam bilik prep sebelah semua kehairanan asal kitorang masing – masing berpeluh lari ke bilik tu.

Berpeluh beb! Padahal keluar dari kelas tu 5 langkah pun tak sampai (gapnya adalah laluan koridor yang 6 kaki pun tak sampai rasanya)

Memang jelas suara perempuan menangis time tu. Dari pokokcempaka. Ke dari sebelah pokok tu ke wallahualam. Bila ditanya kat pelajar di bilik sebelah, takde pulak diorang dengar apa – apa. Pucat lesi masing – masing. Saya sampai menangis sebab takut T__T.

Dalam celah – celah tu, sempat pulak Fiza puji “Fina comelnya nangiss..”

Awww..*blushing
.
Eh.

Itulah sedikit cerita dari saya yang tengah buat – buat free kat pejabat walaupun masih ada kerja dan dengan ke’absent’an internet lagi T__T” telah melengkapkan perasaan nak keja taknak keja saya pada hari ini.

Heavennya keja takda internet. Rasa macam staff bertanggungjawab sebab tak bukak blog mahupun Facebook dikala waktu bekerja –.-“

Pokok cempaka sangat sinonim dengan kubur. Kan? Nasib baik tak trauma yu.

Bai (-.-“)/

Oh ya. Ini adalah schedule post ye Smile with tongue out

[Seram] Jangan bermulut celupar kalau tinggal di asrama. Lagi–lagi pukul 00:00 keatas.

Wednesday, May 18, 2011



Waktu tu, baru lepas prep. Hanya tinggal saya, Fiza, Kamilah kalau tak silap (tak ingat) dan beberapa orang kakak senior sedang sambung study. Lepas prep, semua kerusi meja yang digunakan akan dikemaskan oleh pelajar – pelajar yang gunakan meja study tu tadi.

Kami sambung study dalam keadaan yang sangat best sebab tenang takde soseh – soseh kedengaran dok sembang – sembang gosip – gosip oleh pelajar – pelajar lain. Waktu tu dah dekat – dekat nak masuk pukul 12 tengah malam.

Tengah sedap – sedap study dok interview akak senior yang bernama Kak Mini kalau tak silap tentang apa itu white head dan apa itu black head (almaklumlah, bodo – bodo lagi tak reti bab – bab penjagaan muka ni. Ai innocent lagi waktu tuBlushing, padahal pembesaran lambatCryingtiba – tiba kakak – kakak Ting. 6 yang tengah study kat bilik warden meluru ke bilik prep kitorang.


Senior Form 6 : Hampa nampak dak? Kitorang : Nampak apa?
Senior Form 6 : Hantu!
Kitorang : Haa?? Mana mana?

Terus diorang tunjuk kat satu lembaga tengah berlegar – legar kat depan Aspura (asrama lelaki).
Terus masing – masing meluru ke tingkap nak tengok. (Tuuuuu.. berani tuu



Rupa – rupanya budak Aspura tengah mengusik. Along dengan si Azrin. Along Tingkatan 5. Tinggi orangnya, manakala Azrin seusia saya. Dan juga lagi kecik dari saya Tongue

layout_asrama_along_dan_azrin_jadi_hantu
So, dengan kolaberasi diorang, Along dokong Azrin yang kecik tu kat atas bahunya, amek cadar katil putih asrama, jalan kat kawasan lapang depan surau yang terletak di antara Aspuri (asrama perempuan) dan Aspura.

Kira kalau bukak tingkap dari Aspuri boleh nampak bilik Aspura la. Cecece..dulu time ni suka tengok kakak – kakak senior dok bermain mata dengan abang – abang bilik depan di sebalik langsir. Malu – malu la tu. Elelelecomey ja. Ai? Ai time sekolah orang tak pandang sebab waktu Form 4 pun Ustaz boleh tersalah anggap yang ai ni baru Form 1 T__T. Sapa nak ngorat kalau lagu tu? Tapi sekarang dah terlebih besar la pulak. Demokkk T__T. 

Eh, kita bukan nak cerita pasal tu. Sambung balik sambung balik.

Awal tu terkejut jugak. Tapi bila perhati betul – betul, nampak sangat si Along dengan Azrin tu. Eleh. Terus jadi tak takut.
Tiba – tiba hati jadi berani terus sound diorang..

“Ooii..ngusik laaa, tengok sat lagi tepat pukul 12.05 minit ampa kena kacau balik, baru padan muka”

Pergh. Mulut ai celupar gila yuols.
Lepas tu kitorang terus sambung balik study macam takdak apa – apa berlaku. Tak sampai 5 minit tunduk menghadap buku, tiba – tiba..

TUP!

BLACKOUT!

TEPAT PUKUL 12 TENGAH MALAM!!

Warghhhh!

Masing – masing terus meluru ke pintu nak naik ke dorm.
Tapi ada rintangan sebelum dapat keluar dari bilik tu!

Ya Allahhh..time tu macam banyak sangat kerusi bergelimpangan kat lantai. Macam tak tersusun! Macam tengah berkecamuk semuanya.

Masing – masing ambik masa nak keluar dari bilik prep tu dok cari jalan keluar dari kerusi – kerusi yang seolah – olah tak disusun dari awal. Padahal awal – awal tadi kerusi dah disusun oleh pelajar yang guna lepas prep tadi! Pintu cuma dalam 4 kaki je dari meja study saya..Tapi macam jauh gila nak sampai ke pintu!

Lepas tu, naik ke atas, mujur ada lampu kecemasan. Tak la bergelap sangat kami. Jantung macam nak pecah sebab laju sangat mengepam..

“Pucatnya Finaaaaaaaa..” Itu je yang saya dengar dari budak – budak dorm Dang Wangi. Maunya tak pucat. Menyesal gila sebab mulut ni celupar sangat cakap yang bukan – bukan.

Ya Allah..nasib baiklah tak berlaku apa – apa time tu. Nasib baiklah takde sapa pun kena sampuk ke histeria ke waktu jadi tu. Ya Allahh..

Tapi masalahnya Cipina, macam mana hang tau tepat pukul 12 tengah malam perkara tu berlaku?

Sebabnya..

Fiza bagitahu..

Katanya “Waktu tengah study tadi, Fiza sempat langut (dongak) tengok jam. Time tu tepat pukul 12. Baru tunduk nak study balik, terus kelam!”

Sejak dari peristiwa malam tu, tobat dah nak study lepas pukul 11. Cukup time ja terus naik ke dorm. #hambekau

Jom Cuci Keyboard Sendiri

Saturday, May 14, 2011

Haha. 

Gelak dulu. 

Tetiba je kau ni Cipina, orang bagi salam di awal entri, ko dah gelak. Apahal?

Pernah bayangkan tak macam mana keadaanya keyboard komputer korang yang dah naik kaler kuning (bagi yang punyai keyboard warna cerah –putih/krim dsb.)belingas (ini adalah loghat Kedah. Maksudnya : kotor gila) tu. Then, sambil dok facebooking, blogging, surfing kat tenet sambil tu sedap je dok korek idung la, makan keropok la, rojak la, bla..bla..bla.

Dengan jari yang korang buat onar tadi, jari tuuuuu la jugak korang tekan keyboard. Mananya tak lekat kekotoran segala kannn..pastu tak jaga pulak keyboard tu.

So, korang berapa kali cuci keyboard dalam masa setahun? Tak pernah? Saya hebat sikit. Sebab pernah cuci sekali ngehe.

Ini cara saya cuci keyboard sendiri..Tapi tak banyak gambar diambil sebab teruja sangat sampai terlupa nak snap picture-.-“

Tengok kat dalam video di entri cara cuci keyboard yang lepas nampak macam senang je kan?

Memang senang pun haha.

Ahhh..tak kisahlah. Jom.



  

keyboard
Saya guna keyboard lama yang dah tak guna.
Masih boleh digunakan sebenarnya, tapi tak berapa best menaip tu yang tak guna tu.


  
keyboard1
Gambar model selepas dibogelkan butang – butang di colek/kopek 

keyboard_rendam dalam air sabun
Gambar semasa – butang – butang model sedang berendam



Mula – mula tu cuak jugak la nak colek keyboard tu. Takut kang patah ke takleh guna ke ke lepas tu kan dah jadi kes naya. Sekali dah colek, baru tau best! Kalau tak caya, buat sendiri. Cer terai cer terai

Bila dah mula yakin yang keyboard tu takkan apa – apa, rasa macam seronok pulak. Korang pernah kan picit bubble wrap? Best je dengar bunyi letup letup tu. Macam tu lah feeling dia bila mengopek kekunci keyboard nih! Seronok!

Tak susah mana pun nak cuci keyboard ni. Puas hati bila boleh tonyoh tonyoh sental sental butang kekunci yang *berdanak tu.

So, secara ringkasnya, ini step yang saya buat.


1. Ambil gambar keyboard korang sebelum ceraikan semua butang – butang kekunci tu – in case korang lupa susunan aksara – aksara kat keyboard korang tu boleh la korang rujuk balik. 



2. Terbalikkan keyboard korang ke bawah, goyangkan keyboard ke kiri dan kanan bagi mengeluarkan debu – debu/sampah – sampah/mayat – mayat semut/rambut – rambut etc. Ketuk - ketuk sikit supaya debu – debu yang melekat kat keyboard boleh tanggal. Jangan la over ketuk kuat – kuat. Sikit – sikit dah la. 


3. Then, ambil screw driver ke, atau apa – apa alat yang membolehkan korang colek butang – butang kat keyboard tu. 


4. Colek/kopek butang – butang tu satu persatu. Tapi hati – hati jangan kuat sangat. Akan ada beberapa butang yang macam susah sikit nak colek sebab di attach dengan besi dan juga diletakkan spring. Jadi seelok – eloknya amek gambar waktu nak dismantle butang – butang yagn tricky tu. Takut nanti bila nak pasang balik tak reti pulak tak pun tengok2 ada besi2/spring lebih lepas dah habis pasang balik. Dah satu pasal buang masa nak check satu – satu. 


5. Lepas dah colek butang – butang tu, rendam dalam air sabun/suam. Seeloknya semalaman biar tanggal semua daki – daki yang dah berkurun melekat kat situ. Nak guna berus gigi ke, berus jamban ke terpulanglah korang. Tapi saya rendam sekejap je..sejam pn tak sampai. 

Gelojoh punya pasal! 

6. Bila dah selesai membogelkan keyboard tu, korang boleh tengok la keadaanya kat bawah kekunci keyboard korang.. 


bahagian bawah keyboard yang kotor
Tudiaaaaa!


  • Cuci bahagian dalam keyboard korang. Tapi jangan guna air! Guna kain yang lembap untuk cuci debu – debu yang melekat. Boleh guna compress can, vacuum cleaner atau apa – apa saja tool yang membolehkan korang remove segala debu – debu kat situ. Dalam kes saya, siap ada minyak lagi kat celah – celah tu. So, susah sket nak cuci. Dan ya, saya cuma guna kain buruk yang dilembapkan dengan sabun cuci lantai Jadilah untuk proses yang alatannya serba tak mencukupi. 
  • Lepas dah puas hati dengan tahap kebersihan kekunci keyboard korang, sila keringkan. Pastikan butang – butang tu betul – betul kering ye. Nanti rosak sebab ada part yang takleh kena air basah ke saya tak tanggung. 
  • Untuk letak balik kekunci keyboard korang, pastikan korang susun betul – betul. Jangan susun ikut turutan ABC udahhhh. Naya naya. Rujuk balik kat gambar yang korang ambil tadi. *Tapi apa salahnya kalau nak prank kawan – kawan yg tak sedor diri guna pc korang mcm harta sendiri, buatlah DevilRisiko tanggung sendiri haaaa 
  • Seelok – eloknya, pasangkan dulu butang – butang yang susah. Macam butan enter, spacebar @ mana – mana butang yang ada besi/spring etc. Then baru pasang yang senang – senang ni. 

Siap! Keyboard komputer korang akan kelihatan seperti baru! 

Gambar selepas dicuci!


..or at least, nampak balik warna asal keyboard korang Yang penting bersih dan tak berdebu lagi!

Selamat mencuba!


Eh, tadi cakap ringkas je tipsnya Cipina oii. Ni panjang berjela pulak-.-“



Disclaimer : Kalu nak buat , sila buat at your own risk. Kalau rosak/defect kat mana – mana ke keyboard korang, saya tak bertanggungjawab eh. Sapa suruh tak check kat sumber lain

Cara cuci papan kekunci komputer [keyboard]

Sunday, May 8, 2011

 

Keyboard berhabuk sangat mencacatkan pemandangan. Sakit je hati tengok keyboard  yang berdebu, sememeh, belingas dengan bekas cap jari. Kita rasa bersih. Tapi tak semestinya bersih.

Ini saya share video yang dicilok dari Wikihow.

 

Cara–cara mencuci papan kekunci (keyboard)

 

Nampak macam senang je dia colek butang – butang keyboard tu kan?

Tunggu entri lepas ni nak tengok boleh ke tak saya buat.

source : http://www.wikihow.com/Clean-a-Keyboard

Macam mana nak tag nama rakan di Facebook

Friday, May 6, 2011

Kalau dulu, kita kena taip @namarakan untuk tag mereka di wall post atau kotak komen, tapi sekarang tak lagi. Lagi mudah dari tu.

Korang hanya perlu taip nama Facebook diorang dimulakan dengan huruf besar, dan akan keluar suggestion nama rakan – rakan korang.

Kalau dulu, kalau tag kena tag nama penuh diorang contoh : Noor Puteri Qistina Irdina Cenderwasih binti Ali – bukan nama sebenar, sekarang korang boleh just pilih salah satu perkataan dari nama dia.

Ini contoh bergambar

Klik gambar ke sumber

Kalau masih nak tag guna @namarakan pun masih boleh. Lepas lepas ni tak tahu lah kan.

Senang la sikit. Tak la nampak pelik sangat bila kena tag nama penuh kawan – kawan kat kotak komen. Skema semacam.

Tag rakan di facebook

 

Kejadian enjin mati di traffic light

Ini kejadian kelmarin. Waktu tu hampir – hampir pukul 12.00 tengahari. Ada sedikit urusan yang memaksa saya dan Julia keluar awal. Hujan renyai – renyai. Sambil dok sembang – sembang, buat sesi luahan perasaan (lebih kpd sy yg meluah Smile with tongue out ), lepas geram, dan sempat Julia memuji akan kereta kesayangan beliau yang tak buat hal hari ni sebab selalunya kalau hujan kereta dia akan meragam, sekali sampai kat lampu isyarat nak ke Sekolah Teknik, kereta beliau tiba – tiba menjadi slow. Slow bukan sebab Julia perlahankan kenderaan, tapi sebab enjin kereta mati! Crying face

Nasib baik enjin mati sebelum sampai lampu isyarat, buatnya mati kat tengah – tengah jalan tu tak ke kes naya kan. Dah la dua – dua pompuan, sapa nak tolak keta? Julia dah kaget. Saya, tak dapat dinyatakan perasaan time tu..malu ke, segan ke, nak nangis ke tak dapat dipastikan. Sedang terlalu marah sampai takde perasaan (amboi ayat). Asek marah je kan kau Cipina sejak dua tiga menjak nih.

Ye. Saya selalu marah – marah sejak 2 3 hari ni.  Orang tertentu je tahu kenapa.

 

P5050419
nampak tak lampu isyarat kat depan tu–.-“

P5050413Betul – betul depan lampu isyarat. Time ni Abg Zaki pegi amek mekanik kat bengkel.
Nasib baik la ada bengkel just around the corner. 5 6 kali jugak la lampu bertukar baru mekanik sampai.

P5050416
Sabo je la orang lalu pandang – pandang –.-‘

P5050424
Nasib baik ada Abg Zaki – pemandu jabatan.

P5050429
Time ni staff bengkel tengah tanya harga servis.

P5050434
Kereta ni biadap, dah masuk jalan orang baru nak bagi signal.

Lepas hampir sejam setengah struggle n semua kerja selesai (termasuk urusan yang nak dibuat tadi), g pejabat balik ambil Hafis pegi lunch.

P5050451_lunch
Lunch kat sini. Kat depan tu Taman Lagenda

Nasib baik la bos tak marah masuk lambat. Alah, urusan kami tadi pun berkenaan dengan bos jugak dan nak buat macam mana benda dah tak boleh elak kann..

Tapi kan, sebelum balik boleh pulak ngantuk dua tiga round. Tengah duduk pun boleh lelap. Orang kata kalau kita mengantuk melampau ni maknanya ada orang terdekat meninggal eh?

Wallahualam..

Hari Khamis, kat Kedah balik keja pukul 3.30 petang Red heart

Dadali–Di Saat Aku Mencintaimu

Tuesday, May 3, 2011

Stuck to this song for quite some time Sigh
Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta
0

Kejadian Biadap di Stesen Minyak

Monday, May 2, 2011

Macam ni ceritanya.

Saya selalu isi minyak di Stesen Minyak Shell. Suka isi minyak kat situ sebab Shell tak besar macam Petronas dan lagi satu dekat dengan jalan. Ada 6 lorong untuk isi minyak. Lorong 1 & lorong 2 adalah untuk motosikal dan selebihnya adalah untuk kereta/bas/lori/kereta bomba etc etc etc. So, senang la masuk – masuk je dah boleh parking dan terus pergi bayar duit minyak.

Sesampainya tadi ke stesen minyak, kelihatan di lorong 1 ada dua buah motosikal dan di lorong 2 ada sebuah motosikal. Jadi, terus saya ke lorong 2 dan parking di belakang motosikal tu.

Then teruslah pegi ke kaunter bayar duit minyak. Baru je berpaling dari kaunter, ada sebiji Unser terus masuk ke kotak parking lorong 2, keluar dari kereta, angkat tangan tunjuk 5 jarinya sambil melaung “Lima puluh”

Terus dia angkat nozle isi minyak kat kereta dia.

Saya jenguk akak kaunter tu tapi dia buat macam takde apa – apa je. Eh. Apa ni?

Sepatutnya saya yang bayar dulu, saya la yang isi dulu. Biadap punya orang tua. Dah la isi RM50, saya yang isi RM5 ni pulak terpaksa tunggu sedangkan saya yang sampai dulu. Geramnya!

Saya tak cakap kosong. Ini gambar.

P5020124_kurang_ajar
selamba diaaa jeAngry

P5020123_kurang_ajar
dia isi dulu baru p bayar. Time ni saya dah bayar dan terpaksa tunggu Waiting

Rasa macam nak maki. Tapi cukuplah tadi kat pejabat pun dah berkarung – karung menyumpah orang (walaupun dalam hati).

Jap lagi kang jadi cerita lain pulak kat situ. Tak pun, dok buat mulut celupar ngan orang tak pasal – pasal eksiden tengah jalan kan dah tak sempat mengucap=.=’

Bercakap pasal eksiden dan sumpah. Ada satu peristiwa di mana seorang teman bersumpah jika dia menipu tentang perkara yang dia cakap pada waktu tu, dia akan eksiden. Beberapa hari lepas tu..

sungguh! Eksiden betul – betul.

Hmm..

Tak tahulah tu balasan tuhan sebab menipu ke apa wallahualam. Tapi, kalau dia tak beringat tu tak tahu lah kan.

Harap hati ni tak kotor dari dosa – dosa hingga tak mahu memaafkan orang.

Selamat malamLove Struck

CRIME ALERT by PDRM–KEJADIAN LANGGAR KERETA DAN ROMPAK

image
Jika ada kereta melanggar kita dari belakang, berwaspadalah agar tidak terpedaya dan menjadi mangsa rompakan. Penjenayah sanggup melakukan pelbagai cara untuk memperdaya masyarakat. Dalam sibuk kita berbincang tentang kemalangan, penjenayah mampu melarikan kereta kita dalam sekelip mata.

Nasihat daripada PDRM.
  1. Berhati – hati ketika memandu. Sebaiknya, ketahui jalan dan persekitaran tempat yang kita tuju.
  2. Jika ada kereta melanggar kereta kita dari belakang, duduk diam seketika. Tarik nafas dan tenangkan diri. Boleh hubungi saudara atau polis SEGERA.
  3. Gunakan cermin pandang belakang dan sisi untuk meninjau keadaan kereta di belakang, terutamanya pemandu serta penumpang dalam kereta tersebut.
  4. Jika keadaan selamat untuk turun dari kereta, cuba dapatkan nombor pendaftaran, jenis dan warna kereta tersebut. Ingat nama jalan dan terus pergi ke Balai Polis berhampiran untuk membuat laporan.
  5. Jika terdapat beberapa orang lelaki dalam kereta tersebut, elak dari berbincang atau membuka ruang mereka bertindak terhadap kita. Mereka mampu tolak kita dan terus masuk dalam kereta kita lalu pandu lari.
  6. Jika malam hari atau keadaan jalan gelap, elak turun dari kereta. Kerosakan kenderaan boleh ditampung oleh pihak insuran, namun tidak tentang keselamatan diri kita. CEGAH SEBELUM PARAH, INGAT SEBELUM KENA.
SUMBER :
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright