Slider

Bagaimana nak save element “HTML/Javascript” tanpa tajuk di Blogspot

Monday, June 28, 2010

Seriously, tension jugak bila tak boleh save. Huduh jadinya bila terpaksa letak satu karakter dan lepas tu muncul kat page. Meluat betul.

Sawan sekejap kat takleh edit sesuka hati. Thanks Paan sebab bagi idea kat twitter walaupun takde solution sebab dia tak guna blogspot.

Tadi, lepas ping entri ni & berjalan – jalan sekejap kat blog orang lain. Tiba - tiba..

 

Jeng jeng jengg…

 

Jumpa solution pasal ni! Yes!

Mekasih ouhstory pasal entri ni Big Grin

Pastu tengok kat blog Khairi KKS lagi easy the measy.

Nak tau macam mana?

Very the easy the simple mimple pimple dimple kapadia

    1. Page element – Add a gadget
    2. Macam biasa klik kat kotak Edit HTML/Javascript.
    3. Pastu masukkan kod HTML / Javascript yang yu admire.
    4. Kat bahagian kotak tu letak <a></a> ke, <b></b> ke, atau apa – apa je pembuka & penutup kod.
    5. Save!

Senang kan?

Boleh sawan balik lepas ni edit – edit blog Dancing

Entri hari Sabtu, exercise di petang hari, peluh macam air terjun, tak dapat tengok gerhana bulan

Sunday, June 27, 2010

Kasi can kat gambar bercerita.

Ini yang dimaksudkan exercise sampai peluh macam air terjun tu.

Pic6283 kelihatan mak dan syafiq di kejauhan.

tanah yang tinggi sedikit tu orang punya, so takleh sentuh.

kalau ada ular ke beruang ke harimau ke kira tawakal je la.

semak samun!

Pic6285adik syabil kelukaan.

Pic6288tapi masih mampu tersenyum tersengih

Pic6291mak, adik syabil & syafiq

Pic6292pembantu bersemangat. ni time ada mood nak posing

Pic6293macam ni lah jadinya. senyuman penuh keikhlasan

dengan pampersnya yang penuh tuHee hee

Aa..aa..aa..saya buat kerja jugak tau. Ini yang dalam gambar ni mak kasi final touch lepas saya dan syafiq kerjakan halaman tadi. Saya tengah tunggu turn nak mop lantai. Sebab tadi sapu pasir kat foyer abes debu penuh atas lantai ruang depan.

Pic6240ruang depan yang dimaksudkan

Pic6241lepas ni cadang nak letak bidai kat luar ni. senang nak tido.

kalo tak orang lalu – lalang nampakWhistling

Tak dapat tengok gerhana bulan malam ni sebab awan tebal Sad

Khamis itu sepertinya hari malang buat saya

Saturday, June 26, 2010

Malam sebelumnya.

“Eh, esok Jumaat ke Khamis?”

Check kalendar.

“Alaa..baru Khamis. Lambatnya minggu ni”

Haih.

Pegi tido.

Awal pagi ayah yang kejutkan sebab jam tak bunyi. Awalnya dah tersedar waktu azan Subuh tapi tak bangun sebab tak diizinkan solat. Itulah. Dah tersedar tu bangun je la terus. Ini tak, nak tido sambung – sambung mimpi pulak. Kan dah lambat. Kata cik Fina kepada diri sendiri [buat gaya budak darjah 2 tengah bercerita]

Bersiap secepat yang mungkin. Mana tahu masih boleh mengatasi masa yang tak pernah penat berdetik. Namun, masih sedar diri yang diri ini tak dapat melawan masa yang tak pernah gagal terlewat apabila mekap je pun dah dekat dua puluh minit sejak bila pulak cik fina pandai menulis sebegini ni. Dengan penuh keterpaksaan terpaksa mendail nombor adik sejawatan meminta dia tolong tekan kad segiempat tepat ke dalam kotak keramat sebelum jam 8; kotak punchcard.

Berkejar – kejaran di jalan raya, lagi suku setengah perjalanan ke pejabat kelihatan orang agak ramai di satu simpang U-turn. Mesti kemalangan. Slowkan skuter, keluarkan telefon bimbit di poket kiri, pilih option kamera, kelihatan para petugas ambulan tengah angkat seorang lelaki mat saleh sambil dibantu oleh beberapa orang pengguna jalan raya yang lain.

Tak dapat snap picture sebab tak dapat angle yang sesuai nak snap. Teruskan perjalanan bila teringatkan diri ni dah terlambat ke tempat kerja walaupun adik sejawatan dan tolong punchcardkan.

Setibanya di pejabat, kelihatan pejabat bos gelap. Erm, takkan cuti kot? Dapat informasi dari Julia, dia ke Alor Setar. Meeting lagikah? Takpelah.

Kerja tak banyak jadi masa dihabiskan dengan menulis entri yang banyak dan akhirnya transit kat draf. Takde hati nak habiskan taipan.

Waktu rehat, makan dengan Julia dan Kak Ana. Ada berita tak gembira pasal bos. Moga – moga semua urusannya dipermudahkan..Aminn..

Lepas makan, pegi TM Julia nak bayar bil Astro. Lepas tu pegi beli selendang. Beli satu selendang dan satu tudung Syria. Cantik.

Difast forwardkan, tiba waktu pulang 3.30 petang. Masa untuk balik. Pejabat dah lengang. Semua orang dah pulang. Tinggal saya sorang je lagi belum balik.

Bila tersedar yang saya berseorangan, terus siap – siap apa yang patut utk pulang.

Sampai di skuter, sangkut plastik berisi tudung dan handbag kompak [sebab padat letak netbook] di bawah tempat duduk dan bergerak balik.

Sebelum tu singgah isi minyak di Shell. Angkat beg kompak, berjalan ke kaunter pembayaran sambil keluarkan not RM5.

Waktu patah balik ke skuter dan waktu nak sangkut beg kompak ke tempatnya semula, plastik beg berisi tudung – tudung saya tadi takde!

Alamaaaaakkkk..ni mesti sangkut tak lekat ni. Isi minyak sampai penuh melimpah ruah. Bila dah tak boleh isi, pegi semula ke kaunter dan kelihatan abang kaunter dah bersedia dengan dua posen ditangan sebab dia tau saya akan pegi cakap kat dia “Bang, dah penuh”

Patah balik ke pejabat selepas isi minyak. Sambil tu usya – usya kat jalan kot – kot bersua dengan plastik tudung yang jatuh tu.

Sesampainya ke bangunan pejabat, terus pegi ke parking belakang bangunan dan terus mencari.

Sampai di simpang jalan besar, kelihatan satu plastik di tengah – tengah jalan. Sah! Itu tudung tu. Mata meliar mencari kelibat selendang. Itu dia tengah terbang di tengah jalan. Lama saya disitu. Memerhati. Tak berani. Jalan besar. Terpaksa pendam dalam hati nak pakai tudung yang baru dibeli. Kat kedai stok tu dah takde. Waktu beli tadi ada dua je. Saya beli satu, Julia beli satu.

Pulang dengan hati yang kecewaSigh

Ceritakan kejadian kat mak. Telefon Julia jugak mengadu. Julia cakap, nanti dia bagi tudung yang sama dia beli. Niat awalnya dibelikan utk kakak, tapi kakaknya nak tudung warna lain. “Takpe, hari Ahad kita pegi beli lagi”

Sayang. RM20 melayang. Walaupun sikit, tetap terasa kerugian. Bukan sebab nilai RM20 itu. Tapi sebab sikap cuai diri ini. “Fina kalut” kawan pernah berkata satu masa dulu. Betul lah tu.

Malam, Syafiq nak guna internet, meminta netbook yang masih belum dikeluarkan dari beg kompak. Arahkan Syafiq ambil sendiri. 

“Kak Naaaaa…mana kabel?”

Ha sudah! Kabel tak lekat dalam beg! Cik Finaa..fikiran kamu kemana?! 

”Kak Na lupa bawak balik kot. Gunalah dengan bateri yang ada tu.”

Punah harapan nak edit entri tertangguh tadi. Bagi jalan kat adik Syafiq guna internet. 2 jam dia guna. Sampai turn saya, belum sempat blog loading sampai habis, tiba – tiba..

LUP!

Terpadam.

Bateri habis.

Tutup netbook. Naik bilik.

Tidur awal malam ni.

Esok [Jumaat] pegi ambik kat pejabat.

Malangnya hari Khamis tu. Hari cuai Cik Fina.

World Cup 2010 : Portugal vs North Korea – Video Gol bergaya Cristiano Ronaldo yang sangat kacak.

Tuesday, June 22, 2010

Korang, mesti tengok kan semalam Portugal vs North Korea. Kesian Korea Utara teruk kena belasaah dengan Portugal. 7 – 0 dibantainya.
Paling best skali part Cristiano Ronaldo bagi gol. Dah la tersadung kaki penjaga gol, pastu bola jatuh atas kepala, terus disepaknya masuk gol haha. Tak sengaja tapi penuh bergaya. Aww.

Gol yang tak sengaja dan kacak


cristiano_ronaldo
Terus angau sekejap kat dia niDay dreamingLove StruckBlushing

I5Ra3L punya strategi kat Facebook. Jangan cepat melatah!

Hati-hati !!Mulai sekarang jangan pernah menuliskan kata2 yang 6 huruf yaitu I5Ra3L (tulisan biasa) di WALL, di Status, di Note atau saat mengupload apa saja, karena secara otomatis anda akan langsung masuk ke fans page ini


Coba lihat..!! Sudah banyak saudara kita yang masuk fans page itu…Padahal mereka tak bermaksud untuk gabung..

Mungkin Anda juga termasuk dari mereka yang telah tergabung tanpa disengaja.. Waspada dan segera untuk keluar karena jumlah anggota mereka setiap jam bertambah, jika kita menulis nama negara itu sesuai aslinya maka informasi itu akan di direct ke page 15r43L dan dimonitor sama mereka disana, semua postingan yg mengandung kata 15r43L ada disana juga.

Sebarkan vm ini ke saudara2 kita yang lain.. Karena kita bukan pengikut the real terorist..
Saya melihat mungkin anggota grup ini yang wall/note//tautan yang masuk ke dalam fans page itu, hati-hati ya..

tolong disebarin.

syukron.

(sumbEr dri group bErjuanglah, rEmaja islam!!)

copy sebijik – sebijik dari blog Ben Ashaari

Ha’ah la..tengok ni.yahudi_laknat

Facebook : Fungsi baru Like di komen orang lain

Waktu tengah browse – browse Home wall kat Facebook, ternampak status oleh Zack Zukhairi tentang senarai nama – nama tempat menarik. Sepertinya list honeymoon Tongue.

Terus komen kat situ, lepas komen, ternampak kat komen orang sebelum saya tu ada perkataan LIKE macam kat status. Hahah. Facebook ni, ada – ada je kan benda baru dia buat.

list zack

kecik? klik je la bagi besar

P/s – Kesian Korea Utara semalam kena belasah teruk dengan Portugal. 7 – 0 dibantainya. Takde belas kasihan lansung.

Perangai Pelik Fina Fento..ingat Hagemaru je ke ada perangai pelik..

Monday, June 21, 2010

Dalam diri setiap manusia mesti akan ada sifat pelik dan lain dari orang lain kan? Macam tu jugak dengan cik Fina ni. Jangan ingat Hagemaru je yang ada perangai pelik-pelik ye.

Berbalik kepada perangai pelik Fina Fento FF [perasan Fara Fauzana kejap..oke dah] iaitu diri saya sendiri, saya perasan yang saya ada mempunyai beberapa perangai pelik. Walaupun saya sedar perangai tu pelik dan niat dalam hati taknak buat lagi, tapi tetap buat jugak..Yang susahnya benda ni berlaku tanpa sedar.

Oh..suka diingatkan ye, perangai pelik saya takde la sepelik si Hagemaru yang nak glemer pakai baju belang macam Kondo dia pegi pakai suar katak berbelang bapak dia secara terbalik tu, tak pun sepelik dia buat kot bulu menggunakan bulu anjing dia hahaha nampak sangat kau ikut cerita si Hagemaru tu FF.

Eh, taklah. Adik-adik saya ye yang suka tengok kartun ni. So, nak taknak kena join jugak la kan..

Pic4591

♥ Syabil & Syafiq ♥

Dua budak sengal penyeri keluarga kami ♥

Jom tengok perangai pelik Fina Fento.

  1. Waktu naik moto suka kemam mulut dan automatik akan nampak macam tengah senyum. Ada orang tertipu dengan perangai pelik saya dan akan membalas ‘senyuman’ yang saya berikan
  2. Waktu bersalam dengan orang lain, saya takkan tengok muka dia malah akan tengok muka orang sebelah atau orang lain yang berada berdekatan. Malu orang tenung muka saya walaupun memang itu yang sepatutnya dilakukan ketika bersalam kan? Hulurkan salam, pandang orang yang kita salam dan senyum dengan penuh ikhlas.
  3. Kalau beli ball pen mesti bila balik rumah saya akan pastikan memasukkan secebis kertas kecil yang digumpal ke dalam part belakang pen yang boleh dibuka. Ini bagi memastikan mata pen yang saya gunakan tu panjang sebab saya tak suka menulis dengan mata pen yang pendek / kulup.Pic4551
  4. Bila usya seseorang dan apabila orang yang diusya tu perasan saya tengah usya dia, saya akan terus tunduk dan tengok kuku jari tangan.
  5. Apabila menunjukkan sesuatu kepada orang yang tak dikenali, jari telunjuk saya akan ditunjukkan ke kepala selepas menunjukkan perkara yang ditunjuk . e.g, customer salah masuk ofis, dan lepas saya tunjukkan ofis yang betul, hujung jari telunjuk akan terus melekat kat kepala lepas tunjuk. Aish.
  6. Teruja terlalu awal walaupun belum tau apa kesudahannya. Contoh, baru baca tajuk tutorial yang best kat internet n lepas baca tutorial tu saya dah gelak keterujaan macam dah berjaya buat tutorial tu (_ _”)
  7. Gelabah bila menjadi centre of attraction. Cth, time kenduri ada orang pandang – pandang, saya terus gelabah dan automatik saya akan kontrol pergerakan. Lagi ramai yang pandang lagi teruk.

Ih ih ihhhhhh..

Dapat buffered earning pertama & kedua..

Eksaited!

Baru lepas baca pasal ni kat blog sharinginfoz hari khamis lepas [time tu kat seminar], dan terasa nak check nuffnang saya. Tengok – tengok..

..dapat dua buffered earning! Yeah.

buffered_earning_pertama&kedua Buffered earning pertama & kedua dari Nuffnang!

digi_buffered

Best best.

Akhirnya dapat jugak.

Hee..

Sekarang baru saya faham apa itu Buffered Earning, apa itu Metered Earning.

Buffered Earning = hasil dari iklan / ads yang tengah running kat blog kita ni

Metered Earning = Hasil dari iklan / ads yang dah habis running.

 

P/s – Time tengah semangat tengah membara nak berblogging, internet pulak buat hal kat umah. Haih

Wahhh..rambut sorang blogger comel ni feature kat Photoscape lah :D

Sunday, June 20, 2010

Malam kelmarin dulu dulu dulu waktu tengah sangap internet down kat umah sedap-sedap baring mengiring sambil dok edit – edit picture kat photoscape, & waktu tengah best godek-godek kat dalam tu, saya terjumpa feature baru dan feature baru itu mengingatkan saya kepada seorang blogger comel ini!

Agak – agak siapa blogger comel itu? Nahhh..saya bagi klu

.

.

.

.

.

.

.

klu Boleh teka tak sapa?

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

dapat tak dapat tak?

Haha..

Oke oke..

Ni saya bagi gambar penuh

|

|

|

|

|

|

|

|

|

Tadaaa!!!

ailyl2

Kenal tak?

Ailyl ! ! !

ailyl3

Hahah..

Comel!

Ailyl, jangan marah ye nanti muka kedut – kedut jadi tak cantik Batting EyelashesBig Hug

Live update from Seminar Standard Dan Kepenggunaan 2010 di Langkawi Seaview Hotel

Thursday, June 17, 2010

Sekarang saya berada di dalam dewan Hornbill 1, Langkawi Seaview Hotel menghadiri Seminar Standard Dan Kepenggunaan 2010.

Awalnya, bos yang kena hadiri seminar ni. Tapi memandangkan hari ni hari Khamis dan bos kena hadiri dua mesyuarat penting, maka saya digantikan. Bos berminat dengan seminar ni sebab ada ceramah pasal keselamatan makanan, pelabelan makanan dan standard halal etc etc etc..Tapi disebabkan mesyuarat yang bos kena hadiri adalah penting, nak tak nak dia terpaksa hantar wakil.

Seminar ini dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Ada 5 slot kesemuanya dan 4 slot telah diselesaikan. Hanya tinggal lagi satu slot dari JAKIM.

Menurut Pengarah Negeri, ceramah dari JAKIM ini adalah best, maka saya tunggu dengan rela hati.. ceh ceh..ayat tak boleh belah.

Oke oke, saya dah mula rasa segan silu dah ni orang pandang – pandang. Nanti saya cerita dengan lebih lanjut ye. BabaiWaveYawn

Suka tulis lirik? Suka compose lagu? Nak jadi Pengarah Muzik? Memperkenalkan Keynote audition oleh Astro oh wow!

Wednesday, June 16, 2010

Wowww..tajuk aje dah dua baris.

Ni. Saya baru tahu ni. Keynote Audition. Satu lagi rancangan realiti tv yang diperkenalkan oleh Astro. Kali ni diorang mencari dan mencungkil bakat komposer muzik, penulis lirik dan pengarah muzik.

Ini baru best. Baru boleh layan. Asyik program nyanyi - nyanyi je. Audition, dapat masuk then terkeluar, dapat kontrak setahun dua lepas tu sunyi terus. Cuma yang betul – betul komited je boleh survive. Yang lain?

Back to the future topic, Pengacara Keynote Audition adalah Farish Aziz yang macam comel la pulak tengok, manakala juri tetapnya adalah Ajai yang kalau korang tak kenal memang la kan btw tahniah dapat babyyyy oke itu dua bulan lepas punya(-.-“), Aidit Alfian yang saya sangat suka lagu – lagu ciptaan dia dan Amin Hussen oke yang ni saya baru kenal malam ni dan satu juri jemputan untuk setiap minggu. Minggu ni punya juri jemputan yang saya nampak tadi ada Kudsia Kahar dan Zainal Abidin. Dan juga ada artis jemputan tau. Untuk episod pertama ni ada OMG Didie Alias yang macam anak dara memberontak! Rock abis la makcikkkk..Steady dan cargas dengan style rambut baru dia tu. No wonder la boleh kawen dengan lelaki lebih muda. Aktif bertenaga gituSmugSmug

Episod ni baru episod pertama so tak boleh nak expect apa – apa lagi. Menurut pandangan saya yang tak pandai sangat dalam bidang muzik ni ramai juga yang berbakat rupanya dalam bidang ini. Kenapalah tak dibuat dari dulu lagi program ni. Worth to watch. Sedap – sedap juga lagu dan melodi yang diorang cipta. Apatah lagi tempat audition siri pertama ini diadakan di Lim Kok Wing University of Crerative Technology. Boleh agak la kan kualiti lagu dan melodi yang diorang cipta.

Kesemua lagu adalah yang direka sendiri well dah nama pun nak mencari komposer, penulis lirik dan pengarah muzik kannnn. So, yang tak berapa nak berbakat tu, tak payah buang masa pegi audition tu ye. Eehhhh..bukan saya cakap aa..Farish Aziz yang cakap lebih kurang macam tu oke.

Yang bestnya, ada satu peserta tu main instrumen keyboard. Dia dendangkan lagu yang sangat nice. Ajai cakap macam lagu untuk Master Collection. Macam yang didendangkan kat hotel dengan piano tuu. Sejuuuuk je halwa telinga mendengar. Kalau tak pernah dengar macam mana lagu yang selalu didendangkan kat hotel dengan piano tu, pergi cari kat Youtube.

Berbalik kepada peserta tadi, dia nyanyi lagu rekaan sendiri tajuk Uda dan Dara kalau tak silap. Sangat klasik oke lagu dia. Lagu untuk pengantin baru rasanya sebab some of lyrics dia ada sebut pasal malam pertama ke apantah dan terus berangan sekejap nanti kat majlis kawen nak dinyanyikan lagu yang macam tu khas untuk acara perkahwinan saya sorang saja boleh?Batting EyelashesBatting EyelashesRaised Eyebrow

Ehhh, tak boleh tak boleh..kalau buat majlis dengan lagu – lagu nanti Haji Sofi tak sempat sampai ke pintu pagar, dia dah kona beskal patah balik ke rumah. Pernah jadi tau. Bayangkan kalau kita tuan rumah lepas tu tetamu buat macam tu. Mesti malu kan? Dia orang alim dan dia tak suka majlis – majlis yang ada lagu – lagu segala bagai ni memandangkan Haji Sofi ni orang terkenal dan sangat dihormati kat sini dan seharusnya beliau adalah salah seorang VIP dalam list jemputan ke majlis perkahwinan saya nanti eh dah melalut pasal kahwin pulak Tongue

Jadi, minggu depan mesti stay kat depan tv tune ke Astro Ria channel 104 yang time iklan tu sound dia kuat gila eh banyak komplen la kau Fina Fento oi, pukul 10.30 malam pada setiap hari Selasa malam Rabu. Itupun kalau tak berebut dengan ayah and adik Syafiq (_ _”). Ayah dengan sports channel dia and Syafiq dengan channel Astro Ceria dia. Itu pun ada hati nak soh tambah Cartoon Network. Kalau subscribe channel tu orang lain orang lain tak boleh tumpang la jawabnya. Ni tak termasuk adik Syabil lagi dengan Ma-uu (Hagemaru) and Etomen (Ultraman) dia tu.

Pic4602 Ahh..dan dan rindu Syabil dengan SyafiqSadCrying

Klik untuk pegi teros ke fan page Facebook dia. Klik aje, dia terus pegi ke tab baru..

Keynote Audition

Oke, dadaaaaaWave*bukan dada yang chest atau breast tu oke >.<”

P/s – Saya suka iklan Berbudi Bahasa Amalan Kita yang Pak Nil jadi doorman hotel kat Astro tu. Simple dan selamba. Tak la skema macam sesetengah iklan tv yang lain tu. Dah tu bawak watak karakter keras gila see kau komplen lagiFeeling beat up

P/s/s – Banyak gila perkataan ‘yang’ dalam entri ni sila hisab sekarang.

Perempuan, WAJIB BACA ni : Rahsia Petua Melayu Lama #2

Wednesday, June 2, 2010

Baiklah, selepas empat petua di entri yang lepas, sekarang saya bagi lagi empat petua.

Lubang Jarum 
(faham-faham sendiri)

Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari. 

Suara Perindu

Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu. 

Mengurut Pangkal Bunting Padi


Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis.Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima'setelah berkahwin nanti.

Payudara Montok

Elakkan dari rneniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam,kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.





Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright