Sunday, July 25, 2010

Peniaga kedai runcit di kawasan kampung kat Langkawi kena belajar bahasa Inggeris la nampaknya lepas ni.

Petang kelmarin, pegi ke kedai kat kampung membeli barang – barang makanan dan sedikit keperluan bersama syafiq dan adik syabil. Waktu pilih barang, kelihatan dari luar satu keluarga mat salleh berjalan kaki masuk ke kedai. Si ayah, si ibu, si anak perempuan dan seekor anjing berwarna hitam.

Terus saya panggil Syafiq tengok – tengokkan adik Syabil supaya tidak berada berdekatan dengan mereka. Bukan takut apa, takut nanti tak pasal – pasal di sentuhnya anjing tu tak ke kes naya.

Nasib baik, hanya keluarga tu je yang masuk ke kedai. Anjing hitam diorang tak kelihatan. Mungkin diarahkan supaya tunggu di luar. Kalau dibawa masuk, wajiblah kena tarbiah dengan ai. Bukannya apa, kita tak tau tahap mana ‘kesopanan’ anjing mereka kan? Buatnya jenis yang ramah tamah suka serbu orang ataupun jenis suka menjilat sana sini haaa dah jadi kes lain pulak.

Tuan kedai muka dah lain. Tak dapat dipastikan samada tak suka kehadiran mereka atau cuak sebab nanti tak terjawab bila orang – orang putih tu bertanya itu ini nanti. Bukannya nak merendah – rendahkan kebolehan berbahasa Inggeris orang kampung, tapi itu kenyataanya kan? Bahasa Inggeris kurang dititikberatkan di kalangan penduduk kampung tambah lagi golongan yang hanya bekerja di dalam kampung dan golongan yang bukan belajar (sekolah, kolej, u) atau yang bekerja di pekan.

Nampaknya lepas ni penduduk kampung kena belajar speaking la. Mana tak nya, orang – orang putih ni semakin hari semakin ramai kat kampung ni. Kat Langkawi ni, bukan kampung saya je, kat kampung – kampung lain pun sama. Berjiran dengan orang – orang putih.

Orang – orang putih ni pulak pandai, beli tanah (yang jelas – jelas tanah orang kampung), beli rumah kayu yang orang kampung tak guna sebab dah buat rumah simen, refurnish balik rumah – rumah kayu tu, sapu cat sikit, syelek sikit, decorate sikit kat dalam tu, kemudian promote kat kawan – kawan diorang dan orang – orang di negara diorang melalui website. Bijak kan? Bayangkan, dengan kabin kontena tu pun diorang boleh buat duit.

Cerita pasal tu nanti saya cerita di lain entri. Nak ambil gambar sekali sebagai bukti saya tak cakap kosong. Boleh la belajar bawak kereta sekali yang dah bertahun – tahun dapat lesen tapi bawak pun tak cekap lagi heehee.

Lepas bayar, saya terus ajak adik – adik balik sambil usya – usya cara orang – orang putih tu membeli barang. Sangat detail. Nak beli roti buku, diperhati & dibacanya keseluruhan plastik tu. Mungkin tak biasa dengan jenama roti tu kot. Nampak sangat muka diorang macam tak selesa. Tahap kebersihan kedai tu yang agak berdebu mungkin.

Waktu angkat adik syabil naik skuter, dia tanya,
“Kak Na, mana kambing Kak Na?”

“Ha ha..bukan kambing la adik, itu anjing

“Anjing..” dia ulang balik.

adik syabil

umur baru 2 tahun

Balik ke rumah, Syafiq cakap, waktu orang – orang putih tu sampai, adik Syabil nak serbu pegi kat anjing tu. Orang putih tu pun awalnya arahkan anjing dia masuk ke kedai tu tapi alih – alih anjing dia melencong pegi ke tepi kedai di bahagian luar. Nasib baik.

4 comments:

  1. hmm~ tapi penniaga2 kena tau jugak sikit2 cakap omputih. pelancong kat ramai. tambah lak kat langkawi tu kan. btw, tak faham yang part omputih guna kabin kontena tu pon boley wat duit. camne tu? nnt story mory ya. :)

    p/s: ada kabel besar tak?? jom baca entry pasal kabel besar kat blog HLN. :)

    ReplyDelete
  2. kambing dengan anjing same ke. huhuh

    ReplyDelete
  3. @Anne Boleyn
    AB, kalau kat kawasan pekan atau tourist attraction logik la diorang kena pandai cakap english. kat kampung ni dulu orang tak kisah sangat sebab mana ada mat salleh nak masuk kedai runcit kampung yg tak standard kan..tp sekarang dah lain..

    ReplyDelete
  4. @2927848857976569077.0
    haha..ntah la. dia tengok seakan - akan kot :P

    ReplyDelete

Ni dah basuh kaki ke belum?

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected