Slider

Khamis itu sepertinya hari malang buat saya

Saturday, June 26, 2010

Malam sebelumnya.

“Eh, esok Jumaat ke Khamis?”

Check kalendar.

“Alaa..baru Khamis. Lambatnya minggu ni”

Haih.

Pegi tido.

Awal pagi ayah yang kejutkan sebab jam tak bunyi. Awalnya dah tersedar waktu azan Subuh tapi tak bangun sebab tak diizinkan solat. Itulah. Dah tersedar tu bangun je la terus. Ini tak, nak tido sambung – sambung mimpi pulak. Kan dah lambat. Kata cik Fina kepada diri sendiri [buat gaya budak darjah 2 tengah bercerita]

Bersiap secepat yang mungkin. Mana tahu masih boleh mengatasi masa yang tak pernah penat berdetik. Namun, masih sedar diri yang diri ini tak dapat melawan masa yang tak pernah gagal terlewat apabila mekap je pun dah dekat dua puluh minit sejak bila pulak cik fina pandai menulis sebegini ni. Dengan penuh keterpaksaan terpaksa mendail nombor adik sejawatan meminta dia tolong tekan kad segiempat tepat ke dalam kotak keramat sebelum jam 8; kotak punchcard.

Berkejar – kejaran di jalan raya, lagi suku setengah perjalanan ke pejabat kelihatan orang agak ramai di satu simpang U-turn. Mesti kemalangan. Slowkan skuter, keluarkan telefon bimbit di poket kiri, pilih option kamera, kelihatan para petugas ambulan tengah angkat seorang lelaki mat saleh sambil dibantu oleh beberapa orang pengguna jalan raya yang lain.

Tak dapat snap picture sebab tak dapat angle yang sesuai nak snap. Teruskan perjalanan bila teringatkan diri ni dah terlambat ke tempat kerja walaupun adik sejawatan dan tolong punchcardkan.

Setibanya di pejabat, kelihatan pejabat bos gelap. Erm, takkan cuti kot? Dapat informasi dari Julia, dia ke Alor Setar. Meeting lagikah? Takpelah.

Kerja tak banyak jadi masa dihabiskan dengan menulis entri yang banyak dan akhirnya transit kat draf. Takde hati nak habiskan taipan.

Waktu rehat, makan dengan Julia dan Kak Ana. Ada berita tak gembira pasal bos. Moga – moga semua urusannya dipermudahkan..Aminn..

Lepas makan, pegi TM Julia nak bayar bil Astro. Lepas tu pegi beli selendang. Beli satu selendang dan satu tudung Syria. Cantik.

Difast forwardkan, tiba waktu pulang 3.30 petang. Masa untuk balik. Pejabat dah lengang. Semua orang dah pulang. Tinggal saya sorang je lagi belum balik.

Bila tersedar yang saya berseorangan, terus siap – siap apa yang patut utk pulang.

Sampai di skuter, sangkut plastik berisi tudung dan handbag kompak [sebab padat letak netbook] di bawah tempat duduk dan bergerak balik.

Sebelum tu singgah isi minyak di Shell. Angkat beg kompak, berjalan ke kaunter pembayaran sambil keluarkan not RM5.

Waktu patah balik ke skuter dan waktu nak sangkut beg kompak ke tempatnya semula, plastik beg berisi tudung – tudung saya tadi takde!

Alamaaaaakkkk..ni mesti sangkut tak lekat ni. Isi minyak sampai penuh melimpah ruah. Bila dah tak boleh isi, pegi semula ke kaunter dan kelihatan abang kaunter dah bersedia dengan dua posen ditangan sebab dia tau saya akan pegi cakap kat dia “Bang, dah penuh”

Patah balik ke pejabat selepas isi minyak. Sambil tu usya – usya kat jalan kot – kot bersua dengan plastik tudung yang jatuh tu.

Sesampainya ke bangunan pejabat, terus pegi ke parking belakang bangunan dan terus mencari.

Sampai di simpang jalan besar, kelihatan satu plastik di tengah – tengah jalan. Sah! Itu tudung tu. Mata meliar mencari kelibat selendang. Itu dia tengah terbang di tengah jalan. Lama saya disitu. Memerhati. Tak berani. Jalan besar. Terpaksa pendam dalam hati nak pakai tudung yang baru dibeli. Kat kedai stok tu dah takde. Waktu beli tadi ada dua je. Saya beli satu, Julia beli satu.

Pulang dengan hati yang kecewaSigh

Ceritakan kejadian kat mak. Telefon Julia jugak mengadu. Julia cakap, nanti dia bagi tudung yang sama dia beli. Niat awalnya dibelikan utk kakak, tapi kakaknya nak tudung warna lain. “Takpe, hari Ahad kita pegi beli lagi”

Sayang. RM20 melayang. Walaupun sikit, tetap terasa kerugian. Bukan sebab nilai RM20 itu. Tapi sebab sikap cuai diri ini. “Fina kalut” kawan pernah berkata satu masa dulu. Betul lah tu.

Malam, Syafiq nak guna internet, meminta netbook yang masih belum dikeluarkan dari beg kompak. Arahkan Syafiq ambil sendiri. 

“Kak Naaaaa…mana kabel?”

Ha sudah! Kabel tak lekat dalam beg! Cik Finaa..fikiran kamu kemana?! 

”Kak Na lupa bawak balik kot. Gunalah dengan bateri yang ada tu.”

Punah harapan nak edit entri tertangguh tadi. Bagi jalan kat adik Syafiq guna internet. 2 jam dia guna. Sampai turn saya, belum sempat blog loading sampai habis, tiba – tiba..

LUP!

Terpadam.

Bateri habis.

Tutup netbook. Naik bilik.

Tidur awal malam ni.

Esok [Jumaat] pegi ambik kat pejabat.

Malangnya hari Khamis tu. Hari cuai Cik Fina.

2 comments:

  1. mo gelak ka takmo?
    mo gelak ka takmo?

    gelak la..



    Muahahahhahahaha.... :)) =))

    ReplyDelete

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright