Slider

Perangai Pelik Fina Fento..ingat Hagemaru je ke ada perangai pelik..

Monday, June 21, 2010

Dalam diri setiap manusia mesti akan ada sifat pelik dan lain dari orang lain kan? Macam tu jugak dengan cik Fina ni. Jangan ingat Hagemaru je yang ada perangai pelik-pelik ye.

Berbalik kepada perangai pelik Fina Fento FF [perasan Fara Fauzana kejap..oke dah] iaitu diri saya sendiri, saya perasan yang saya ada mempunyai beberapa perangai pelik. Walaupun saya sedar perangai tu pelik dan niat dalam hati taknak buat lagi, tapi tetap buat jugak..Yang susahnya benda ni berlaku tanpa sedar.

Oh..suka diingatkan ye, perangai pelik saya takde la sepelik si Hagemaru yang nak glemer pakai baju belang macam Kondo dia pegi pakai suar katak berbelang bapak dia secara terbalik tu, tak pun sepelik dia buat kot bulu menggunakan bulu anjing dia hahaha nampak sangat kau ikut cerita si Hagemaru tu FF.

Eh, taklah. Adik-adik saya ye yang suka tengok kartun ni. So, nak taknak kena join jugak la kan..

Pic4591

♥ Syabil & Syafiq ♥

Dua budak sengal penyeri keluarga kami ♥

Jom tengok perangai pelik Fina Fento.

  1. Waktu naik moto suka kemam mulut dan automatik akan nampak macam tengah senyum. Ada orang tertipu dengan perangai pelik saya dan akan membalas ‘senyuman’ yang saya berikan
  2. Waktu bersalam dengan orang lain, saya takkan tengok muka dia malah akan tengok muka orang sebelah atau orang lain yang berada berdekatan. Malu orang tenung muka saya walaupun memang itu yang sepatutnya dilakukan ketika bersalam kan? Hulurkan salam, pandang orang yang kita salam dan senyum dengan penuh ikhlas.
  3. Kalau beli ball pen mesti bila balik rumah saya akan pastikan memasukkan secebis kertas kecil yang digumpal ke dalam part belakang pen yang boleh dibuka. Ini bagi memastikan mata pen yang saya gunakan tu panjang sebab saya tak suka menulis dengan mata pen yang pendek / kulup.Pic4551
  4. Bila usya seseorang dan apabila orang yang diusya tu perasan saya tengah usya dia, saya akan terus tunduk dan tengok kuku jari tangan.
  5. Apabila menunjukkan sesuatu kepada orang yang tak dikenali, jari telunjuk saya akan ditunjukkan ke kepala selepas menunjukkan perkara yang ditunjuk . e.g, customer salah masuk ofis, dan lepas saya tunjukkan ofis yang betul, hujung jari telunjuk akan terus melekat kat kepala lepas tunjuk. Aish.
  6. Teruja terlalu awal walaupun belum tau apa kesudahannya. Contoh, baru baca tajuk tutorial yang best kat internet n lepas baca tutorial tu saya dah gelak keterujaan macam dah berjaya buat tutorial tu (_ _”)
  7. Gelabah bila menjadi centre of attraction. Cth, time kenduri ada orang pandang – pandang, saya terus gelabah dan automatik saya akan kontrol pergerakan. Lagi ramai yang pandang lagi teruk.

Ih ih ihhhhhh..

4 comments:

  1. hehe..tkde la pelik sngt... :)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    AYAM BULU BALIK

    ReplyDelete
  2. @nabilah_2908
    betul ni? fiu~ nasib baik. perangai2 ni menghantui diri saya selama ni :P

    ReplyDelete
  3. haha. nice entri..

    best la Hagemaru tu. :D

    ReplyDelete
  4. @Oh Malaysia
    wahh..amir suka tengok hagemaru? haha.

    ReplyDelete

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright