Slider

Check harga barang semasa dengan pricewatch oleh KPDNKK

Monday, August 23, 2010

Nak check harga barang di kawasan anda tanpa perlu buang masa, tenaga, minyak kereta, duit untuk makan malam sebab kalau keluar mesti akan pegi makan luar eh macam cakap pasal diri sendiri je hanya semata – mata untuk pergi buat perbandingan harga antara kedai dengan kedai yang lain?

Solusinya di sini. pricewatch. Dibangunkan oleh KPDNKK, korang boleh memeriksa harga barang walaupun hanya berkain batik, bert-shirt takde lengan, sambil masak pastu bila bawang merah habis boleh terus call ayah pegi beli kat kedai mana satu di pekan sebab harga dia murah dari kedai lain eh cakap pasal diri sendiri lagi.

Memperkenalkan..

pricewatch_disclaimer
Pricewatch - laman utama. Disclaimer.

 

Melalui video di atas, sila :

  1. Pilih lokasi anda.
  2. dan pilih di daerah mana anda tinggal. Apa? tinggal di Zimbabwe? Sori, takde dalam database.
  3. Memandangkan saya tinggal di Langkawi, haruslah check harga barang di Langkawi kan, takkan nak check harga barang di Kuala Terengganu pulak khennn? Tapi kalau anda dah rajin sangat apa salahnya.
  4. Pastu anda boleh lah pilih nak buat perbandingan kedai kategori mana. Pasar Raya / Supermarket ke, Pasar Basah Besar ke, Pasar Basah Kecil mahupun KEDAI SERBANEKA (24 JAM) nampak sangat copy paste dari website tu pemalas punya orang. Abaikan. Saya puasa *tetiba
  5. Bila dah keluar senarai perbandingan tu, boleh la cetak ke, salin ke pastu simpan buat rujukan (harga tak statik jadi kena semak selalu)

Jadilah pengguna yang berhemah. Mungkin setiap barang beza harganya cuma 20sen – 30sen. Tapi bayangkan, bila sekali dah pegi membeli time dapat gaji duit berkepuk – kepuk dalam dompet nak nak pulak tak buat list barangan yang nak dibeli, amek asal yang berkenan di mata, pastu bila dah check balik, tengok2 boleh jimat sampai puluhan ringgit atau ratusan ringgit mungkin, tak dak maknanya dah nak menyesal.

Paksu & cu saya jenis suka survey ke kedai – kedai sebelum membeli barang. Hasil dari survey diorang, diorang berjaya berjimat sebanyak RM50. Tak payahlah cakap kedai mana diorang pegi. Nanti kang di cop pilih kasih pulak. Dah dah nak print n nak bagi kat mak, ayah, paksu n cu, wa leha, maklang bedah, makcik marina, ngah mah rumah depan, mak ngah yah jiran belakang umah..bla..bla..bla..

22 comments:

  1. wah, thanks 4 d info..

    ReplyDelete
  2. memang tak rugi kalo survey dulu sebelum membeli ni. Confirm dapat jimatkan wang~ :D

    ReplyDelete
  3. harga utk boxer ade x?kl borong byk2 tkut gak kl die charge lebih kan

    ReplyDelete
  4. @ [ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ
    boxer??
    tak masuk list kot >.<

    ReplyDelete
  5. bagus ada panduan kalau tak abis kita kena tipu hehe...

    ReplyDelete
  6. @Syafrizal
    kan? terima kasih kat warga kerja kpdnkk pegi check harga barang di setiap kedai :D

    ReplyDelete
  7. gua nak cek rega barang kat bakau tua. ada?

    ReplyDelete
  8. @enjelinajolipit
    bakau tua? check dalam senarai ada x? T3T

    ReplyDelete
  9. harga rim basikal tak ada ka??,,selamat hari raya semua ok!,,=)

    ReplyDelete
  10. @CERITA LEBAT
    tunggu KPDNKK p check kat bengkel dulu..hehe..selamat hari raya :D

    ReplyDelete
  11. Ya, one of the way to protect consumer.

    ReplyDelete
  12. @Jobless Girl
    yay~ way to go smart consumer!

    ReplyDelete
  13. thanks for the info..boleh lar djadikan sebagai panduan :)

    ReplyDelete
  14. nice info lah..thanks yaa...!! :)

    ReplyDelete
  15. Salam,sy dah klik kat pricewatch tu.tp hampa.kpdnkk dah tukar me?cuba cik fina try.n bgtahukalau betul ok,bgla saya laman web.tgk mcm ade perubahan je.susah nk paut. .Tq.puteri_kuimas04@ yahoo.com.atau fb pon boleh.tq

    ReplyDelete
  16. masalahnya pegawai pemantau harga tuh betul ke update harga????huhuhu kalo btul update alhamdulillah kalo kekal harga lepas...???

    ReplyDelete

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright