Slider

Cara–cara tidur dengan nyenyak

Sunday, July 31, 2011

Hai, kalaulahhh saya ini pandai melukis.

Tadi lepak kat blog Roqrock. Beliau berceritakan pengalaman beliau buat – buat tidur bila malas nak transfer tempat sebab bapaknya tak kasi beliau tidur kat atas kusyen n bila beliau buat – buat tidur nyenyak, bapaknya jugak yang ahernya angkat beliau dan letak beliau letak atas toto malah selimutkan lagi..sweetkan bapak beliau?

Ini curi dari blog beliau. Harap beliau tak marah. Klik gambar untuk ke blog beliau.

Terus teringat perangai buruk saya yang sama. Tapi itu adalah adegan buat – buat tidur saya yang terakhir.

Dulu waktu kecik – kecik, saya adik beradik suka pergi rumah tokwan & tok (atuk & nenek). Hujung minggu & cuti sekolah menjadi kewajipan kami adik beradik (saya ngn adik no 2 je la. Adik yang lain kecik lagi time tu) tidur situ, bangun seawal pukul 7 pagi dan tolong tok & tokwan sapu laman yang pasirnya putih gebu (macam pasir pantai), kutip daun cempedak luruh, cabut rumput, tolong tok kutip asam jawa, colek asam, etc etc etc..sangat best. Takda kena mengena pun cerita ni pasal tidur . Saya rindu allahyarham berdua tu sajaDisappointed smile.

Selang dua atau tiga malam, kami sekeluarga akan pergi ke rumah tok & tokwan. Tok & tokwan tinggal dengan bapak sedara dan keluarganya yang anaknya seramai 3 orang itu. Sebagai cucu yang baik ehem ehem dehem sikit, haruslah kami cucu – cucu tok dan tokwan selalu melawat dan menghiburkan mereka walaupun sebenarnya menambahkan pening kepala diorang dengan kenakalan masing – masing sampai pernah tokwan angkat kaki salah sorang abang sepupu saya tunggangkan dia kepala ke bawah sebab nakal sangat haha. Tu cara tokwan bergurau dengan cucu – cucu dia. Mengikut kefahaman saya, tokwan tak pandai sangat layan cucu sebab beliau sangatlah tegas orangnya. Tapi tokwan geng saya kehkehkeh. Tokwan selalu backup saya bila gaduh dengan sepupu – sepupu saya ngehehe. Tokwan saya tinggi ohhh *tetiba

Seperti kebiasaannya, satu malam tu kami sekeluarga ke rumah tokwan untuk cucu – cucunya ini memporak – perandakan (baca sebagai menghiburkan) suasana harmoni di rumah tokwan. Selepas penat bermain, jerit – jerit, gaduh – gaduh huha huha, saya kepenatan dan terus tidur sambil menunggu mak ayah bergossip (baca sebagai berborak) dengan tok, tokwan & mak mak sedara yang lain sementara menunggu masa untuk pulang.

Sampai waktu untuk bergerak pulang, ayah kejutkan saya. Tapi disebabkan terlampau penat bermain, saya terasa malas nak bangun dan membuat keputusan untuk terus tidur. Beberapa kali ayah kejut tapi tak dapat respon, ayah angkat saya masuk ke kereta. Diluar suasana sangat sejuk dan gelap.

Di depan rumah tokwan ada satu jalan kecil muat – muat untuk sebiji kereta / van melaluinya dan di depan jalan tersebut ada rumah jiran dannnnn di sebelah rumah jiran, dekaaaat sangat ada KUBUR.

Lepas letak saya kat dalam kereta, ayah tak tutup pintu, kemudian ayah masuk semula ke dalam rumah. Tak lama lepas tu kedengaran suara ketawa mereka beramai – ramai.

“Demmm..sambung sembang rupanyaaaaaa” – masih buat – buat tidur tak berani buka mata.

Dalam hati menyumpah diri sendiri sebab gedik buat – buat tidur nak orang angkat punya pemalas nak bangun sendiri. Nak bangun masuk ke rumah tokwan balik? Kirim salam. Takutt!

Dalam lebih kurang 10 minit ayah masuk kedalam dan barulah semua orang masuk ke kereta.

Bayangkan dalam masa lebih kurang 10 minit tu saya sorang – sorang dalam kereta, pintu tak bertutup dan suasana gelap sejuk pulak tu dan lebih penting KUBUR adalah tak sampai 100 meter dari situ!

Bayangkanlah kalau tetiba datang haruman wangi menyapa hidung, nak bangun ke tak, nak buka mata ke tak, nanti kalau buka mata kangggggg…

Bayangkan kalau ditengah – tengah kegelapan tu tetiba ada suara datang menyapa “Piiiiii..naaaaaaaaaa” tak payah bukak mata, dengar suara je dah meremang segala bulu ha kau, mau terkencing kat kusyen kereta tu. Denggg

Tapi, nasib baik lahh takde apa – apa berlaku. eh, ke ada tapi saya tak sedar? >.<

..semenjak kejadian itu, seingat saya, tiada lagi scene pura – pura tidur nyenyak oleh saya. Saya telah berubah.

dan..

..nasib baik tak demam..

dan..

..umur 17 pun ayah yang suapkan ubat lagi. Tak malu Cipina *motip kau cerita ni?

 

Sekian laporan cara – cara tidur dengan nyenyak versi Cik Fina.

Sekian,

Saya yang dah bersara dari arena buat – buat tidur

Kthnxbai.

 

[Update] Faizal Tahir offer nyanyi lagu GEMURUH di perlawanan Malaysia menentang Singapura Khamis ini #harimaumalaya

Sunday, July 24, 2011

 

Hai, tajuk entri ni panjang benor.

Teruja sekejap tadi bila tengok Faizal Tahir mengofferkan dirinya untuk menyanyikan lagu GEMURUH di perlawanan Malaysia menentang Singapura sempena kelayakan Sukan Olimpik Khamis ini (28 Julai 2011) di laman Facebook beliau.

FT_harimaumalaya

I would like to offer myself to sing GEMURUH exclusively for our Harimau Malaya team for our next game against Singapore this coming Thursday –FT-

Lagi bersemangat rasanya bila Faizal Tahir offer nak nyanyi lagu untuk Pasukan Harimau Malaya ni. Nak nak pulak lagu Gemuruh tu pulak ala – ala memberi semangat.

Lagi lagi bersemangat nih.

Semangat dah nih. Fuh fuh fuh.

Nak g buka puasa. Kthxbai.

//Update – 28 Julai 2011

Baru tadi FT pos di laman facebook beliau yang beliau tak dapat join tonton match Malaysia vs Singapura malam ini di stadium. Maka tak dapat dengar la jugak lagu GEMURUH mengaum di stadium Sad smile

faizal_tahir_harimau_malaya

Apa pun, untuk pasukan Harimau Malaya, all the best for you. Main elok – elok walaupun saya ada terbaca pasal penjaga gol pasukan kita si Khairul Fahmi tengah dilanda masalah sebab curang dengan tunang beliau Elia jejariruncing..

Harap – harap beliau dapat fokus dan masalah ni dapat diselesaikan secara baik – baik.

Susah kan dapat pasangan public figure ni. Time tak femes takde orang kesah pun. Bila dah terkenal, mula la orang tu nak approach, orang ni nak dekat..sabor je la.

#ww Wordless Wednesday 4–Kemalangan

Wednesday, July 20, 2011

 

 

P4031174

 

Wordless Wednesday 3 – Meaning of ‘Malaysia’ in Urbandictionary #ww

Wednesday, July 13, 2011

 

 

 

ww3_meaning of malaysia in dictionary

Kisah Musa, Husin dan Pix. I hatechiu Husin.

Friday, July 8, 2011

Hai, selamat hari Jumaat. Ingat lagi pasal entri digi & maxis hari tu? Tengok kat gambar last sekali di entri tu.

Ya.

Pasal mouse saya yang tergunting dua kabelnya tu. Nama dia Musa, berjenama Logitech.

Musa hadir dalam hidup saya apabila ayah menemukan si comel Asus di dalam teksi van beliau peninggalan seorang hamba Allah dari Qatar. Boleh baca entri sepenuhnya di entri Macam mana saya dapat netbook ini part #1 & part #2.

mouse being cut_cable

Berbalik kepada kisah sedih Musa, orang yang bertanggungjawab tak lain tak bukan adalah budak yang curi cincin saya pada suatu masa dulu.

 

syabil

Ya..mat syabil (gelaran yg dia sendiri bagi) punya kerja. Sewaktu kejadian tu, saya kat bilik atas. Bila turun dari bilik mak cakap kabel Musa kena gunting(laptop time tu ada kat depan tv). Waktu kejadian tu, mat syabil datang dari bilik menjahit mak sambil pegang mouse dengan kabel usb yang dah terpotong dua tu macam orang tengah pegang ekor tikus meninggal.

Macam ni lebih kurang. Cuma dia dengan kedua – dua belah tangan.

Not talking

Maka tugas Musa digantikan oleh mouse free yang dapat waktu beli si Nerang (nama diberi on the spot waktu sedang menaip) hari tu.

mousedegil

Tapi performance dia sangat lah megecewakan. Nama dia Husin.

Sengal lah si Husin nih. Lain yang orang suruh buat. Lain yang dia buat. Kita tolak cursor naik ke atas, dia pegi ke bawah. Klik sekali, dia bagi triple klik. Jadi, bila mengomen kat blog orang, maka terhasillah komen berbaur spam macam ni ;

terlebihkomen

Sekali klik dia 3 mesej sedas keluar. Mesej yang sama.
Dem yu Husin.

Maka, terpaksa mencari pengganti si Husin ketegaq yang suka buat orang naik darah ni. Alan – alang dah si Nerang ni berwarna merah, maka haruslah mousenya pun berwarna seragam kannn. Dapat si comel ini dengan harga RM38. Nama dia Pix. Nama penuh dia Pixma. Keluaran Canon.

pixma_mouse

Performance dia okey la kalau nak dibandingkan dengan si Husin tu walaupun tak sebest si Musa. Tapi boleh diterima la..Musa walaupun saiz dia kecik berbanding Pix, tapi dia berat sikit dari Pix. Dan Musa adalah mouse jantan sebab dia tak perlukan pad lansung. Semua permukaan pun dia orait je dengar arahan. Kat atas table, atas buku, atas tilam, atas tikar buluh, atas peha (waktu darurat), kat mana – mana saja dia tak pernah tak dengar arahan.

Pix pula saya akan didik supaya menjadi mouse jantan (apakah?) supaya sentiasa mendengar cakap walaupun tanpa kehadiran si PAD. Ajar jadi independent sikit.

Husin? Toksah cakap lah. Ketegaq!

dead_mouse
RIP baby Musa Crying face

Like kalau anda rasa anda kacak & cun melecun

Langkawi dah macam Cameron.

Thursday, July 7, 2011

Hai, pagi ni saya bengang akan kenderaan tak pasang lampu dalam keadaan berjerebu.

Ini Cameron..

Cameron Highlands Hotels

..dan ini keadaanya di Langkawi sekarang.

P7061153

Pantai Kok, Langkawi – #seo

Dah macam Cameron kan? Nampak nyaman je padahal tengok keadaan macam ni je pun dah rasa nak batuk walaupun tak dok kat luar – tindakan refleks #kononnya.

P7061161

Pulau Buatan – banyak kapal layar sebab kat tepi tu ada marina.

P7061169

Sepanjang Pantai Kok, Langkawi – #seolagi

P7061151

Ni Jerebu terukkkkkk!

P7061152

Oh patutlah.

P7061178

Hepi working abang – abang.
Tengok jugak pemandangan di belakang. Berkabus.

Yang diatas ini gambar yang diambil pada kelmarin hari.

Ini gambar pada hari ini.

P7071166

View dari dalam pejabat – bahagian kiri. Lansung tak nampak laut.

P7071167

Nampak bangunan yang dalam pembinaan tu? (anak panah) Itu bukan hotel.
Itu rumah orang. HEBAT kan dapat buat rumah tepi laut? #perli

P7071168

View dari bahagian kanan. Lepas pembinaan kat depan pejabat ni siap, takde lagi dah seaview dari pejabat Sad smile

Tengok laut dapat pahala tauSmile

Seronok pulak merapu main hashtag twitter kat blogNyah-Nyah

Babai.

Kalau rasa hensem & jelita, sila Like Smile with tongue out

#WW Wordless Wednesday #2–Thanks :)

Wednesday, July 6, 2011

 

 

 

cenderahati_dari_australia

Monday, July 4, 2011

Single is better and makes you FAMOUS yay!

Sunday, July 3, 2011

Ada orang cakap. Orang la cakap kan..yang..

Single is better and makes you FAMOUS.

betul eh?




..betul kot =P *smirk


Satu hari yang bosan

Friday, July 1, 2011

Hai, hari ni (Khamis) menu makan tengahari saya sangat pedas sampaikenagunaduatisubolehperahperahlapidung.

Bertempat di Plaza Mara, Langkawi. Food court di Tingkat 3. Bihun sup dengan fresh oren. Fresh orennya sangat sedap hari ni!

Bihun sup RM 3.50 + fresh oren RM 1.50 = RM5 

Dalam perjalanan ke Plaza, singgah dahulu membeli pencuci mulut.
Saya tak ingat nama buah ni. Tapi buah ni dulu adalah kesukaan waktu kecik - kecik-.-"

Bihun sup sangat la pedas. Rasa macam tak boleh habiskan. Tu pun eksen tambah cili lagi. Tapi sebab sayang punya pasal, habiskan jugak. 2 helai tisu terkorban. Satu lap hidung, satu lap mata. Sambil makan sambil srot srot (lap hidung) tsk tsk (lap mata) - sound efek.

Hinggakan orang meja sebelah pun tegur "Aii..makan pun nak nangis?" "Pedas" saya balas padu.

Lepas makan jalan laju - laju balik ke pejabat (bajet bila jalan laju, makanan turun cepat maka takdelah masalah buncit melanda kann)

Memandangkan hari ni balik kerja 3.30 petang, singgah sebentar di Langkawi Parade. Cari kasut. Kasut yang sedia ada dah licin tapaknya.  Dah berapa kali nak jatuh time bukak pintu ketat pejabat saya tu..

Ada kejadian memalukan kat Guardian. Kalau rajin saya story :P Kakak kaunter tu garang betul..grrrr. 

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright