Slider

Kerana "Dating" Lewat Malam, Siswi Dipaksa Lakukan Seks Oral oleh lelaki tidak dikenali

Tuesday, June 7, 2011


[HM]  SHAH ALAM: Keriangan seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi meluangkan masa bersama kekasihnya bertukar tragedi apabila dia dipaksa melakukan seks luar tabii dengan seorang lelaki tidak dikenalinya di sini, minggu lalu.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 malam ketika mangsa berusia 19 tahun sedang duduk bersembang dengan teman lelakinya di sebuah kawasan rekreasi di sini.
Tiba-tiba mereka didatangi dua lelaki menaiki motosikal sebelum seorang daripada mereka menuduh pasangan itu melakukan perkara tidak senonoh.

Menurut sumber, walaupun mangsa dan teman lelakinya menafikan tuduhan berkenaan kedua-dua suspek berkeras dengan tuduhan mereka dan mengugut melaporkan perkara itu kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
“Lelaki itu mengugut mangsa mereka akan melaporkan kepada Jais sekiranya mangsa dan teman lelakinya tidak menyerahkan wang sebanyak RM1,000 ataupun melakukan seks oral dan hubungan seks dengan mereka.
“Mangsa memberitahu dia tidak mempunyai wang sebanyak itu dan merayu tidak dipaksa melakukan perkara tidak senonoh itu,” katanya.

Kata sumber itu, walaupun mangsa merayu, suspek tidak mengendahkan tangisan wanita malang itu, malah terus membawa mangsa dan teman lelakinya ke kawasan gelap dan jauh daripada orang ramai.

Teman lelakinya ditinggalkan di kawasan agak jauh dari tempat mereka berdiri. Mangsa dipaksa melakukan seks oral bersama seorang lelaki terbabit dan kerana takut dicederakan, mangsa terpaksa menurut kehendak suspek.
“Kedua-dua lelaki itu turut meraba buah dada dan kemaluan mangsa selama lima minit sebelum meninggalkan mangsa sendirian di tempat itu,” katanya.

Mangsa ditemani teman lelakinya membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 11, di sini. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob mengesahkan kejadian berkenaan.

Duniacacamarba kata  “Bingai. Anda boleh meneka IPT yang dimaksudkan berdasarkan lokasinya di Shah Alam. Pengajaran bagi sesiapa yang gemar melakukan maksiat di tempat-tempat gelap dan tersembunyi.”

Kesian jugak. Tapi padan muka. Nak dating pn carilah tempat terang – terang sikit. Kedai makan ke, KFC ke. Pergi duduk kat tempat gelap – gelap sapa suruh. Tak pasal – pasal dah kena cabul. Yang si pelaku tu sangap sangat dah kot sampai boleh ke tahap tu dia buat.


Kredit : Duniacacamarba

 

20 comments:

  1. taw dah tempat katne...PADAN MUKA. dah la dating tgah malam..kena pulak lagi..bertimpa2 padah...ish3..dating la siang2...tak patot betol.

    ReplyDelete
  2. to those yg kata padan muka,

    ini hari mereka. hari kamu? hari aku? tak tahu lagi bila. sedang yang bertudung di siang hari pun boleh kena rogol.

    doa saja tidak jadi pada diri kita sendiri, atau keluarga kita.

    ambil sebagai pengajaran, jangan hanya sekadar baca dan mudah cari kesalahan orang lain.

    =)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. hmm....mntk2 la smpang.tp btoi gak.nk dating p la mc`d seksyen 2 tuu...xjaoh pon.prot pon kenyang...erk...

    ReplyDelete
  6. kesian bdak tu...bawak2 la byk istighfar....dan bertaubat lah nak ye...^^

    ReplyDelete
  7. @Cik Muda Nurul:)
    dari dulu lagi tempat tu jadi port berdating ni. duduk gelap - gelap memang mencari la.

    ReplyDelete
  8. @HEROICzero
    terima kasih atas pandangan kamu :)
    benda ni boleh dielakkan sebenarnya.

    ReplyDelete
  9. @aza shafiza
    tu la kan?

    eh, mcd ke kfc? bukan kfc ke? 4 bulan kat situ sekali je kot jejak restoran tu :P

    rindu pulak budak2 yg lain.

    ReplyDelete
  10. @Mica Gaja
    kesian tu memang kesian. lagi kesian bila memikirkan perasaan mak bapak diorang nanti..

    ReplyDelete
  11. x pasal2 kene raba 5 minit. masalah betul wakakap!

    ReplyDelete
  12. @suffer8zine
    tu la. kesian dia..tapi sapa suruh pegi dating kat tempat gelap. kalau tak, takkan la mangkuk - mangkuk tu boleh ugut sampai camtu sekali.

    ReplyDelete
  13. aiyo.. xtau nk ckp ape. pdn muka? kesian? elakkn la dr dok tmpt2 sunyi tu.. mmg ade yg cr peluang utk kenakn bdk2 mcm ni. hahah

    ReplyDelete
  14. heh..padan muka..ni mesti lepak2 kat tasik shah alam lewat malam ni..itu seb baik tak kena rogol..kapel membawa trabel..ish2..

    ReplyDelete
  15. @Kama Irahsa
    apa pun tak boleh


    bak kata jambu ML.

    ReplyDelete
  16. @Jejaka Terhangat
    sendiri cari penyakit.

    ReplyDelete
  17. mcmane dia tau 5minit.huhu

    takutnya dengar!

    ReplyDelete
  18. @cik helena
    huhu..dia agak2 kot >.<

    kalau saya la 5 minit tu rasa macam selamanya bila kena cabul. fuh fuh. takleh bayang..ngeri!

    ReplyDelete

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright