Monday, April 4, 2011

KALAU KAU BUSY, JANGAN BUAT BENDA LAIN. KALAU NAK BUAT JUGAK, KAU PEGI KELUAR PEJABAT SEKARANG.



Adala satu hari tu, saya tengah busy. Buat kerja sampai pening kepala. Pandang keluar sekejap. Nampak laut. Lebih tenang. Mata yang tadi berpinau dek merenung ke skrin computer dah jadi sedikit lega.


Sambung balik buat kerja. Kena buat slide untuk program bulan ni. Untuk pertama kali kena bagi TALK (terpaksa CAPS kan sebab sekali baca macam perkataan t.a.i.k) kat orang awam. Gementar pulak rasanya. Memandangkan ini presentation ulung saya, mesti nak buat yang terbaik kan? 


Maka, 110% usaha dikerahkan dalam projek kali ini. Bos cakap, saya dan kawan – kawan kena buktikan kat organisasi akan projek kali ini (dan akan datang akan datang) supaya pihak organisasi dapat membuka mata akan keberadaan dan kepentingan kami di sini supaya sesuatu dapat dibuat untuk mengekalkan kami disini. Kami ini hanyalah pinjaman dari Kementerian aje. Bila – bila masa ja orang boleh tendang kami keluar tsk sedih. Oke tak boleh tendang sesuka hati kena ikut prosedur..tapi.. 


dahlah. Malas nak taip.


Lepas sambung keja balik, buat research sket walaupun terhad sebab takde internet :(, buat slide sket, buat teks sket, tiba – tiba termenguap *yawn*


Pastu rasa ngantuk *nampak bintang* pastu dah rasa malas nak sambung apa yang saya buat tadi. Tak boleh tak boleh. Kena buat kena buat. Kalo tak sampai ke sud* tak jadi.


Oke. Saya ada cara nak hilangkan perasaan mengantuk tu. Kita main solitaire yay! (untuk komputer yang takde internet =.=”. Netbook ai kan rosak T.T)


clip_image002
Guna komputer pejabat. Bersih kan desktop dia? Big Grin



Klik klik klik…


Fikir fikir fikir…


Cari cari cari...


Tenung tenung tenung...Hypnotized



Kemudian tak lama lepas tu, ada seorang customer masuk ke pejabat. Ada pegawai attend. Then, masuk lagi customer. Ada lagi pegawai attend. Pastu masuk lagi, ada pegawai lain attend, dan lagi dan lagi.


Tolong kira sat ada berapa orang customer yang saya sebut. Ada lima kan?Batting Eyelashes Tiap kali diorang masuk, saya persilakan duduk untuk menunggu di attend oleh pegawai yang berkenaan.


Takpe, ada pegawai yang akan attend. Kalau saya attend pun, tetap kena panggil pegawai in-charge jugak. Urusan pun sekejap – sekejap je masing – masing.


Memandangkan perangai saya sangat buruk hari tu, saya sambung main.


Solitaire ni pun satu. Time orang tengah semangat nak main dia, macam susah pulak. Time takde niat nak main, jadi best lah pulak. Kumpul mata banyak pulak tu.
Tengah best melayan..





Tiba – tiba..





Ada seorang pegawai datang sebelah.




“Ha, Fina tengah free..tolong tengokkan customer tu sat”


(-.-“)


ala.


busy nih..


nak tolak tak boleh..


Kau tengah main game takkan nak cakap busy pulak.


Dem.



*Sampai ke sud = Sampai ke sudah.


P/s - Padan muka!

4 comments:

  1. Nak present kena ready mental betul2. paham ape yang nk present mesti mudah, nk jawab QA pun mudah..

    ReplyDelete
  2. itulah kan? kena betul2 paham akan 'produk' yg kita nak jual :D

    pengalaman mematangkan ecece.

    ReplyDelete
  3. hak2 main lagi game time kerja
    kan kne layan customer ;D

    ReplyDelete
  4. @Raji berkata
    huhu..mencik tau.

    ReplyDelete

Ni dah basuh kaki ke belum?

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected