Slider

Perasaannya dapat berita bakal menerima RM150k

Tuesday, December 23, 2014

Hari ni terlewat ke tempat kerja. Bukan sebab lambat buat sendiri tak tak. Lambat sebab hujan kat kampung. Nak bawak kereta, kereta takde lagi. Nak suruh orang hantar, rasa menyusahkan orang. So last-lastnya inform orang di pejabat saya bakal lambat disebabkan faktor cuaca. Orang pejabat juga memaklumkan yang hujan juga di sana. Entah kenapa skema pulak rangkap ini.

Sampai di pejabat 30 lewat. Ambik kad tumbuk (?) [punch card] dan bawak naik atas, nak bagi bos initialkan sebagai pengesahan anak buah dia ni datang lambat bersebab.

Sampai di pejabat, kelihatan adik-adik pejabat memakai baju dengan rona yang sama. Naluri keenam sangat kita kan? Hihi

Buka pc, seperti biasa, check email adalah rutin wajib setiap pagi. 

Buang email-email tak penting sambil hairan memikirkan diri sendiri apesal-la-hang-pi-subscribe-mailing-list-depa-kalau-hang-takmau-buka-lansung-pun. Tu pun tak unsubscribe² jugak. Esoknya masuk lagi, delete lagi.

Buka spam box, dari TNB Kuala Lumpur?

Selalunya tak pernah buka email-email kat kotak spam tapi yang ni..

Bukak je lah. Courious sangat tau.


Bila bukak, 


Eleh, sekilas pandang ikan dilaut sudah ku kenal jantan betina. Sekilas pandang email TNB di spam box, sudah ku tahu ada tak kena.

Tapi baca jugak isi dalamnya hehe.

Tenaga Nasional Berhad(TNB HQ) 129 Jalan Bangsar,59200 Kuala Lumpur,Kuala Lumpur,Malaysia


Ini adalah satu pemberitahuan rasmi daripada ibu pejabat daripada TenagaNasional Berhad sempena Persatuan Air Malaysia (PAM) untuk memaklumkan andamengenai Hadiah Khas Eksklusif Tenaga Nasional Berhad Akhir Tahun  dan kamiKami dengan gembira mengumumkan alamat e-mel anda sebagai salah satudaripada 7 alamat e-mel yang dipilih semalam yang diadakan di ibu pejabat diKuala Lumpur.
Dilampirkan disini Nombor Rujukan TNB-1187-48901 dengan Nombor kelulusan,TNB / 2012-087 /KL, dan nombor bertuah, TNB / 7071KL-733 yang memenangi MYR150,000.00 (Seratus Lima Puluh Ribu Ringgit Malaysia Sahaja), alamat e-melanda dipilih dari pangkalan data ibu pejabat lembaga program Tenaga NasioanlBerhad dan TNB memberi MYR150,000 kepada 7 keluarga yang bertuah menerimamesej rasmi ini melalui e-mel sebagai pampasan 1 Malaysia.
Hadiah ekslusif Akhir Tahun TNB berjumlah  MYR150,000.00 akan dikeluarkankepada anda melalui bank antarabangsa. Oleh kerana rombakkan beberapa nombordan nama, kami meminta anda menyimpan mesej ini untuk diri sendiri dan tidakakan sama sekali mendedahkan kepada pihak TNB sehingga tuntutan anda telahdiproses, dan hadiah anda dimasukkan ke dalam akaun anda, kerana ini adalahsebahagian daripada protokol untuk mengelakkan penyalahgunaan nombor bertuahanda.
Untuk memulakan tuntutan TNB anda, anda dikehendaki mengisi borang pengesahandi bawah dan mengemukakannya kepada ejen tuntutan anda,Puan Zailina Bt ZainalAbidin bagi membolehkan beliau menjelaskan fail anda dan membayar dengansegera.

Jabatan Ganjaran TNBZailina Bt Zainal AbidinTEL: +60163774909E-Mel: tnb-bhd.my@outlook.my
Nama Penuh:Alamat Bil:Umur:Warganegara:Nombor Telefon Rumah:No. Pengesahan dan Rujukan Hadiah:
NOTA: Untuk mengelakkan kelewatan atau pembatalan, sila lampirkan bersamaNombor Rujukan dan Nombor Pengesahan TNB dalam semua urusan surat menyuratdengan ejen anda di dalam e-mel ini.
Semua wang hadiah mesti dituntut tidak lewat dari  tarikh 31 Dis, 2014. Apa-apa tuntutan yang tidak dibuat mengikut tarikh ini akan dikembalikan kepadaTenaga Nasional Berhad, Malaysia.
Tahniah !! Sekali lagiSaya yang menurut perintah,(Nor Fadilah Binti Samsudin)Setiausaha Publisiti TNB©Copyright 2014 Tenaga Nasional Berhad
Semua hak cipta terpelihara.
RM150K OKAYY. Terberangan sekejap apakah ini hasil solat dhuhaku yang sekejap buat sekejap tak buat itukah? Masya-Allah

Amboi. Asyik betul isi kandungan email ni. Siap hak cipta terpelihara lagi okay. 

Macam meyakinkan je siap letak contact person, contact number, nombor rujukan bagai, tengok email pun dah tahu mengarut. Organisasi besar macam TNB takkanlah nak guna email outlook walaupun email jabatan saya guna akaun Gmail sebab email yang pejabat bagi kapasitinya sangatlah kecil. Tp mcm kes pejabat saya ni, tak apa la. Customer dapat dari staff jabatan sendiri. So, kira valid la kan hihi.

Apa lagi. Google is your best friend katanya kann.

*Google*

Ya. 

Scam.


Sinar Harian, 2 Disember 2014
Orang nak menipu ni macam-macam. Berhati-hatilah selalu. 

Tutorial : Cari Telefon Pintar Yang Hilang ATAU Salah Letak Menggunakan Android Device Manager (Android)

Friday, October 31, 2014

Tadi waktu tengah sibuk buat 5S, salah sorang kawan tersalah letak hp dia. Tak dapat dikesan. Mencari-cari sejak pukul sepuluh pagi tadi tak jumpa-jumpa.

Kebetulan beberapa hari lepas saya terjumpa link untuk locate hp kita yang hilang kat Google Play Store. Siap test locate kedudukan dengan bunyi lagi.

So, sementara masih fresh dalam kepala, eloklah kiranya saya buat entri tutorial siap-siap incase lupa. Next time kalau hp hilang boleh la rujuk balik kat blog hehe.

So, kalau lah berlakunya kehilangan atau salah letak hp korang di mana-mana, sila ikut step ini.

Hanya untuk telefon bersistem operasi Android saja ya.

1. Mula-mula sekali, setiap kali lepas beli hp, pastikan korang buat setting ni dulu.

Klik Google Setting yang berlogokan macam kat sebelah ni.

Then, buka Android Device Manager

 

Pastu, kat dalam tu, tick di Remotely locate this device & Allow remote lock and erase.



Ok. Biarkan disitu. Boleh hidekan saja menda alah ni di drawer aplikasi korang supaya kuranglah sikit semak samun aplikasi kat dalam application drawer tu.

Seterusnya, antara part yang paling crucial. Yakni korang KENA INGAT email yang korang guna waktu register hp. Ini sangat sangat sangat penting. Kalaupun waktu beli tu orang kedai yang tolong buatkan, silalah ambik tahu email apa yang diorang registerkan dan beserta passwordnya sekali. Kalau tak, susah la ceritanya. Selalu sangat jumpa kes macam ni. Bagi orang kedai buatkan semuanya, dia tinggal nak guna je. Bila hp locked, jenuh la mencari orang yang boleh tolong unlockkan. Tak dapek den nak nolongnya.


Dah dapat email & password korang, bila berlaku kehilangan hp atau salah letak kat mana-mana dan tak dapat dikesan, boleh la buat langkah-langkah seperti dibawah.

Mula-mula pastikan korang ada sambungan ke Internet.

Kemudian, login Google Play Store di web.

Bila dah login, klik di ikon gandar seperti gambarajah di bawah.

Korang akan jumpa perkataan Android Device Manager. Klik kat situ.


Tengok kat dalam kotak tu. Klik situ.
Lepas klik Android Device Manager tu, korang akan dibawa ke paparan seperti berikut.

Lokasi dimana keberadaan peranti korang, fungsi Ring, Lock & Erase.
Disitu tertera model hp korang atau kalau nak, boleh tukar nama peranti korang ke nama yang korang nak. Caranya, klik je kat ikon pensel di sisi kanan kotak kecik tu. Tukar kat situ.

Ada 3 fungsi disitu.

Ring - Bila korang tekan ni, peranti korang akan berbunyi selama 5 minit dengan volume penuh.
Yang ni boleh digunakan bila hp salah letak ke, ataupun hp kena curi dan korang berada di kawasan yang berdekatan dengan kedudukan hp korang. 

Dia warning siap-siap hp korang akan dibisingkan dengan ringtone korang dengan
full volume selama 5 minit.
Lock - Seperti namanya, korang boleh kunci peranti korang dengan menekan butang LOCK tersebut. Kat situ, korang kena letak password baru beserta mesej (pilihan) dan nombor untuk dihubungi (pilihan).
    Mesej yang korang tulis tu akan tertera di hp korang.
    Lepas kunci, dia akan keluar mesej macam ni.
    Kat hp dia jadi macam ni.

    Locked by Android Device Manager
     Masukkan semula password baru yang korang set kat web tadi.
    Kena masukkan password baru.
    Dia tukar automatik kena letak password.
    Sebelum ni saya guna PIN sebagai kunci skrin.
    ...dan lepas tu korang dah boleh guna hp korang seperti biasa balik

    Perlu diingat, Bila korang masukkan password baru, bermakna di hp korang automatik akan ditukar fungsi kunci skrinnya. Macam saya sebelu ni guna PIN sebagai kunci skrin, automatik dia tukar ke Secured With Password. Means kena masukkan kata kunci. 

    Fungsi ni saya kurang gemar memandangkan keyboard Swiftkey saya sedikit lagging dan saya kena tunggu beberapa saat untuk keyboard muncul untuk saya taip password. Jenis kurang sabar macam ni lah kan :P Guna PIN senang, keypad nombor muncul siap-siap tiap kali nak masuk password :P

    Once hp dah ada dalam tangan, korang masukkan password yang korang set kat web tadi dan tukarlah balik mengikut kunci kesukaan korang.

    Lagi satu fungsi Erase. Tak test pun. Tapi kalau dah namanya PADAM, dah tentu-tentu la dia akan padam habis apa yang ada dalam hp kita. Gambar, sms, log panggilan dan sebagainya.

    Actually, banyak lagi caranya untuk dapatkan balik hp dengan bantuan web macam ni. Aplikasi mencari hp hilang pun banyak. Tapi, setiap aplikasi berbeza la setting dia kan.

    Ini cara paling basic la tanpa perlu install apa-apa aplikasi di hp.

    Jadi, ambil lah langkah awal sebelum berlaku apa-apa perkara tak diingini selepas ni.

    Tapi semua ni hanya boleh terjadi kalau hp korang disambungkan ke Internet. Kalau tak, lepas hp disambungkan ke Internet barulah fungsi-fungsi ni akan berkesan.

    Saya test kat hp sendiri, offline, kemudian buat test RING, tak berlaku apa-apa. Bila sambungkan ke wifi barulah hp berbunyi.

    So..

    Kes kawan saya tu.

    Nasib baik dia ingat email dan password akaun Google dia. Terus kami buat. Saya klik Ring dan dia cari ke setiap tempat yang dia singgah sebelum-sebelum tu. 

    Last-last jumpa dalam van. Rupa-rupanya dia tertinggal hp tu dalam van waktu pegi breakfast dengan pemandu jabatan :P

    Waktu dia ke van, lagu dengan volume penuh kedengaran di dalam van huhu.

    Alhamdulillah.

    So, bertindaklah sekarang sebelum terlambat.

    Pos ni sepatutnya pukul 2PM dah boleh publish, tapi memandangkan busy gila kat ofis tertangguh sampai ke pagi :P

    Sampai rumah, rehat kejap (terlelap sebenarnya), then pukul 9 malam ada Nasi Lemak Session pulak dengan kawan-kawan. Pukul 11 malam baru balik. Then, baru sambung buat entri ni eh eh eh ni dah nak masuk cerita lain dah ni.

    Better stop now heehee.

    Bai!

    Elok Buruk Baik Jahat

    Saturday, October 25, 2014


    Ini bangsa asli. Bangsa yang sangat jauh dari modenisasi.

    Nak dibandingkan dengan kita yang hidupnya lebih jauh bertamadun dan berstandard tinggi, kita kalah dengan mereka dalam satu bab ini.

    Setiap manusia ada buat silap. Tapi janganlah hanya disebabkan satu sahaja kesilapan tertutup habis segala kebaikan yang telah dilakukan. Ingat, kita itu tidaklah sempurna mana. Hanya baik sedikit dari yang dihukum. 

    Maafkan saya andai ada khilaf.

    Salam Maal Hijrah.

    Android - Swiftkey Keyboard

    Thursday, October 23, 2014

    Stock keyboard yang didatangkan sekali dengan hp sangat membosankan bagi saya sebagai seorang pengguna hp berjenama Samsung Galaxy ni. Try download beberapa keyboard di Play Store tapi tak best. Tak menepati kehendak naluri. 

    Klik untuk ke laman Play Store


    Sehingga la terjumpa satu pos kat fb oleh Mashable.com berkenaan satu keyboard ni yang dinamakan Swiftkey Keyboard. Bila tengok demo video yang dipaparkan di web tu terus jatuh chenta uols. Tapi betul ke jadi seperti apa yang ditayangkan di video tu? 

    Apa lagi, install la. Baru la tahu betul ke tak. Install yang free je pun. Sebulan boleh guna full feature dia. Memang best gila baq hang. Seperti apa yang digembar-gemburkan.

    Suka sangat design dia. Minimalis sangat.


    Feature paling best ialah predictive text dia. Keyboard lain pun ada jugak fungsi ni tapi bagi saya Swiftkey Keyboard ni lah yang paling win sekali ramalan dia. Kadang-kadang kita taip tak logik pun dia keluar perkataan yang kita nak.
    Contohnya macam ni.

    Tapi tu la. Setakat sebulan je lah. Free kan. For sebulan only. Lepas tu no more predictive text. Bila nak install yang full punya, kena bayar. USD6++ jugak la time tu kalau tak silap. Ce convert dengan RM, macam mahal kott.

    Disebabkan nak sangat sangat sebab dah sampai tahap takleh berpisah dah dengan Swiftkey Keyboard ni sebab kalau berpisah jugak tak bermakna la hari-hari ku tanpamu gitu maka terpaksalah menginstall di pasaran gelap. Sayang ke duit punya pasal.

    Maka dapatlah balik feature penuh dia.

    Ni antara feature yang ada dengan Swiftkey Keyboard dengan tagline dia yang berbunyi :

    Swiftkey Keyboard tagline
    The keyboard that learns from you

    Gituu.

    But yes, memang betul. Selain boleh pilih bahasa yang kita kehendaki, antara feature yang ada adalah seperi bila nak padam perkataan just swipe kat spacebar ke kiri, perkataan yang kita selalu taip dia akan ingat, loghat ke, shortform ke, dia simpan dan dia akan predict setiap kali kita nak menaip the next timenya. So, specialnya disini, keyboard ni di personalized mengikut kehendak kita. Kadang-kadang tu tak payah taip habis pun. Taip satu dua perkataan je, pastu tekan kat predictive box kat atas tu je dia dah taip siap-siap untuk kita. How easy kan. Oh, ko boleh pilih tema sendiri tau. I guna yang minimalis ja. I ni jiwa minimalis sikit takleh buat apa dah. Tak gemor yang fancy-fancy kalerful-kalerful ni.

    Kredit to : Swiftkey


    Tu baru sikit feature dia. Ada banyak lagi feature yang best-best. Antaranya, vibration intensity yang boleh diadjust mengikut suka. Saya suka vibration yang soft-soft je bila menaip. Lancar je menaip. But no more lepas update pi Jelly Bean :( Vibration dia takleh ejas lansung. Bila menaip terasa sebijik-sebijik. Keras. Mencik.

    Option lain, guna Flow.

    Flow. Best oo taip sambil swipe tak angkat jari ni. Cool kan?

    Boleh personalized layout, size dan undock (letak je kat mana-mana di skrin).
    How convenience is that

    Kat Tab 3 saya, saya undockkan dia, resize kan keyboard ikut keselesaan. Best okay bila ada keyboard yang boleh kita buat sesuka hati. Baru lah rasa macam fully utilized hp kita tu. Kihkih.

    Tengok video dia untuk lebih keterujaan.





    Tapi bila ko taip laju sangat, jadilah macam kat bawah ni :

    Swiftkey in action
    Jauh bebenor tanya udang >.<
    Kesnya ni, konfiden menaip sebab terlupa yang perkataan KERPAN tu I tak pernah guna
    sebelum ni so dia akan cari perkataan yang paling logik yg terdekat :P

    Yang kat dalam kotak tu, I buat bagi kompak. Senang nak taip guna sebelah tangan.

    So, apa tunggu lagi! I lepas install Swiftkey Keyboard ni terus tak nak keyboard lain. Setia ujung nyawalah kiranya. Tuuu. Over.

    Cepatlah dapatkan Swiftkey Keyboard ni untuk pengalaman yang takkan mengecewakan korang! Move fast!

    Oh oh. Lagi satu. Ianya sekarang dah FREE. Ulang suara. F-R-E-E! 

    PERCUMA!

    Cepat!

    Go now.


    Credit : Swiftkey website
    Last picture owned by me.

    Prosedur mengepos coklat dari Langkawi

    Sunday, October 12, 2014

    Baca kemaskini tahun 2021 mengenai prosedur baru di Pejabat Poslaju Langkawi.

    Printscreen gambar kat Google je hehehe pemalas

    Selalu dapat request dari kawan-kawan/blogger untuk tolong belikan coklat & poskan kepada mereka yang berada di tanah besar.

    So, kat sini saya nak ceritakan sedikit bagaimana proses nak membeli, mengesahkan pembelian di Jabatan Kastam & akhir sekali pengeposan.

    1. Beli coklat
    Obviously, beli coklat di kedai coklat la kan.
    Memandangkan ofis saya dekat sangat dengan kedai coklat Haji Ismail Group, so tak menjadi masalah dari segi nak pergi membelinya tu. Lepas dah beli, ke langkah seterusnya.

    2. Sahkan (declare) pembelian di Jabatan Kastam.
    Kat sini memberi sedikit masalah kepada saya. Satgi kita cerita kat perenggan selepas ni.

    Untuk pengetahuan, cukai coklat yang hendak dipos adalah sebanyak 30% daripada jumlah coklat yang dibeli. Kemudian, langkah seterusnya adalah pengeposan.

    Pandangan Jetty Point dari luar.

    Sebelum nak sampai jeti ni, kalau nak parking, ada dua petak parking disediakan. Satu hakmilik Majlis Perbandaran Langkawi, satu lagi parking Metro (seperti di dalam gambar). Satu lagi, parking bas untuk rombongan ke Langkawi. 

    Kredit gambar : KAT SINI

    Pandangan dalam Jetty Point.
    Ada dua tingkat. Tingkat dua ada boling dengan karaoke.

    Kredit gambar : SINI
    3. Pos
    Lepas dah selesai urusan di Kastam, kemudian barulah akan dipos.

    Kalau tak buat step nombor dua tu, jangan haraplah pos nak lepas item kita. Pernah ada sorang kawan ni, dia nak pos barang n dia selit coklat, pos dapat detect terus kena denda. Beratus jugak la denda dia tu.

    Ok. Yang masalahnya adalah kat sini.

    Untuk sah kan/declare pembelian coklat yang nak dipos tu, saya terpaksa tanjak ke terminal Jetty Point (pejabat Jabatan Kastam terdekat, yang dok check penumpang sebelum naik feri ke Kuala Kedah & Kuala Perlis) untuk dapatkan cop pengesahan & bayar cukai bagi pembelian coklat tersebut. Kemudian barulah boleh ke Pejabat Poslaju untuk tujuan pengeposan.

    Tengok peta kat bawah. Lokasi antara area kedai coklat dan ofis saya, terminal Jetty Point & Pejabat Pos Laju.


    Step 1 : Beli coklat
    Step2  : Declare pembelian di Kastam
    Step 3 : Pos di pejabat Poslaju

    Kat sini saya sediakan direction dari kedai coklat Haji Ismail Group ke terminal Jetty Point. KLIK SINI dan dari terminal Jetty Point ke Pejabat Poslaju. KLIK SINI

    Selalu yang dok jadi lewat tu bukan sebab apa, sebab Step 2 ni la. Nak bergerak tu susah. Saya naik skuter je ke tempat kerja. Kalau beli banyak-banyak jenuh jugak la nak carry. Melainkan kalau ada kawan yang sudi bawak pegi Jetty Point tu. Sama jugak la dengan pejabat Poslaju tu situasinya. 

    Kat Jetty Point, seperti yang ramai sedia maklum, antara tempat tersibuk kat Langkawi ni selain Pantai Cenang. Almaklumlah, orang naik turun feri kat situ. Bukan setakat Langkawi - Kuala Kedah/Kuala Perlis ke, ke Penang pun dari situ, ke Satun pun kat situ, ke Koh Lipe pun kat situ, even nak gi ke Pulau Payar pun kat situ. Nak tengok kecantikan Pulau Payar, sila KLIK SINI (kalau nak tengok peta, klik pautan Web alah pepandai lah cari hehe) 

    Yang mana pengangkutan laut semua kat sini lah kiranya (tak termasuk kargo bawak kereta. Yang tu kat Dermaga Tanjung Lembung) Lepas tu pulak orang nak pegi karaoke la, boling la, nak makan kat KFC la, Kenny Rogers la, minum kat Starbuck la, beli aiskrim kat Baskin Robbins la. Shopping lagi. So banyak betul lah aktiviti kat situ. Suka dimaklumkan (tetiba jadi ayat surat pulak hoho) terminal jeti Langkawi tak sama dengan terminal jeti kat Kuala Kedah atau Kuala Perlis yang semata-mata isi penumpang je. Terminal Jetty Point ni ada aktiviti perniagaan. Almaklumlah, pulau pelancongan kan. Kena fully utilised katanya.

    So, boleh bayangkan betapa sibuknya tempat tu kan? Bila dah ramai, maka parking menjadi isu. Jauh jugak dari parking nak ke terminal tu. Ada la dalam 2 3 minit berjalan. Dengan heret coklat yang berat tu lagi huhu.

    Lepas declare, bayar cukai coklat then bawak balik seterusnya pegi ke Step 3.

    Di pejabat pos, bila dah declare coklat yang nak dipos tu, step macam pos barang macam biasa la.

    Kalau ada kawan-kawan yang pernah pesan coklat kat saya dan saya delay penghantaran tu sebab ni lah. Bukan saja-saja nak buat ralit ke apa. Orang masuk duit kat kita kan. Tak seronok dok tangguh-tangguh.

    Bukanlah saya sengaja melambat-lambatkan proses nak menghantar coklat2 tu sampai buat orang tertunggu-tunggu. "Tunggu Cipina ni pos coklat tak sampai-sampai pun lagi. Tapi fesbuk hari2 dok update" Facebook tak payah gi jauh-jauh. Hujung jari je hehe :P *peace*

    Bagi kawan-kawan yang terbaca pos ni n berkenan nak suruh saya poskan coklat kat korang, boleh je. Takde hal. Cuma cepat ngn lambat tu je la hehe. Ah lagi satu. Order coklat sekali dengan ongkosnya ya hehehe lawak ja lawak ja :P


    \\\

    Update 2021

    Untuk sebarang urusan pengeposan barangan, Kastam dah buka kaunter di pejabat Poslaju. Jadi tak perlu dah ke Jetty Point untuk dapatkan cop kastam. Bagus la dah ada penambahbaikan. Rancak ya tengok orang yang mengepos. Sorang-sorang pos berkotak-kotak. Ramai ambil peluang jadi personal shopper kat Langkawi ni.

    Coklat, pinggan mangkuk, makanan kering, minyak gamat, banyak lagi la tak tersenarai hihi.

    Anyway, terima kasih singgah! :D  



    Percutian Tambun - Cameron 2014

    Thursday, October 9, 2014

    Dah selesai pun percutiannya tu.

    11-9 - 14-9 haritu.

    Tapi macam malas pulak nak update.

    Bila-bila free lah update :D


    “Hang tak pa la tak puasa”

    Thursday, October 2, 2014

    Sesekali buka laptop (terabai laptop ni lepas dah ada hp dgn tab) tergerak nak buka Windows Live Writer ni, terjumpa entri lama yang bersawang di draft.

    Cerita bulan puasa tahun lepas rasanya.

    Perihal sikap orang Melayu kita.

    Bila orang bangsa lain biadap dengan kita, kita marah. Tapi bila kita bercakap lebih kurang dengan diorang tak fikir pulak perasaan orang.

    Di pejabat.

    Dua orang staff melayu. Dua orang customer berbangsa Cina dan seorang customer berbangsa Melayu.

    Ketiga – tiga customer ini datang atas urusan masing – masing. Dua orang customer Cina datang terlebih dahulu. Dan customer Melayu ni datang kemudian.
    Kebetulan lif rosak. Maka sesiapa yang nak berurusan di pejabat ni terpaksa la menapak naik tangga ke tingkat 2. Tingkat 2 je kan.

    Sebaik punggung customer Melayu dilabuhkan diatas kerusi, terus staff bertanya :- 

    “Ya ada apa?”

    “Sattt..bagi la aku lepas penat dulu…naik tangga kottt” Makcik Melayu tu potong.

    “Exercise sikit hehe” salah sorang customer berbangsa Cina menyampuk. Nak beramah la kot.

    Terus dibidas makcik Melayu tu Hang tak pa la. Hang tak posa

    terus keadaan jadi sunyi.

    “Aku ni buat kuih lagi tadi” makcik tu sambung balik lepas customer Cina tu terdiam terus lepas kena sound macam tu.

    Keadaan jadi sunyi semula sekejap.

    Staff – staff pejabat yang memang dah kenal dengan makcik tu terus break the silence dengan bergurau – gurau dengan makcik tu tentang nak beli kuih dengan harga lebih murah kat dia. Nak elakkan suasana awkward tadi rasanya.

    Pada pandangan saya, makcik tu tak patut cakap macam tu. Orang nak beramah dengan kita. Balas la dengan perkataan yang elok – elok. Nak – nak pulak orang berbangsa lain yang cuba nak beramah dengan kita.

    Kesian customer Cina tu. Baru nak beramah – ramah dengan makcik tu kena sound lah pulak. Tak pasti la pulak kalau makcik tu dengan customer Cina tu saling mengenali tapi ayat makcik tu bagi saya sangat kasar dan rasanya diorang memang tak kenal antara satu sama lain.

    “Hang tak pa la. Hang tak posa”

    Bunyinya macam menyalahkan uncle Cina tu je sebab dia tak payah puasa dan makcik tu kena puasa.



    Hm.

    Cara menggalas beg tangan yang mengundang

    Tuesday, September 30, 2014

    Banyak kita dengar kejadian ragut di jalanraya yang melibatkan penunggang motosikal mengalami kecederaan parah ataupun meninggal dunia.

    Apa punca semua ni berlaku? Ok la straight to the point.

    Salah satu penyebab utamanya adalah KECUAIAN.

    Contoh paling fresh. Pagi tadi. Waktu nak datang kerja.

    Makcik membonceng motosikal, sandang beg tangan di bahu sebelah kanan. Jalan sedikit berbukit dengan kecondongan 10°. So, motor otomatik bergerak perlahan. Tambahan pulak bila naik berdua. 

    Geram hati ni sambil bebel "Punca semua ni. Punca!" tapi setakat bebel dalam hati je la.

    Rasa naaaak sangat speed ke depan, n tegur makcik tu "Makcik, galas beg sebelah kiri satgi kena ragut apa pun tak boleh" Setakat speed ke depan sikit je la nak tengok kebarangkalian makcik tu kena ragut tu kecik ke besar. Berpotensi bersarrrr. 2 saat dah cukup. Cuba bayangkan. Ambil kesempatan dengan keperlahanan motor mendaki bukit, dapatkan posisi yang sesuai, hiris tali beg, tarik. Babai. (Ini untuk kerja 2 orang la. Sorang bawak moto, sorang ragut ni-apasal-dah-tetiba-macam-bagi-tutorial-cara2-meragut-pulak-ni)

    Tapi disebabkan kat belakang ada dua biji kereta tengah mendaki sama, terus pecut sehabis daya potong motor diorang. 

    Haii la orang kita. Tak pernah lansung ambik iktibar. Bukan tak pernah jadi. Kat dalam berita, dalam paper, dalam media sosial. Bukan setakat tu saja. Kat Langkawi ni pun dah banyak kes macam tu berlaku. Tinggalnya belum ada lagi kemalangan jiwa. Tapi takkan la nak tunggu sampai ke tahap nyawa melayang baru nak ambik iktibar kan?

    Banyak kes ragut kat Langkawi ni berlaku disebabkan oleh kecuaian. Saya bagi dua contoh. 

    Kes Pertama. Berhenti kat traffic light, hand bag kat dalam raga motor. Tak cover dengan apa-apa. Elok je terdedah. Tak perasan orang sebelah dok aim. Lepas lampu bertukar hijau, si orang sebelah dah atur strategi. Lepas sikit je dari lampu isyarat, dengan senangnya beg dicilok. Ye lah. Target tengah terdedah elok macam menunggu dengan rela nak dicopet. Yang ni kebetulan orang dalam kereta belakang tengah merakam. Terakam sekali kejadian tu. 

    Kes Kedua. Makcik bawak motor, galas beg tangan di sebelah kanan. Kena ragut, nasib baik cedera ringan. Kot ye pun nak galas, galas la di sebelah kiri. Sebelah kanan orang memotong. Lagipun bila kita bawak motor, kita otomatik akan memandu di sebelah kiri jalan kan, susah la sikit orang nak ragut ke apa, sebelah kanan untuk kereta memotong, takde la diorang terpaksa ikut moto kita yang perlahan di sepanjang-panjang jalan kan. Lebih elok, jangan galas lansung lah. Bahaya betoi.  Letak beg tangan tu dalam raga, cover dengan apa-apa. Baju hujan ke, beg kertas ke. Penjenayah zaman sekarang ni dah la cepat belajar.

    Ada lagi kes yang lain-lain. Ada yang melibatkan orang tempatan dan banyak jugak melibatkan warga asing especially di Pantai Cenang.

    Tapi tu la. Langkawi kan. Harini kau ragut, esok ko dah kat lokap. Nak lari kemana kat pulau ni. Pusing kiri pusing kanan, adik beradik (sedara mara) belaka. Orang kenal.

    Tapi jangan risau. Langkawi masih selamat. Kejadian macam ni, kat mana pun boleh berlaku, kat sapa pun boleh jadi. Tak ragut, pickpocket. Macam-macam lagi lah jenayah pelik-pelik zaman sekarang ni. 

    Take extra precautions bila keluar rumah. Baca ayat Kursi banyak-banyak dan yakin dalam hati Allah akan lindungi kita dari sebarang kecelakaan Insyaallah.

    Lunch di Food Court Langkawi Parade

    Thursday, September 4, 2014

    Lunch dengan kawan-kawan sekolah rendah kelmarin di food court Langkawi Parade Shopping Mall, Langkawi.

    Walaupun masing-masing keja kat Langkawi, peluang nak berkumpul sangat sedikit disebabkan komitmen kerja.



    Bermula dengan ajakan suka-suka salah sorang kawan, dapat juga berkumpul walaupun sekadar beberapa orang.



    Susah sebenarnya nak dapat duduk semeja macam ni. Jadilah kan even sekejap je. Kawan-kawan yang lain, mintak maaf ya tak sempat nak roger kesemuanya. Nanti kita arrange lagi :D

    Makan Malam superb di Veena.

    Friday, August 29, 2014

    Dinner dengan kawan-kawan aritu.
    Satu perkataan. SUPERB.

    7 orang dewasa. 3 kanak-kanak (5thn, 1thn dan 9 bulan)

    6 hidangan. RM100++ je.

    Ikan masak stim
    ikan masak 3 rasa
    tomyam campur
    kerabu kaki
    kangkung goreng belacan
    udang lipan (tak sure masakan apa)
    Minuman : semua order jus

    Semuanya sedap!

    Malam tu, waktu kitorang sampai, meja semua dah penuh. Nasib baik la kawan sy pegi dulu order. Sampai je ke restoran, makanan dh terhidang atas meja. Cuma tiga rasa je lambat sikit sebab order kemudian.

    Even office mate sy yang datang lepas tu pun tak dapat mendinner di situ apabila ikan semua habis.

    Bagi anda yang berkunjung ke Langkawi, sila lah sediakan masa dan perut anda untuk cuba restoran ini.


    Veena Restaurant,
    Jalan Persiaran Mutiara atau lebih dikenali dengan nama Trimula.
    Kalau agak cari jalan tak jumpa je, sebut je Trimula. Semua local tahu.


    Gambar ambik kat sini




    Syabil dan K-Pop

    Saturday, August 23, 2014

    Hari Khamis.

    Malam tu ada jamuan rumah terbuka oleh kedai makan yang selalu menjadi kunjungan kami sekeluarga di hari minggu lepas shopping barang dapur, Kedai Makan Abg Man Tasik, Gerai Majlis Tasik Teluk Kedak.

    Lepas selesai open house, dalam perjalanan pulang, ayah ubah fikiran ajak ke Pantai Cenang. Saja nak jalan-jalan katanya.

    Sesampainya di hadapan Underwater World, ayah berhenti kat situ memandangkan ada bazar berlansung di lot parking.

    Underwater World Langkawi
    Sumber gambar : trekearth

    Mula-mula tu macam berat sikit nak turun. Almaklumlah, "ni singgah ni mesti keluar duit punya" "tak payah la beli" mak balas. Macam kuat je hati ni. Kalau dah berkenan tu mesti nak jugak.

    Pihak pengurusan bazar pasang lagu untuk kurangkangkan kesunyian atau untuk memeriahkan suasana mungkin.

    Time turun dari kereta, tengah rancak dengan lagu Korea yang tak tahu apa tajuknya. Tapi familiar lagu tu memandangkan Shafiq selalu pasang kat telefon bimbit dia. "Ni lagu Syabil ni" Amboi. Pandai dah ada lagu sendiri.

    Waktu berada di lorong pertama, Syabil lepaskan tangan saya dan terus meluru ke arah Underwater World. Hairan juga saya. Ternampak sesiapa yang dikenali ke? Atau dia nampak mainan yang menarik hatinya? Tapi dia meluru ke khemah pakaian di lorong kedua tu. 

    Syabil meluru masuk ke dalam khemah dan menyelak pakaian untuk ke belakang. Eh budak ni. Dia nak buat apa sebenarnya?

    Lepas selak baju-baju yang tergantung dengan muka penuh keterujaan, akhirnya dia bersuara..
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    "Mana konsertttt. Takdak punnn"

    HAHAHAHAHA.

    Patutlah meluru bulat ke Underwater World tu. Dia ingatkan ada konsert rupanya. Hahahaha.
    Adohai Syabil. 

    Kebetulan lagu yang pengajur pasang tu ada orang bercakap-cakap di background. Memang dengar macam konsert la. Dah la lagu plak dipasang kuat. Syabil Syabil..

    Dan..seperti yang dirungut waktu turun kereta tadi...

    Saya terbeli satu sweater -.-"

    Cipina, kau nak pi Tambun bulan depan niii. Save save save.

    Bila terbangun dari tidur di tengah malam

    Wednesday, August 20, 2014

    Petang tadi lepas balik kerja, best friend call ajak ke hujung Airport makan ais kacang.

    Hujung Airport sangat best santai di kala petang-petang. Kalau pegi dengan partner, lagi best. Boleh feeling-feeling romantik gitu makan laksa ngn ais kacang sambil menikmati udara sejuk laut dan tengok kapal terbang take off dengan landing.

    Iols pegi dengan best friend berserta baby Kiesha n mak dia.

    Kami 4 orang ja pun. Riuhnya mcm ramai sangat. Almaklumlah, dok sembang2 si Kiesha boleh tendang meja yang dh senget kalau kena tiup angin pun silap2 boleh terbang. Jenuh *peda bak kata org England belah Langkawi Tengah ni.

    Bergelak bergosip tak ingat sesekali duduk sama2 camni. Haha. Bukan senang nak dapat. Walaupun rumah dekat yg jaraknya bak org kata kentut pun dengaq tu.

    Maklumlah masing2 busy.

    Kami makan nasi ayam madu dengan ais kacang. Cik Teh mak Fida makan laksa. Tengahari tadi makan megi goreng, perut pulak lapar nasik, cam tau2 ja kan. Order terus. Tak sangka pulak kat hujung Airport tu ada jual nasi jugak. Sebelum ni yang tau jual laksa, rosak, pasemboq, bihun sup camtu ja.

    Nampak sangat la jarang keluar rumah ronda2 Langkawi.

    Lepas makan, balik umah terus sebab Kiesha dah ngantuk.

    Lepas Maghrib, terlena sampai la pukul 12tgh malam.

    Bila tersedar ni, payah pulak la nak tido. Aiya. Jadi burung hantu kejap la sementara mata nak lelap.

    Tapi selagi hp di tangan, yang dah mengantuk pun jadi tak mengantuk selagi dok layan gajet ni. Tsk.

    Gambar view hujung Airport tak sempat ambik. Sibuk bergosip katakan.

    Info. Kat Langkawi ada tarikan baru iaitu Skytrex bagi penggemar aktiviti lasak dalam hutan. Perasmian akan diadakan pada 29-31 Ogos 2014 ini. Bagi penduduk Langkawi yang gemarkan aktiviti adventure boleh la sertai aktiviti ni.

    Panorama Langkawi (atau famously dikenali dengan Cable Car juga akan melancarkan produk terbaru mereka iaitu Sky Dome pada 1 Sept 2014 inj. Skrin atas kepala uols. Peh. 6D Cine Motion dia pun belum try lagi dah keluar tarikan baru hew3) Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang akan merasmikan. Jom warga Langkawi ramai2. Iols dah plan ngn kawan pegi secara berjemaah, baru kecoh dan meriah sikit. Hihi.

    Kamus : *peda = kawal

    Osem sangat kan. Ambik kau.

    Thursday, July 17, 2014

    Baru semalam pos pasal aktiviti dari awal pagi. Osem la konon sebab bangun awal gila, pastu tak tido sampai pegi keja sampai la balik keja. Balik tu terlelap jap. Jap je la hehe. Pencapaian yang membanggakan la konon.

    Hari ni, bangun sahur macam biasa. Lepas makan, siapkan baju keja. Dlm pkl 5.15pg dh selesai semua.

    Nk ambik wuduk siap2 Subuh lambat lagi. Buat batal je huhu.

    Buka aplikasi iQuran, cari surah apa yg nak baca japgi sambil dok hafal² 10 ayat pertama Al-Kahfi.

    Pastu rasa macam mengantuk pulak. Eh takleh layan, japgi hanyut. Tengok jam. 5.30pg. Lebih kurang 20 minit lagi nak azan Subuh. Pejam mata lah kejap. 5-10 minit pun jadi la. Eh.. Nak tido ke tak. Nak tido ke tak (tak percaya diri sendiri)

    Jam pun berbunyi. Tengok² dah pukul 6.30pg. Hoho.

    Turun kat mak (dok menjahit) tanya "Depa tak azan ka kat surau?" mak jawab "Eh mau ka tak azan. Azan la"

    Koh koh koh. Tidur mati la maknanya tu. Nasib baik la mmg set alarm 6.30pg tiap2 hari.

    Lepas solat, surah yang nak dibaca pun sempat baca 10 ayat ja. Sebab satu ayat tu panjang².

    7.30pg gerak mai ofis.

    Semalam tidur awal jugak. Pukul 12mlm. Kenapa la boleh mengantuk lepas sahur tu. Nak kata makan banyak, suku je nasiknya.

    Cover yang semalam punya kot hihi.

    Ramadhan 1435 yang Osem!

    Wednesday, July 16, 2014

    Assalamualaikum.

    Hai.

    Sedar tak sedar dah 18 hari kita berpuasa. Lagi kurang 2 minggu saja dah nak raya. Cepatnya betul masa berlalu.

    1. Pagi ni produktif betul rasanya.

    2. Bangun sahur terawal dari hari biasa. Pukul 5 pagi dah selesai sahur.

    5. Mengaji

    6. Solat Subuh

    7. Pkl 6.15 pagi, cuci skuter. Kau hado? (Time balik keja, org lain pulak nak guna gi bazar. Sampai rumah pun dah dekat nak berbuka, time ni je la yang sesuai pun. Itupun lepas cuci, ayah hantar adik pi sekolah dalam keadaan skuter tu lembap² lepas lap :P)

    8. 6.45 pg siap-siap nk pi kerja.

    9. Gerak pukul 7.30 pg. Selalunya 7.40 @ 7.45 baru gerak. Timing timing.

    10. Lagi 12 minit masuk pukul 8, punch card. Selalunya nyaris-nyaris je sampai time nak cukup pukul 8 :P

    10. Sejak bangun pukul 4.25 tu rasa macam banyaknya masa terbuang dalam tempoh tu sebab siap boleh layan FB, tengok perkembangan Gaza & check moment kat Wechat.

    11. Alhamdulillah, masuk hari ke 18 puasa, lepas sahur dah tak tidur & tak mengantuk kat ofis walaupun bangun awal :P Tahun-tahun sebelum ni, lepas sahur tu tak sampai setengah jam pun dah lup tertido balik (=.=)"

    P/s - Semoga Ramadhan kali ini memberi makna baru dalam hidup. Aamiin Ya Allah.

    Langkawi Berdepan Risiko Hilang Status Geopark, Kena Kad Kuning

    Tuesday, July 15, 2014

    Seperti yang dilaporkan oleh Malaysian Insider :
    Pulau peranginan terkenal negara, Langkawi dalam bahaya dan berdepan risiko hilang status Geopark daripada Unesco selepas badan dunia itu memberi amaran "Kad Kuning", susulan kegagalan pihak berkuasa mematuhi amalan pemuliharaan dan mapan yang ditetapkan.
    Kumpulan sivil, FLAG (Friend of Langkawi Geopark) bertindak mengambil langkah  memperbaiki keadaan tersebut sebelum Unesco melakukan pemeriksaan pertengahan tahun depan.
    Sekiranya panel Unesco tidak yakin terdapat penambahbaikan yang signifikan, Langkawi akan  diberi "Kad Merah" dan bakal menyebabkan hilang status Geopark serta-merta.
    Jawatankuasa FLAG Phisol Ishak berkata amat malang jika kerajaan tidak komited memenuhi syarat yang ditetapkan tahun depan.
    "Jika mereka tidak komited, ia suatu yang buruk," katanya kepada The Malaysian Insider.
    "Ini adalah pengiktirafan pertama untuk Langkawi. Kita perlu ambil perhatian dengan serius," katanya.
    Ditubuhkan awal tahun ini, FLAG menjadi nadi utama yang digerakkan penduduk dan operator pelancongan tempatan aktif mengadakan kempen kesedaran mengenai status Geopark tersebut.
    Aktiviti terbaru mereka ‘Kempen Tidak Gunakan Plastik’ dijalankan sekitar bazaar Ramadan  di Pekan Kuah pada hujung minggu lalu.
    Phisol berkata, antara inisiatif lain yang akan diambil ialah merancang pemulihan semula Taman CHOGM di mana pemimpin seluruh negara Komanwel menanam pokok semasa mesyuarat bersejarah Ketua Negara Komanwel pada Oktober 1989.
    Katanya, keputusan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir  Mohamad bersetuju menjadi peneraju FLAG untuk membantu pemulihan Geopark dianggap penting.
    Langkawi menerima "Kad Kuning" semasa semakan panel pakar Unesco pada 9 Oktober, 2011.
    Status Geopark tersebut pada awalnya diperoleh pada 1 Jun, 2007 dan kemudian disambung  sehingga 2015.
    Difahamkan, pakar tersebut pada awalnya mahu memberikan "Kad Merah" kepada Langkawi.
    Bagaimanapun, Penasihat Saintifik Malaysia bagi Langkawi Global Geopark, Prof Ibrahim Komoo membuat rayuan dan menyakinkan panel penambahbaikan boleh dilakukan dan akhirnya Unesco bertindak memberikan "Kad Kuning".
    Keputusan panel tersebut dilakukan berdasarkan laporan pemeriksan dua pegawai rasmi yang melawat tapak tersebut pada Julai 2011.
    Laporan tmendedahkan terdapat 27 kawasan yang tidak diselia mengikut ketetapan Unesco.
    Secara umumnya, ia termasuk kegagalan untuk melaksanakan langkah pemuliharaan geologi  tempatan dan persekitaran, tidak mendidik dan menjaga penduduk tempatan dan orang asal,  serta tidak memiliki amalan pelancongan mengikut garis panduan dalam mempromosikan budaya  tempatan dan alam sekitar.
    Terdapat juga kegagalan dalam pembangunan dan perancangan di mana ia tidak sepatutnya merosakkan alam sekitar dan komuniti.
    Difahamkan, agensi yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga Langkawi adalah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang berada di bawah Kementerian Kewangan.
    Ketika ini terdapat 100 geopark di seluruh 30 negara.
    Status tersebut diberikan kepada tempat yang memiliki geologi istimewa dan ciri  persekitaran yang unik.
    Setiap status geopark perlu disemak semula setiap empat tahun sekali.
    Langkawi merupakan Geopark Unesco pertama di rantau Asia Tenggara.
    Tidak seperti tapak Unesco lain, di mana hanya sebahagian wilayah diberi status tersebut, seluruh pulau Langkawi dan sekitarnya yang meliputi 478 km persegi diberikan status Geopark tunggal. – 15 Julai, 2014.
    Tanggungjawab mengekalkan status Geopark ni bukan hanya berada di bahu satu dua pihak saja. Semua pihak kena mainkan peranan. Agensi penguatkuasa, agensi yang menyelia, agensi-agensi yang menyokong dan yang paling penting sekali penglibatan penduduk Langkawi itu sendiri. Jenuhla agensi-agensi kerajaan je yang kena buat semua kerja. Kita sebagai penduduk buat apa? Goyang kaki dan komplen saja?

    Renung-renungkan.

    P/s - Dapat atau tidak status tu tak menafikan tanggungjawab kita sebagai penduduk. Bertanggungjawab la sikit. Yang tahu komplen berdegar-degar di laman sosial. Jangan pentingkan diri sendiri.
    Powered by Blogger.

    Pages

    Theme Designed By Hello Manhattan
    |

    Your copyright

    Your own copyright