Slider

Sejarah Solat 5 Waktu :Subuh:

Saturday, July 3, 2010


Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi – nabi yang lain, umat nabi Muhammad SAW telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak.

Sejarah Solat Subuh

Manusia pertama yang mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Nabi Adam a.s iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, nabi Adam a.s pun bersembahyang 2 rakaat.

Rakaat pertama : Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.

Rakaat kedua : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Cara Praktik Solat Subuh (2 rakaat)

 solatsubuh1solatsubuh2  solatsubuh3 solatsubuh4 solatsubuh5 solatsubuh6 solatsubuh7 solatsubuh8 solatsubuh9

Doa Qunut

qunut

Allah humah dini fiman hadait.

Wa'a fini fiman 'afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a'tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha 'alait.
Wainnahu layadziluman walait.
Walaa ya'izzuman 'adait.
Tabaa rakta rabbana wata'alait.
Falakalhamdu 'ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa'atubu ilaik.
Wasallallahu 'ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam.

Maksudnya:

Tuhanku, pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin. Dan afiatkanlah aku bersama orang yang telah Engkau beri. Dan peliharalah aku seperti orang yang telah Engkau pelihara. Dan anugerahilah aku seperti orang yang telah Engkau anugerahi. Dan lindungilah aku dari perkara yang telah Engkau qadhakkan. Kerana Engkau yang menghukum bukan Engkau yang dihukum. Tidaklah hina orang yang telah Engkau muliakan. Tidaklah mulia orang yang telah Engkau hinakan. Amat berkat Engkau hai Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Maka bagiMu pujian atas apa yang telah Engkau hukumkan. Ampunilah aku dan maafkanlah aku. Dan Allah limpahkanlah rahmat dan sejahtera kepada junjungan Nabi Muhammad yang ummiy dan keluarganya serta sahabatnya.

credit : Diari Islam 2010 – Wholesal-Mart, kelasiqra & e-zakat

4 comments:

  1. ooo..info yg menarik..sejarah solat maghrib pulak cmne ye?

    ReplyDelete
  2. @[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ
    amboi amboi..
    tunggu satu - satu naa..kita ikut turutan oke? :D

    ReplyDelete
  3. solatlah sebagaimana aku (nabi) solat :)

    ReplyDelete

Meriahkan komen anda di sini

Powered by Blogger.

Pages

Theme Designed By Hello Manhattan
|

Your copyright

Your own copyright