Monday, April 25, 2011

Sabar Cipina sabarrrrrrrrr

On the way pergi kerja pagi tadi, kesabaran diuji. Ntah kenapa hari ni naik moto macam loqlaq sket. Tak alert. Selalunya time naik moto mesti dok usya kiri kanan kot – kot ada pokok nak tumbang ka, tengok kat side mirror kot – kot ada kereta nak potong ka, tengok kat depan kot – kot ada kereta nak memotong dari depan ka, ada kereta nak lintas ka. Tengok kat lampu isyarat pastu bajet kenderaan dari arah mana yang jalan dulu ka. Banyak pulak tengoknya.

Sekali waktu kat laluan ‘Beri Laluan’ nak masuk ke jalan utama, ada makcik hampeh ni dia dok buat brek sikit sikit. Nasib baik sempat break. Tu pun hampir – hampir jatuh nak elak dari langgar bontot kereta dia punya pasal. Dah la kat traffic light, banyak kereta tengah tunggu turn nak jalan pulak tu. Malu tauwaiting

Tapi alhamdulillah, selamat sampai pejabat.

Pulang kerja pula, sekali lagi kesabaran diuji.

Setiap kali pergi dan balik kerja, saya mesti melalui satu bukit yang dinamakan Bukit Batu Asah.

Bukit Batu Asah ni berkecerunan 10 darjah. Ada satu kereta ni, warna merah. Berplatekan W** ****. Kat belakang kereta tu ada satu kereta Honda Jazz putih berplatekan K** *** * dan kat belakang kereta Honda Jazz tu ada satu moto skuter comel warna hijau berkrim disukai ramai. Dah la skuter comel, tuan dia pun comel je galas beg laptop bawak skuter tu. Eh eh. Silap. Tu saya. Belakang Honda Jazz tu saya Tongue

Kereta merah kat depan tu macam mengalami sedikit kesukaran waktu nak naik bukit tu. Sebelum sampai bukit, dari Pekan Kuah dan Taman Langkawi, akan jumpa Taman Kenari dulu (motif cerita pasal ni??). Dah payah nak naik bukit tu satu hal. Bawak kereta skejap ke tengah sekejap ke tepi. Selowwwww pulak tu. Cukup pakej. Honda Jazz tu teragak – agak nak potong sebab ada kereta berlalu – lalang kat laluan sebelah sana.

Saya ni lagi la. Beragak – agak jugak la nak potong. Tapi berani matilah kalau saya potong. Sebab kena set kat kepala dan stereng (nak speed) nak potong kedua – dua  bijik kereta tu. Kalau lepas Jazz tu, kena fikir nak bagi lepas kereta merah tu pulak.

Takpelah. Bersabar sikit. Kau nak balik rumah je pun. Kalut nak pi mana ntah..

Ingatkan pemandu kereta merah tu nak bagi jalan la kat kitorang yang setia membontoti kereta dia ni. Rupa – rupanya dia buat dek je. Takpeee..takpeee..sabarrrrr sabarrr.

Sekali waktu tengah naik bukit, ha kauuuu…!

Asap berkepul – kepul macam ada kebakaran kat serombong ekzos. Terus visual penglihatan menurun ke tahap sifar.  Sabarrrrrrrrr lagi.

Nasib baik lah hari ni pakai tudung ala – ala macam ni

V

V

V

Gambar ambik kat sini. Actually saya belajar pakai tudung macam ni pun kat blog akak ni la ehe Big Grin

paramotor_challange
Pakai tudung mcm ni. Mata takleh bukak walaupun tengah redup=.=

Eh. Melalut.

Bila pakai tudung macam ni, dapat lah tutup hidung dengan mulut dari pencemaran udara dari serombong ekzos kereta warna merah tu.

Takpelah. Tunggu turun bukit jap gi lah potong dia.

Naik bukit.

Waktu nak turun bukit..

Saya dah bersiap sedia nak potong sebab melihatkan keadaan kereta merah tu yang slow gila.

Tapiii…..

tau apa dia buat??

Dia drive kat tengah – tengah line la pulakkkkkAt wits end

Waktu nak naik bukit, dia makan jalan pastu sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Waktu nak turun terus dia conquer separuh kat jalan laluan kanan, separuh kat laluan kiri…Ya Allahhhhh…sabar je la.

Nak potong kiri kang kes naya pulak kalau jumpa pak polisi. Lagipun, Honda Jazz tu macam rileksss je ikut kat belakang melayan karenah kereta merah tu tanpa menunjukkan tanda – tanda nak memotong.

Sabarrrr je la.

Bila dah sampai simpang MARDI, saya nekad. Japgi masuk simpang Taman Herba, lepas corner tu sket, saya nak potong. Tak kira.


Mercu tanda MARDI Langkawi

Dan seperti dirancang, kebetulan kereta dari laluan bertentangan masih jauh. Terus saya accelerate. Tak kisah lah ada lopak ke apa. Aku bantai jugak pecut.

Geram kot.

Bila dah lepas, terus speed selaju boleh.

Babai pacik! Makan asap skuter saya pulakkkk~Wave

Oke. Tak banyak mana pun asapnya.

Puas hati mak Smile with tongue out

Bila dah nak masuk simpang ke kampung, baru lah nampak kereta Jazz tu pecut. Haha. Tercabar la tewwww.

Selamat sampai rumah tanpa kecederaan Big Grin

Alhamdulillahhh~

Okai. Nak siap2 solat pastu nak pi KFC Harbour Park. Esok mak dengan ayah nak p Putrajaya pulak.

 

13 comments:

  1. Dah basoh kaki :) Huhu.. berpino mate membace :D

    ReplyDelete
  2. @Izzuddin Fauzi
    dah basuh kaki? aaa bagus2..

    berpino? napenye? panjang sangat eh?

    ReplyDelete
  3. ape yg bestnye baca entri cipina tentang jln raya,kita akan tau apa yg ada kt setiap jln raya kat langkawi ni...rasanya org luar yg baca entri cipina ni akan jadi expert tentang jln2 kt langkawi ni....huhuuuuu

    ReplyDelete
  4. @aza shafiza
    hahah...patut lah panjang semacam kan entri :P

    benda yg takde kena mengena pun nak bantai cerita haha

    ReplyDelete
  5. eh kenape sengal sangat driver tu??dok tengah2 line?amik lesen terbang ke ape????hahahahahah. tapi,alhamdulilah tak ade ape2 ;)

    ReplyDelete
  6. @lizz
    tu la pasallll..dengan keadaan kereta tu yg macam menyayat hati..sabo je lah.



    ya allah..termengumpat T____T

    ReplyDelete
  7. @Redbloodsnow
    kak zie! datang sini honeymoon :D

    ReplyDelete
  8. ada tanda P tak di keretanya?????

    ReplyDelete
  9. @JelinaJoli
    orang cemni, ada P ka takdak P ka, kalau dah kojaq memang kojaq jugak. grr.

    ReplyDelete

Ni dah basuh kaki ke belum?

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected