Sambungan dari cerita pasal ayah & orang putih dihujung kampung ni..baca dulu entri ni untuk feel yang lebih..
Cerita Orang Putih
Mak sedara saya pernah cerita hal orang putih yang menyewa sebuah rumah di kampungnya. Ada perjanjian tertentu yang diorang buat. Tapi setakat janji mulut. Bila orang putih tu langgar perjanjian mulut diorang, tuan rumah memprotes dan mengungkit perjanjian yang diorang dah buat. Tapi dengan kecerdikan orang putih tu, tuan rumah tak dapat berbuat apa – apa. Sebab?
Sebab orang putih tu pakai peguam, sebab takde hitam putih, takde tandatangan waktu perjanjian dibuat dulu. Silap – silap haribulan, rumah yang bukan hak dia pun dia boleh buat sampai jadi milik dia. Jangan dibuat main, diorang ni apa – apa sikit guna peguam, kena pulak peguam yang pandai belit, benda tak betul pun, jadi betul. Mestilah kan. Dah namanya peguam. Mesti nak kena menang kes bila dah terima kes dan kemudian dibayar untuk fight kat court. Takkan la dibayar untuk kalah kes pulak kan? Kot mana pun diorang kena fight kalau dah dibayar hatta kes kesalahan tanam pokok tanpa kebenaran tuan rumah sekalipun. Itu contoh.
Itu bezanya orang putih dan orang kita. Diorang kuat dengan peguam. Apa – apa hal semua pakai peguam. Kita pula kuat dengan budi bahasa dan amanah. Diorang, lagi kuat peguam, lagi mudah hidup. Tanggungjawab jatuh atas bahu peguam. Tanggungjawab diorang, cuma bayar peguam tu je. Orang kita sangat berat tanggungjawab. Amanah. Bukan perkara yang mudah. Walaupun berjanji mulut, takde hitam putih, takde meterai tandatangan, amanah adalah lebih besar dari semua tu. Sangat tinggi kedudukan dan martabat amanah ni. Bila dah janji, kena tunaikan sebaik mungkin. Itu namanya amanah. Tapi itu dulu, sekarang ni amanah ni macam dah hilang fungsi dan maknanya. Kan?
Pecah amanah sana sini, rasuah berleluasa, kroni celah sana, lobi celah sini. Wallahualam..
betul3 tu fina
ReplyDeletekalau dengan org luar kite kene berhati2
pastikan ade hitam putih
>.<
@TTT
ReplyDeletedah start risau dengan keadaan kampung ni T___T
huishh..
ReplyDeletedasat..
@Aujinz
ReplyDeletenanti sy buat entri khas utk cite nih..bagi bukti gambar baru best kan?