Slider

Sakit lutut di usia 25..

Tuesday, March 30, 2010

Umur 25 dah sakit lutut, macam mana agaknya kalau Tuhan panjangkan usia saya lagi 25 tahun atau lebih? Adakah penyakit-penyakit yang memegang ranking tertinggi yang menyerang atuk-atuk dan nenek kita semua akan menyerang dengan lebih hebat lagi memandangkan umur tak masuk 30 dah sakit itu ini..Ish..tak mau tak mau..saya tak mau sakit sia sia..saya nak jadi nenek yang masih sihat walafiat dikala mencecah usia 50-60..nak jadi nenek yang bertenaga..yang masih mampu panjat Gunung Mat Chincang, yang masih boleh panjat tangga seribu kenangan ke Gunung Raya, nak jadi nenek yang boleh masuk Explorace ok dah lebih dah lebih..

Sejak sebulan lepas, lutut kiri saya selalu sengal-sengal. Tak dapat dipastikan kenapa. Takkan sebab banyak duduk pulak..saya ni jenis duduk tak diam. Kalau mengadap laptop, sekejap duduk bersila, sekejap regangkan kaki, sekejap meniarap kat lantai, sekejap begitu, sekejap begini..hmm..

Sampai lah satu hari, terjumpa seorang kawan yang sama-sama menjalani kursus PKA pada Disember tahun lepas di Bagan Lalang di FB..dan berlaku conversation seperti berikut : 

oh iyaa....tiba-tiba teringat..
Kes berlaku waktu buat aktiviti obstacle..peserta dilepaskan mengikut kumpulan. ada dalam 10 kumpulan n kumpulan saya adalah kumpulan ke.........tak ingat. 

Lepas melalui titi gantung, kawat berduri, gayut melepasi kolam, sampai la ke tembok 6 kaki [kalau tak silap], semangat ni..kaki kanan pijak encik yang bersandar kat tembok selaku penampan, then naik ke atas dengan bantuan encik kat dalam gambar tu yang sedia menstandby kan diri kat atas tembok..peh peh..yakin je panjat..
sekaliii..waktu kedua-dua kaki sudah melepasi tembok yang disebelah sana, terasa seperti kaki kiri kebas, sejuk, kejang, keras kat atas tu seminit..orang kat bawah dah standby nak sambut in-case salah landing..tiba-tiba..
sekejap sekejap..kaki saya..
hoh? kenapa pulak si fina ni? masing-masing cuak, heran, penuh tanda tanya sambil mata masing-masing tertumpu kat saya..

 dan saya tutup muka..dan..
.
.
.
.
.
.
.
.
.

..menangis kat atas tembok tu (T__T)


sangat memalukan..serius malu (_ _")


antara hero-hero yang terlibat dalam pembikinan adegan tersebut-.-"


Inilah akibatnya membuat aktiviti berat tanpa warm up.


Persoalan disini..adakah lutut saya jadi camtu disebabkan aktiviti tu..atau adakah pasal perkara lain..maka..tunggu apa lagi..pegi la check cik fina oii!



P/s - semalam saya terskip regime dumbbell X_X

14 comments:

  1. salam..
    kena cepat cek lutut tu....lutut bahagian paling berguna

    ReplyDelete
  2. mungkin kamu tak biasa buat kerja yang berat2.. tapi better pegi chekk

    ReplyDelete
  3. @1866206605352246202.0
    mereka memang hebat \O/

    ReplyDelete
  4. @8461000937445200354.0
    terima kasih pak long :) buat masa ni cuma makan ubat je..lepas ni baru pegi check

    ReplyDelete
  5. @8288985387344129267.0
    :P bukan tak biasa..cuma dah lama tak buat :D

    ReplyDelete
  6. huhu nanti 25 taun lagi jalan macam Dr.House..

    ReplyDelete
  7. @7062322663367762340.0
    jadi macam Dr House? oke, saya nak jadi doktor yang sengal mcm dia..tp taknak kaki mcm dia..boleh? haha

    ReplyDelete
  8. huhuhu..

    kalau saya sure gie cek lutut tue..
    lutut nak pakai lame..


    sila gie cek cik Fina oiii... :D

    ReplyDelete
  9. lutut sy pun saket.
    sy tau nape saket. tp namo crita kt sini.

    *malu*

    ReplyDelete
  10. @777340578099256797.0
    sy cuma makan ubat je buat masa ni..takut dah ni takut dah ni :-ss..nak g check, nk g check

    ReplyDelete
  11. @6247375627813059655.0
    kamu pun sakit lutut jugak adza? :O
    nape malu..:">
    jom g check sesama :">

    ReplyDelete
  12. blog walking..
    da folo kamu wahai sahabat..
    lets folo me=)

    ReplyDelete
  13. profile kamu tak dapat diakses..

    ReplyDelete

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright