Slider

Dapat surat kompaun dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang, sedangkan kereta tak keluar pun dari Langkawi.

Tuesday, June 7, 2011

 

Sebelum ni ayah ada terima surat tawaran kompaun dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Pelik apabila menerima surat itu sebabnya kami sekeluarga bercuti di Kuala Lumpur pada waktu itu. Dan kami ke sana melalui jalan udara jadi takkan la kereta tu nak dibawa keluar dari Langkawi. Ayah buat panggilan ke MPPP untuk me’rectify’ akan kejadian ini tapi diminta membuat penjelasan melalui surat (smlm baru dapat tahu ayah hantar surat ke MPPP)

Semalam ayah tunjuk lagi satu surat, dimintanya saya buatkan surat nak hantar ke MPPP. Eh, surat lagi? Surat yang ayah hantar hari tu? Takde tindakan dari pihak MPPP ke bila orang dah respon melalui surat? Dihantarnya lagi surat susulan siap ada tulisan warna merah bertulis – PERINGATAN TERAKHIR TINDAKAN MAHKAMAH di bawah letter head.

Ewah ewah.

Dah la tak bagi bukti kereta ayah ada kat tempat kejadian waktu tu, apahal pulak nak hantar surat lagi. Siasat la dulu. Orang dah hantar surat kata kereta ada di Langkawi pada masa tu, check la balik. Apa bukti yang mengatakan kereta tu ada di sana pada masa kejadian? Ada gambar? Bila orang dah hantar surat bagi penjelasan kata kereta tu ada di Langkawi pada tarikh tersebut, kau pegi lah check dengan Kastam. Mintak rekod keluar masuk kereta yang dimaksudkan tu. Takkan itu pun tak reti.

 

saman_parkingNombor Kenderaan : KV 8675 B
Surat kedua ini bertarikh 27/5/2011

Teksi ayah saya macam ni la :

Rupa bentuk teksi ayah saya. Tapi teksi beliau takdela dalam ni.

Info gambar : Stesen teksi ni betul – betul depan pejabat saya sekarang. Tapi dah musnah selepas banjir besar yang dialami pada tahun 2004.

Ini ada sedikit trivia pasal prosedur nak bawak kereta berplet KV (sahaja) keluar dari Pulau Langkawi.

  1. Nak bawak keluar kereta berpletkan KV dari Langkawi kena bayar cukai kat Kastam. Kena tinggalkan geran kereta di pejabat Kastam. Balik Langkawi baru Kastam bagi balik.
  2. Dalam setahun tempoh kereta berada di tanah besar adalah selama 90 hari.
  3. Tempoh sekali keluar, tak boleh lebih daripada 30 hari.
  4. Kalau nak bawak kereta tu keluar selama 2 bulan contohnya, sebelum cukup tempoh 30 hari, kena bawak balik ke Langkawi dan baru keluarkan semula kereta. Nampak macam banyak songeh tapi ada lah sebabnya kan Kastam tetapkan peraturan macam tu. Dah katanya kereta kat Langkawi murah kannnnn.
  5. Kereta kat Langkawi memang murah. Tapi tak boleh la datang Langkawi beli kereta pastu bawak keluar pegi tinggal di tanah besar. Siap sedialah nak membayar cukai yang silap – silap lagi tinggi chargenya dari harga kereta tu sendiri (mostly kereta import)
  6. Kalau kereta dah melepasi tempoh – tempoh tertentu (5 tahun keatas), nilai cukai menjadi lebih murah (untuk yang nak bawak keluar terus).

Picture credit : Gambar sendiri & Langkawi Story


Kalau suka, kliklah ye Open-mouthed smile


5 comments:

  1. ni mesti penangan sman ekor la ni.. tu yg bleh jd camtu.. heheh..

    ReplyDelete
  2. Tp kereta pn dok kat langkawi mcm mana pulak boleh kena saman?

    kami syak no plet palsu.

    ReplyDelete
  3. pelik.. skg ne mcm2..kat umah lame aie.. tuan rumah x byr cukai xpasal2 kita kene byr klau x brg kite kene lelong...

    ReplyDelete
  4. pernah terjadi pd sy dulu. sbb ad org pkai no plat palsu di kwsan skitar penang

    ReplyDelete

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright