Slider

Kalau korang dapat student macam ni, apa korang rasa?

Monday, July 19, 2010

kalau dapat cikgu mcm ni konpem tak tido dalam kelas ^_^



Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.


Murid : Selamat sejahtera cikgu!


Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan
cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?


Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!
Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!
Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

26 comments:

  1. ish ish ish..
    harus berenti belajar kalau macam tue..

    gaggagaga

    ReplyDelete
  2. budak cm ini cerdik..bakal jd lawyer..hheee.

    ReplyDelete
  3. @Aujinz
    kalau saya jadi cikgu, konfem resign teros hahak

    ReplyDelete
  4. @hiro
    bole celen karpal singh tak agak2 :> :P

    ReplyDelete
  5. hehee..boleh saja..keh2..bijak2..ibu stuju.

    ReplyDelete
  6. @hiro
    keh keh keh..bior bagi ramai sket mcm karpal :P

    ReplyDelete
  7. alamak.. red belom basuh kaki lagi la kt sini.. jgn marah yer..
    kalo ada budak mcm tu, aku terus kol ospital tonjong romboton.. huhu

    ReplyDelete
  8. @RedBoy
    hahah..submit diri sendiri kat tanjung rembutan :))

    ReplyDelete
  9. eheee...dah begolek2 aku gelak ni ha..dah2...sian cikgu tu

    ReplyDelete
  10. fuyyo...cikgu ajar politik la...huhuhu

    ReplyDelete
  11. @Mohamad Nur Hidayat
    tu lah..kalau saya mau nangis ngn budak2 mcm ni haha

    ReplyDelete
  12. @Q
    Q, kalau awak baca dialog cikgu je awak akan faham..:D

    ReplyDelete
  13. ini baru pelajar bijak hehe :p

    ReplyDelete
  14. @Fitrihadi.com
    sangat bijak..haha

    ReplyDelete
  15. @Sharinginfoz
    terlebih fokus hahah

    ReplyDelete
  16. budak2 pun boleh tahansengal eh...

    http://wanssei.co.nr

    ReplyDelete
  17. @Wan Ssei
    bayangkan setiap sekolah ada satu kelas murid2 dia sengal macam ni..haha

    ReplyDelete
  18. @[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ
    hahah! bijak kan diorang?=.="

    ReplyDelete
  19. @3952389455949703285.0
    haha..mc seminggu :))

    ReplyDelete
  20. Sebab tu cikgu kena bawak rotan. Baru depa tak berani menjawab. Heeee

    ReplyDelete
  21. @JohnJenin
    ahah..budak - budak zaman sekarang dah tak heran dh dengan rotan ni encik john..baru piap rotan kat meja dah sound bapak dia soh hantar loyer :P

    ReplyDelete
  22. hehehe..bestkan..da penah dpt email mcm ni dulu.
    Tapi lecturer tu hensem sgt. Klu dpt lecturer mcm tu setiap hari mesti ada masalah tak faham apa yg diajar. terpaksa pegi bilik untuk ekstra tuition..hohoho

    ReplyDelete
  23. @ila-ali
    mesti kena amek nombor sebelum dapat jumpa dia..keh keh keh

    ReplyDelete

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright