Tuesday, June 29, 2010

Misi Rahsia. Tak boleh dedahkan.

Psst psst..saya ada satu rahsia.Wave

Tapi tak boleh bagitau sekarang.Batting Eyelashes

Hanya hari Khamis ni je boleh didedahkan.

Kalau anda jenis yang tak kisah terkecewa, dan nak tahu klu – klu sebelum rahsia didedahkan, sila follow twitter atau add saya kat facebook.Love StruckBlushingTongue

Sekian.

P/s – mulut tengah kunci..zriiiiiiiip [kunci mulut] Dont tell anyoneStriaght Face

 

 

Monday, June 28, 2010

Bagaimana nak save element “HTML/Javascript” tanpa tajuk di Blogspot

Seriously, tension jugak bila tak boleh save. Huduh jadinya bila terpaksa letak satu karakter dan lepas tu muncul kat page. Meluat betul.

Sawan sekejap kat takleh edit sesuka hati. Thanks Paan sebab bagi idea kat twitter walaupun takde solution sebab dia tak guna blogspot.

Tadi, lepas ping entri ni & berjalan – jalan sekejap kat blog orang lain. Tiba - tiba..

 

Jeng jeng jengg…

 

Jumpa solution pasal ni! Yes!

Mekasih ouhstory pasal entri ni Big Grin

Pastu tengok kat blog Khairi KKS lagi easy the measy.

Nak tau macam mana?

Very the easy the simple mimple pimple dimple kapadia

    1. Page element – Add a gadget
    2. Macam biasa klik kat kotak Edit HTML/Javascript.
    3. Pastu masukkan kod HTML / Javascript yang yu admire.
    4. Kat bahagian kotak tu letak <a></a> ke, <b></b> ke, atau apa – apa je pembuka & penutup kod.
    5. Save!

Senang kan?

Boleh sawan balik lepas ni edit – edit blog Dancing

Sunday, June 27, 2010

Gatal b*j*k, horny, sangap..apa sudah jadi ni.

Warning. Ini bukan saja – saja di pos sebab nak tarik trafik ke apa. Ini cerita betul. Kalau rasa tersinggung, sila berlalu dari sini. Terima kasih.

Gila punya tajuk. Tapi itulah kenyataannya..

Gini kisahnya..Ada satu malam tu, saya rasa mengantuk. Tapi masih degil nak online. Macam bosan pun ada jugak. Bila dah bosan tu mata terasa nak tido awal..lepas blogwalking dua tiga blog, balas kunjungan org yg drop by kat shoutbox, komen blog kawan-kawan lebih kurang, dan buka Facebook sekejap walaupun takde hati nak buka.
Browse dekat Feed, terjumpa statement yang SANGAT SANGAT SANGAT memeranjatkan oleh kawan saya.

manusiajahat
Lepas saya login masuk akaun dia..
Klik kalau tak cayaStriaght Face

Ya Allah! Biar betul budak ni?! Apa kes ni?? Mata yang ala-ala mengantuk time tu terus jadi sugar bugar. Dua tiga kali saya ulang-ulang baca post status dia.
Eh..kejap kejap..
.
.
.
Tapi kan..

..berdasarkan akhiran ‘neh’ kat belakang ayat dia tu saya dah tau bukan kawan saya yang tulis benda ni sebab setahu saya kawan saya tak pernah lansung menggunakan perkataan tu.
Maka tahulah saya yang bukan dia yang tulis. Terus call dia bertanyakan hal ni. Dia yang tak online pada malam tu terkejut dan gelabah takut kawan-kawan yang lain baca status tu. Gila weh, apa hal pulak nak letak status sangap, horny, gatal itu ini segala. Dia minta saya tolong remove status tu. Saya dapatkan email and password dia dan berita gembira, password belum ditukar oleh manusia kurang ajar tu. Terus saya tukar password FB dia dan buatkan email baru untuk dia.

Kawan saya ni kesian pun ada jugak. Jadi mangsa stalker internet. Semua chat dia kat dalam YM dan setiap aktiviti kawan saya kat internet di stalk. Oleh kawan dia sendiri! Manusia biadap. Nak katakan dia cemburu, what’s the point? Kawan saya ni bukannya girlfriend si kurang ajar tu pun. Just kawan baik kat dalam internet dan diorang pun pernah jumpa.
Dan saya pun difahamkan si kurang ajar tu pun dah ada kekasih. Untuk apa pulak nak cemburukan kawan saya ni sampai ke tahap stalk setiap aktiviti dia kat internet kan? Ini sudah lebih. Setiap komunikasi di YM dapat di trace budak kurang ajar tu. Hal - hal yang diadu oleh kawan saya kat YM pun budak kurang ajar tu dapat tau. Terus ugut kawan saya ni jangan cuba mengadu kat orang lain.

Sekarang saya tak tahu macam mana perkembangan dia. Dia pun dah jarang online dah sekarang. Takut kena stalk lagi kot.

P/s – Hati – hati.

Entri hari Sabtu, exercise di petang hari, peluh macam air terjun, tak dapat tengok gerhana bulan

Kasi can kat gambar bercerita.

Ini yang dimaksudkan exercise sampai peluh macam air terjun tu.

Pic6283 kelihatan mak dan syafiq di kejauhan.

tanah yang tinggi sedikit tu orang punya, so takleh sentuh.

kalau ada ular ke beruang ke harimau ke kira tawakal je la.

semak samun!

Pic6285adik syabil kelukaan.

Pic6288tapi masih mampu tersenyum tersengih

Pic6291mak, adik syabil & syafiq

Pic6292pembantu bersemangat. ni time ada mood nak posing

Pic6293macam ni lah jadinya. senyuman penuh keikhlasan

dengan pampersnya yang penuh tuHee hee

Aa..aa..aa..saya buat kerja jugak tau. Ini yang dalam gambar ni mak kasi final touch lepas saya dan syafiq kerjakan halaman tadi. Saya tengah tunggu turn nak mop lantai. Sebab tadi sapu pasir kat foyer abes debu penuh atas lantai ruang depan.

Pic6240ruang depan yang dimaksudkan

Pic6241lepas ni cadang nak letak bidai kat luar ni. senang nak tido.

kalo tak orang lalu – lalang nampakWhistling

Tak dapat tengok gerhana bulan malam ni sebab awan tebal Sad

Saturday, June 26, 2010

Khamis itu sepertinya hari malang buat saya

Malam sebelumnya.

“Eh, esok Jumaat ke Khamis?”

Check kalendar.

“Alaa..baru Khamis. Lambatnya minggu ni”

Haih.

Pegi tido.

Awal pagi ayah yang kejutkan sebab jam tak bunyi. Awalnya dah tersedar waktu azan Subuh tapi tak bangun sebab tak diizinkan solat. Itulah. Dah tersedar tu bangun je la terus. Ini tak, nak tido sambung – sambung mimpi pulak. Kan dah lambat. Kata cik Fina kepada diri sendiri [buat gaya budak darjah 2 tengah bercerita]

Bersiap secepat yang mungkin. Mana tahu masih boleh mengatasi masa yang tak pernah penat berdetik. Namun, masih sedar diri yang diri ini tak dapat melawan masa yang tak pernah gagal terlewat apabila mekap je pun dah dekat dua puluh minit sejak bila pulak cik fina pandai menulis sebegini ni. Dengan penuh keterpaksaan terpaksa mendail nombor adik sejawatan meminta dia tolong tekan kad segiempat tepat ke dalam kotak keramat sebelum jam 8; kotak punchcard.

Berkejar – kejaran di jalan raya, lagi suku setengah perjalanan ke pejabat kelihatan orang agak ramai di satu simpang U-turn. Mesti kemalangan. Slowkan skuter, keluarkan telefon bimbit di poket kiri, pilih option kamera, kelihatan para petugas ambulan tengah angkat seorang lelaki mat saleh sambil dibantu oleh beberapa orang pengguna jalan raya yang lain.

Tak dapat snap picture sebab tak dapat angle yang sesuai nak snap. Teruskan perjalanan bila teringatkan diri ni dah terlambat ke tempat kerja walaupun adik sejawatan dan tolong punchcardkan.

Setibanya di pejabat, kelihatan pejabat bos gelap. Erm, takkan cuti kot? Dapat informasi dari Julia, dia ke Alor Setar. Meeting lagikah? Takpelah.

Kerja tak banyak jadi masa dihabiskan dengan menulis entri yang banyak dan akhirnya transit kat draf. Takde hati nak habiskan taipan.

Waktu rehat, makan dengan Julia dan Kak Ana. Ada berita tak gembira pasal bos. Moga – moga semua urusannya dipermudahkan..Aminn..

Lepas makan, pegi TM Julia nak bayar bil Astro. Lepas tu pegi beli selendang. Beli satu selendang dan satu tudung Syria. Cantik.

Difast forwardkan, tiba waktu pulang 3.30 petang. Masa untuk balik. Pejabat dah lengang. Semua orang dah pulang. Tinggal saya sorang je lagi belum balik.

Bila tersedar yang saya berseorangan, terus siap – siap apa yang patut utk pulang.

Sampai di skuter, sangkut plastik berisi tudung dan handbag kompak [sebab padat letak netbook] di bawah tempat duduk dan bergerak balik.

Sebelum tu singgah isi minyak di Shell. Angkat beg kompak, berjalan ke kaunter pembayaran sambil keluarkan not RM5.

Waktu patah balik ke skuter dan waktu nak sangkut beg kompak ke tempatnya semula, plastik beg berisi tudung – tudung saya tadi takde!

Alamaaaaakkkk..ni mesti sangkut tak lekat ni. Isi minyak sampai penuh melimpah ruah. Bila dah tak boleh isi, pegi semula ke kaunter dan kelihatan abang kaunter dah bersedia dengan dua posen ditangan sebab dia tau saya akan pegi cakap kat dia “Bang, dah penuh”

Patah balik ke pejabat selepas isi minyak. Sambil tu usya – usya kat jalan kot – kot bersua dengan plastik tudung yang jatuh tu.

Sesampainya ke bangunan pejabat, terus pegi ke parking belakang bangunan dan terus mencari.

Sampai di simpang jalan besar, kelihatan satu plastik di tengah – tengah jalan. Sah! Itu tudung tu. Mata meliar mencari kelibat selendang. Itu dia tengah terbang di tengah jalan. Lama saya disitu. Memerhati. Tak berani. Jalan besar. Terpaksa pendam dalam hati nak pakai tudung yang baru dibeli. Kat kedai stok tu dah takde. Waktu beli tadi ada dua je. Saya beli satu, Julia beli satu.

Pulang dengan hati yang kecewaSigh

Ceritakan kejadian kat mak. Telefon Julia jugak mengadu. Julia cakap, nanti dia bagi tudung yang sama dia beli. Niat awalnya dibelikan utk kakak, tapi kakaknya nak tudung warna lain. “Takpe, hari Ahad kita pegi beli lagi”

Sayang. RM20 melayang. Walaupun sikit, tetap terasa kerugian. Bukan sebab nilai RM20 itu. Tapi sebab sikap cuai diri ini. “Fina kalut” kawan pernah berkata satu masa dulu. Betul lah tu.

Malam, Syafiq nak guna internet, meminta netbook yang masih belum dikeluarkan dari beg kompak. Arahkan Syafiq ambil sendiri. 

“Kak Naaaaa…mana kabel?”

Ha sudah! Kabel tak lekat dalam beg! Cik Finaa..fikiran kamu kemana?! 

”Kak Na lupa bawak balik kot. Gunalah dengan bateri yang ada tu.”

Punah harapan nak edit entri tertangguh tadi. Bagi jalan kat adik Syafiq guna internet. 2 jam dia guna. Sampai turn saya, belum sempat blog loading sampai habis, tiba – tiba..

LUP!

Terpadam.

Bateri habis.

Tutup netbook. Naik bilik.

Tidur awal malam ni.

Esok [Jumaat] pegi ambik kat pejabat.

Malangnya hari Khamis tu. Hari cuai Cik Fina.

Wednesday, June 23, 2010

Trafik hari ini dan keyword terpanjang [37 patah perkataan]

Mata dah pedih dan tak larat.

Niat nak pegi tido.

Tapi sayang sebab ada game Mexico menentang Urugay sebab ada Dos Santos Day dreaming

Memandangkan kat blog ada buffered ads, kena mantain trafik.

Orang tengah ciwi kan, sebelum tido wajib cek Nuffnang.

Bila dah cek perkembangan kewangan yang macam tak kembang pun tu, terus la cek Keywords dengan Referrals.

Macam pelik bila takde statistik kat keyword tu bila dia jadi camni :

gilapanjangpunyakeywordkecik? klik la bagi besar

Fuyyoooooo…tak pernah – pernahnya dapat keyword sepanjang ni. Sahih copy paste ni haha.

keyword_fentomatte_blogspot

klik bagi besar

model kuku pun ada orang cari jugak?

youtube video seks ustaz and ustazah 7 minit ni tak basi – basi lagi ke?

luna maya video seks blogspot & hasil keputusan luna maya ni mesti pasal kes keyword sesat tu

sukarelawan wartawan astro awani ni pasal pos pasal kapal mavi marmara kena serang t

petua melayu lama mesti akan sampai kat sini atau sini – perempuan memang wajib baca. sangat berguna ai tell yu.

peraduan online ni tak lain tak bukan pasal pos yang saya menang pendrive bulan Februari dulu Big Grin

hati-hati !!mulai sekarang jangan pernah menuliskan kata2 yang 6 huruf yaitu i5ra3l (tulisan biasa) di wall, di status, di note atau saat mengupload apa saja, karena secara otomatis anda akan langsung masuk ke fans page ini ni mesti yang pasal strategi i5ra3l kat facebook yang saya pos tadi [kira perkataan yg saya bold tu ada berapa]

keynote pengacara & astro keynote audition sudah semestinya carian tu akan sampai kat pos pasal Keynote Audition oleh Astro Ria tu hehe.

Habis part Keywords.

P part referrals pulak.

Terkejut jugak dapat seramai itu pengunjung dari satu blog ni

refferal_ailyl

Hee Big Grinmekasih yang! entri terbaru dia disertakan gambar yang saya edit kat entri rambut helmet dan di link ke blog saya. Maka mencurah bak air hujan dari salju apa saya merapu pun tak tahu dah ni.

Mata dah mengantukYawn. Selamat malam. Jom tidoSleepyNah pelukBig HugciumKiss

BabaiWave

Tuesday, June 22, 2010

World Cup 2010 : Portugal vs North Korea – Video Gol bergaya Cristiano Ronaldo yang sangat kacak.

Korang, mesti tengok kan semalam Portugal vs North Korea. Kesian Korea Utara teruk kena belasaah dengan Portugal. 7 – 0 dibantainya.
Paling best skali part Cristiano Ronaldo bagi gol. Dah la tersadung kaki penjaga gol, pastu bola jatuh atas kepala, terus disepaknya masuk gol haha. Tak sengaja tapi penuh bergaya. Aww.

Gol yang tak sengaja dan kacak


cristiano_ronaldo
Terus angau sekejap kat dia niDay dreamingLove StruckBlushing

I5Ra3L punya strategi kat Facebook. Jangan cepat melatah!

Hati-hati !!Mulai sekarang jangan pernah menuliskan kata2 yang 6 huruf yaitu I5Ra3L (tulisan biasa) di WALL, di Status, di Note atau saat mengupload apa saja, karena secara otomatis anda akan langsung masuk ke fans page ini


Coba lihat..!! Sudah banyak saudara kita yang masuk fans page itu…Padahal mereka tak bermaksud untuk gabung..

Mungkin Anda juga termasuk dari mereka yang telah tergabung tanpa disengaja.. Waspada dan segera untuk keluar karena jumlah anggota mereka setiap jam bertambah, jika kita menulis nama negara itu sesuai aslinya maka informasi itu akan di direct ke page 15r43L dan dimonitor sama mereka disana, semua postingan yg mengandung kata 15r43L ada disana juga.

Sebarkan vm ini ke saudara2 kita yang lain.. Karena kita bukan pengikut the real terorist..
Saya melihat mungkin anggota grup ini yang wall/note//tautan yang masuk ke dalam fans page itu, hati-hati ya..

tolong disebarin.

syukron.

(sumbEr dri group bErjuanglah, rEmaja islam!!)

copy sebijik – sebijik dari blog Ben Ashaari

Ha’ah la..tengok ni.yahudi_laknat

Facebook : Fungsi baru Like di komen orang lain

Waktu tengah browse – browse Home wall kat Facebook, ternampak status oleh Zack Zukhairi tentang senarai nama – nama tempat menarik. Sepertinya list honeymoon Tongue.

Terus komen kat situ, lepas komen, ternampak kat komen orang sebelum saya tu ada perkataan LIKE macam kat status. Hahah. Facebook ni, ada – ada je kan benda baru dia buat.

list zack

kecik? klik je la bagi besar

P/s – Kesian Korea Utara semalam kena belasah teruk dengan Portugal. 7 – 0 dibantainya. Takde belas kasihan lansung.

Monday, June 21, 2010

Perangai Pelik Fina Fento..ingat Hagemaru je ke ada perangai pelik..

Dalam diri setiap manusia mesti akan ada sifat pelik dan lain dari orang lain kan? Macam tu jugak dengan cik Fina ni. Jangan ingat Hagemaru je yang ada perangai pelik-pelik ye.

Berbalik kepada perangai pelik Fina Fento FF [perasan Fara Fauzana kejap..oke dah] iaitu diri saya sendiri, saya perasan yang saya ada mempunyai beberapa perangai pelik. Walaupun saya sedar perangai tu pelik dan niat dalam hati taknak buat lagi, tapi tetap buat jugak..Yang susahnya benda ni berlaku tanpa sedar.

Oh..suka diingatkan ye, perangai pelik saya takde la sepelik si Hagemaru yang nak glemer pakai baju belang macam Kondo dia pegi pakai suar katak berbelang bapak dia secara terbalik tu, tak pun sepelik dia buat kot bulu menggunakan bulu anjing dia hahaha nampak sangat kau ikut cerita si Hagemaru tu FF.

Eh, taklah. Adik-adik saya ye yang suka tengok kartun ni. So, nak taknak kena join jugak la kan..

Pic4591

♥ Syabil & Syafiq ♥

Dua budak sengal penyeri keluarga kami ♥

Jom tengok perangai pelik Fina Fento.

  1. Waktu naik moto suka kemam mulut dan automatik akan nampak macam tengah senyum. Ada orang tertipu dengan perangai pelik saya dan akan membalas ‘senyuman’ yang saya berikan
  2. Waktu bersalam dengan orang lain, saya takkan tengok muka dia malah akan tengok muka orang sebelah atau orang lain yang berada berdekatan. Malu orang tenung muka saya walaupun memang itu yang sepatutnya dilakukan ketika bersalam kan? Hulurkan salam, pandang orang yang kita salam dan senyum dengan penuh ikhlas.
  3. Kalau beli ball pen mesti bila balik rumah saya akan pastikan memasukkan secebis kertas kecil yang digumpal ke dalam part belakang pen yang boleh dibuka. Ini bagi memastikan mata pen yang saya gunakan tu panjang sebab saya tak suka menulis dengan mata pen yang pendek / kulup.Pic4551
  4. Bila usya seseorang dan apabila orang yang diusya tu perasan saya tengah usya dia, saya akan terus tunduk dan tengok kuku jari tangan.
  5. Apabila menunjukkan sesuatu kepada orang yang tak dikenali, jari telunjuk saya akan ditunjukkan ke kepala selepas menunjukkan perkara yang ditunjuk . e.g, customer salah masuk ofis, dan lepas saya tunjukkan ofis yang betul, hujung jari telunjuk akan terus melekat kat kepala lepas tunjuk. Aish.
  6. Teruja terlalu awal walaupun belum tau apa kesudahannya. Contoh, baru baca tajuk tutorial yang best kat internet n lepas baca tutorial tu saya dah gelak keterujaan macam dah berjaya buat tutorial tu (_ _”)
  7. Gelabah bila menjadi centre of attraction. Cth, time kenduri ada orang pandang – pandang, saya terus gelabah dan automatik saya akan kontrol pergerakan. Lagi ramai yang pandang lagi teruk.

Ih ih ihhhhhh..

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected