Slider

Tu La..Jangan Bantah Cakap Mak

Sunday, January 3, 2010

Peristiwa ni berlaku petang tadi. Time tu dah nak masuk pukul enam. Seorang emak sedang melayan customer yang datang ke rumah nak ambil kain yang dijahit tepi.
Adiknya yang kelima berusia 10 tahun tengah tgk tv. Si kakak macam biasa kat depan netbook. Adik bongsu mereka yang berusia 1 tahun 6 bulan itu seperti selalu akan mencari perhatian mak di ruang menjahit emak lepas tak dapat perhatian dari kakak dan abang dia yang hanyut dengan teknologi yang nak kata tak berguna takleh jugak. Sendiri hanyut, sendiri mau ingat [apakah yg cuba kau sampaikan ni fina?]


Kebetulan ruang menjahit mak masih baru, kat luar masih belum sempurna, belum ada tile, kosong. cuma yang ada saki baki simen kasar yang sudah kering dan kesat.



10 minit sebelum tu :


Mak : Si kakakkk..bawak adik kau mandi..[padahal hari-hari sebelum ni tak pernah la pulak sampai kena suruh bawak adik dia g mandi. Apa sudah jadi?]
Si Kakak: Oke mak - mata masih melekat kat skrin netbook.


Kemudian, hanyut balik dengan dunia yang lagi satu, internet.


Emak melayan customer. Sambil itu melayan si adik bongsu juga [kejam kan kakak dia malas mengasuh adik sendiri?]
Si kakak masih di situ, melayan internet tanpa batas tanpa menghiraukan pelanggan yang datang. Tanpa memikirkan emak memerlukan bantuannya untuk memujuk si adik supaya tak mengganggu urusan emak dan customernya.


Waktu si emak tengah sibuk-sibuk layan customer..
BEDEBUK!!


...disertai tangisan si adik bongsu. 


'Alamak alamak, adik jatuh lagi' jerit hati kecil si kakak sambil meluru ke tempat kejadian nak tengok keadaan adik bongsunya itu. Kesian si kecil tu, masuk ni dah empat kali dah dia jatuh kat situ.


Melihatkan adiknya yang menangis, timbul rasa bersalah sebab tak dengar cakap mak awal tadi. Dengan penuh kerisauan, sambil membelek-belek muka si adik, mak membebel 
"Itulahh..mak dah cakap. Bawak adik g mandi. Ni tak asek dengan laptop tu je" 


Si kakak menyesal. Bertambah menyesal apabila melihat ada darah mengalir di tepi sebelah kanan hidung si adik. Perasaan bersalah dan sebak bercampur baur. Menyesali kesilapan diri.


Emak mengambil minyak gamat dan melilaskan hidung si adik yang berdarah drengan tisu. Kali ni lebih teruk dari yang sebelum ni. Mulut emak masih membebel. Terdapat penyesalan disitu dengan sikap si kakak yang endah tak endah dengan suruhannya.


"Mak dah cakap. Bawak adik kau g mandi. Apesal susah sangat nak buat. Kalau kau bawak dia g mandi tadi, takdenye jadi camni. Tengok apa dah jadi. Nanti ayah kau balik, habis nanti mak kena bebel sebab tak jaga adik kau betul-betul. Mak nak menjahit. Nak buat kerja. Sekolah dah nak buka. Tengok ni, kau tak sakit, adik kau yang menanggung"


Si kakak sangat menyesal. Sedih. Sebak. Pilu. Semua menjadi satu. Mengutuk-ngutuk diri sendiri sebab ambil mudah akan arahan emak. Sangat menyesal. Apatah lagi melihat muka si kecil comel itu mengalami luka-luka. Kesian dia. 


Emak mana tak sedih melihat anak kecilnya yang tak mengerti apa-apa cedera sebegitu rupa. Seboleh-bolehnya, nyamuk pun emak tak kasi hinggap di kulit adik. Kasih tulus seorang ibu terhadap anak. Si kakak memang kejam.


Tak sanggup berhadapan dengan emak dan rasa bersalah yang membuak-buak, si kakak menapak naik ke bilik di tingkat atas dengan harapan hati emak akan sejuk sedikit di atas apa yang telah berlaku. Tak tahu macam mana nak berhadapan dengan emak dan si kecil masih belum mengerti. Malu. Sedih. 


Selama 3 jam mengurungkan diri di bilik ditambah pula tak tahan ingin melihat keadaan si adik setelah mendengar suara gembira si adik di bawah, si kakak menapak turun dari tingkat atas. Perlahan-lahan. Kelihatan si adik bongsunya itu sedang berbaring dan ketawa di sebelah emak sambil diusik oleh si abang yang berusia 10 tahun. Emak sedang menonton tv, tidak menghiraukan si kakak. Masih marah mungkin. Si kakak faham akan perasaan emak. Esok-esok sejuk la tu. Emak mana sanggup marah, merajuk dan tak nak bercakap dengan anak sendiri selama berhari-hari kan? Itulah tandanya kasih. 


Sebak hati si kakak tatkala melihat keadaan si adik. Luka di batang hidungnya yang comel, di bahagian atas bibir dan di bahagian tepi sebelah kanan hidungya. Jelas. Terasa pedih hati si kakak. Sekali lagi si kakak mengutuk dirinya sendiri diatas kecuaiannya sendiri. Tapi apakandaya, benda sudah terjadi. Harapnya, si kakak akan lebih berhati-hati dan bertindak dengan pantas bila emak meminta membuat sesuatu. 


"Adik, meh kakak tengok. Sakit tak?" 
"Syakit.." si adik yang sudah pandai berkata-kata menjawab. Namun, dia tak mengerti apa-apa untuk merajuk, protes terhadap kakaknya yang cuai. Dia masih kecil. Suci.


Rasa seperti mahu menangis si kakak dengan jawapan si adik.


Adik, maafkan kakak. Kakak bersalah.


Si kakak akan menyesal. Selagi ada parut di wajah adik, selagi itu penyesalan itu takkan pernah hilang. Kakak kejam dik.


Mak, kakak minta maaf sebab perkara ni terjadi. Kalau kakak terus bawak adik mandi, perkara ni takkan terjadi. Kakak menyesal. Sangat-sangat. Kakak minta maaf. Kakak tahu mak dah maafkan kakak cuma mak tak mahu tunjukkan yang mak dah maafkan kakak. 


Inilah akibatnya bila bantah suruhan emak.


Kakak faham. Kakak bersalah. Kakak terima.

17 comments:

  1. yer..
    adekah si kakak menyesali perbuatannya?

    ReplyDelete
  2. sian kat adik..so kakaknye lepas ni tak boleh asyik sgt dengan lappy oke..kena tolong mak jaga adik..

    ReplyDelete
  3. Ojin : si kakak sangat menyesali perbuatannya :-s:((

    ReplyDelete
  4. mimie.candy cane : tu lah pasal. kena jugak buat azam kurangkan mentenet dikala di rumah :-<

    ReplyDelete
  5. hai cik pinky. terima kasih sudi menyinggah :P

    ReplyDelete
  6. betullah tu..org selalu ckp

    masin mulut mak

    ReplyDelete
  7. oh..sgt sedih entry anda..
    serius tringt kat adik sy yg 1 itu
    masa kecik2 pon slalu je dia luka sbb sy
    sob2 :(

    ReplyDelete
  8. Eryqazz : ye,syurga itu di bawah tapak kaki ibu

    ReplyDelete
  9. sharinginfoz : kan?

    farhana : lepas ni berusaha perkara ni jangan berulang lagi tau

    ReplyDelete
  10. hmm...

    x mo derhaka pd ibu dh..

    ReplyDelete
  11. ghostone : jangan dah..belajar dari kesilapan

    ReplyDelete
  12. lavender : tu la..jangan bantah cakap mak

    ReplyDelete

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright