Saturday, July 31, 2010

Terengganu : Sini saya datang! (Here I come!)

30 Julai 2010

Pukul 4.30 petang kami sekeluarga bergerak ke Jeti. Sebelum tu singgah di Billion Supermarket membeli sedikit keperluan yang kalau takde memang tak boleh jalan – jalan dibuatnya. Makan pula di Laksa Penarak untuk santapan tengahari / petang sekaligus malam. Takut tak sempat makan bila tiba di sana (padahal ada masa lagi 2 jam sebelum bas jalan) dan takut jugak termakan kat gerai yang makanannya tak berapa sedap kat sebelah sana. Choi..muluttttttFeeling beat up 

Pic7165 
buat peneman dalam bas

 

Pic7166
satu beg lagi peneman kami sekeluarga

Pic7169
kesian beg Polo ni dah mengelupas

Pic7170  
kurang kasih sayang dari tuan dia sebab jarang guna. sobs

Pic7177
“Ini untuk Syaza” kata Syabil

Pic7175
last but not least gambar tauke blog.
Baik, sila muntah sekarangStriaght Face

 

Masa tengah padet ni, saya kat dalam feri. So, cepat sket dapat publish bila ada internet available. Hehe.

Okelah, bateri pun dah berlari perlahan (running low), berjumpa lagi di episod akan datang. Babai.

Friday, July 30, 2010

Kemaskini Pantas

Time ni tengah siap – siap pakaian untuk cuti kali ni. Pergi ke Terengganu. Feri pukul 7 petang dan bas pukul 11 malam.

Akan menaiki bas dari Shahab Perdana ke Putrajaya.

Tunggu update dari saya. Atau follow twitter saya. Kawan – kawan kat facebook, jangan nakal – nakal ye TongueHee hee

Ambil cuti selama 3 hari. Ahad, Isnin & Selasa. Rugi pulak tak ambik cuti 5 hari terus. Kalau tak boleh dah bersenang – lenang tak payah fikir pasal kerja selama 9 hari Batting Eyelashes.

Takpelah, cuti lama – lama nanti kang lemau pulak nak masuk kerja.
Baiklah, tunggu update dari saya ye.
Nak siap – siap betul – betul tanpa teralih pandangan ke
si chomel ini dengan menidurkan dia sekejap sebab kalau tak, sampai ke tengah malam kerja tak siapNot talking

Pic6676Akan merindui pemandangan ini selama 3 hariSad
orang cakap, selalu tengok laut dapat pahala, betul eh?

dan jugak diorang diorang diorang ni

Pic7079  
Bad & Apis

dan juga

Pic7087
Julia gebus!Love Struck

Korang jaga makmal tu elok – elok ye, nanti kita beli extension kita pasang peti ais letak makanan tak berkhasiat kat dalam tu banyak - banyak. Makan sampai bos datang ketuk kepala sorang – sorang sebab dia panggil lambat sangat nak bangun jalan pegi ofis dia hahah.

Babai!KissCall meWaveHee hee

Verifying My Blog on Ping.sg







Thursday, July 29, 2010

Tak mustahil lepas ni hidup berjiran dengan orang putih di tempat sendiri. Itu buat saya bimbang.

Sambungan dari cerita pasal ayah & orang putih dihujung kampung ni..baca dulu entri ni untuk feel yang lebih..

Cerita Orang Putih

Mak sedara saya pernah cerita hal orang putih yang menyewa sebuah rumah di kampungnya. Ada perjanjian tertentu yang diorang buat. Tapi setakat janji mulut. Bila orang putih tu langgar perjanjian mulut diorang, tuan rumah memprotes dan mengungkit perjanjian yang diorang dah buat. Tapi dengan kecerdikan orang putih tu, tuan rumah tak dapat berbuat apa – apa. Sebab?

Sebab orang putih tu pakai peguam, sebab takde hitam putih, takde tandatangan waktu perjanjian dibuat dulu. Silap – silap haribulan, rumah yang bukan hak dia pun dia boleh buat sampai jadi milik dia. Jangan dibuat main, diorang ni apa – apa sikit guna peguam, kena pulak peguam yang pandai belit, benda tak betul pun, jadi betul. Mestilah kan. Dah namanya peguam. Mesti nak kena menang kes bila dah terima kes dan kemudian dibayar untuk fight kat court. Takkan la dibayar untuk kalah kes pulak kan? Kot mana pun diorang kena fight kalau dah dibayar  hatta kes kesalahan tanam pokok tanpa kebenaran tuan rumah sekalipun. Itu contoh.

Itu bezanya orang putih dan orang kita. Diorang kuat dengan peguam. Apa – apa hal semua pakai peguam. Kita pula kuat dengan budi bahasa dan amanah. Diorang, lagi kuat peguam, lagi mudah hidup. Tanggungjawab jatuh atas bahu peguam. Tanggungjawab diorang, cuma bayar peguam tu je. Orang kita sangat berat tanggungjawab. Amanah. Bukan perkara yang mudah. Walaupun berjanji mulut, takde hitam putih, takde meterai tandatangan, amanah adalah lebih besar dari semua tu. Sangat tinggi kedudukan dan martabat amanah ni. Bila dah janji, kena tunaikan sebaik mungkin. Itu namanya amanah. Tapi itu dulu, sekarang ni amanah ni macam dah hilang fungsi dan maknanya. Kan?

Pecah amanah sana sini, rasuah berleluasa, kroni celah sana, lobi celah sini. Wallahualam..

Tuesday, July 27, 2010

Senaman cantikkan hidung

Dalam penjagaan muka, hidung juga harus diambil kisah kerana hidung adalah antara anggota badan yang paling awal akan terkena panahan cahaya matahari ketika panas terik sewaktu anda berdiri di tengah panas dan akan menyebabkan kulit atas hidung anda terbakar seperti udang kena bakar what kind of mukadimah is this??

Proceed.

Takrifan
Kata nama
  1. organ di muka untuk mencium atau menyedut udara.
    Kita bernafas melalui hidung siang dan malam.
  2. (kiasan) bahagian depan sesuatu benda, muncung.
    Lihat hidung kapal terbang itu.
Kata majmuk
  • batang hidung
  1. tulang yang membina hidung.
  2. (kiasan) kelibat (imbasan) seseorang atau sesuatu.
  • kena batang hidung: (kiasan) (berkenaan kecaman, sindiran) tepat mengenai seseorang.
  • lubang hidung: bahagian yang berlubang pada hidung untuk membolehkan kita mencium dan menyedut udara.
  • sekat hidung: bahagian antara kedua-dua lubang hidung.
  • tidak nampak batang hidung, tidak nampak muka hidung: (kiasan) tidak kelihatan langsung rupa seseorang kerana tidak hadir, tidak pernah muncul.
Kata terbitan
  • berhidung: mempunyai hidung.
  • menghidung: mengucapkan sesuatu melalui hidung (dengan sengau).
Etimologi

Daripada keluarga Oceania.

Sebutan

Kamus Dewan: hi·dung

Tulisan Jawi

هيدوڠ

Senaman Hidung

budak_buat_hidung 

Laughing

sumber

Monday, July 26, 2010

Ohh..gemuk lagi la cik Fina gayanya..

Baru balik dari pekan. Oh itu pukul 11.15 malam tadi. Ni sambil taip entri samil meraban kat facebook. Kenyang sampai nak muntah. Makan mee bandung yang banyak gila dengan udang yang berekor ekor tu ya allah nikmat, milo suam dengan kerang bakar. Nyams.

Pegi pekan sebab nak tukar kemeja yang beli tengahari tadi di Langkawi Parade. Ingatkan muat, rupanya kecik sket :P, nampak sangat la dah gemuk budak Fina ni..terlupa yang berat dah naik sejak beberapa minggu lepas akibat aktiviti membantai makan tak tentu masa sebab asal lapar makan asal lapar makan dan hasilnya badan yang semakin membulat. Dah la ketot >.<”

Pic7029mee bandung..nyams!

Pic7025 

milo dia kawww gila. i loike.

Pic7033

 

Asalnya nak tukar baju yang warna putih tu je, tapi last – last terbeli yang warna ungu tu sekali sebab harga yang saya nak tukar tu kurang dari harga baju yang beli tengahari tadi. Ada baki lagi RM5, nak tak nak kena beli item lain. Hasilnya, terpaksa beli kemeja ungu tu. Terpaksa lah sangat kau cik Fina oi..Itu pun mak yang suggestkan soh beli kemeja lagi satu untuk kerja. Kalau tak, benda mengarut – mengarut je yang dibeli..ehehe..

 

Oke, sudah masa tido. Besok nak pegi airport. Tak bukan sebab nak berangkat keluar dari Langkawi ke apa..Pegi airport sebab nak cari nyamuk >.<”. Kerjaaaaa…

Selamat malam!

Sunday, July 25, 2010

Kisah Ayah dan Orang Putih di hujung kampung

Bila dah bercerita pasal orang putih ni, mula lah nak melalut. Dah lama pendam pasal ni. Cuma masa dan idea tu je kurang. Bila dah ada idea ni, sampai 2 3 entri nak dibuat.

Ayah adalah seorang pemandu teksi. Di hujung kampung dekat bukit, terdapat satu kawasan yang diduduki oleh orang – orang putih. Tanah – tanah bukit di situ di jual oleh orang – orang kampung kepada orang – orang putih tersebut untuk dijadikan penempatan dan juga sebagai mata pencarian mereka di sini. Buat homestay. Ada website. Tapi tak ingat linknya.

Sangat cantik pemandangan dari kawasan perumahan yang diorang bina. Tambah – tambah lagi di waktu petang. Dengan sawah terbentang di depan mata di kaki bukit dan melihat sang matahari sedikit demi sedikit menyembunyikan diri di balik bukit bukau di hujung sana pulau ketika senja. Subahanallah. Sangat indah cahaya jingga itu.

Tapi apa kan daya. Dah jadi hak milik orang. Ayah pernah masuk ke kawasan perumahan diorang pick – up customer. Kata ayah, anjing – anjing diorang sangat ramah. Baru ayah nak jejakkan kaki turun dari teksi ayah, anjing – anjing tadi terus serbu datang kat ayah. Terus cepat – cepat ayah masuk semula ke dalam van. Sampai la anjing – anjing tu berlalu baru ayah keluar balik dari van. Dah macam tu diajar tuannya kan. Dah menjadi kebiasaan. Semua orang pun diorang nak serbu tanda menunjukkan yang diorang tu tak garang dan friendly. Banyak ekor pulak tu.

Ayah cakap lagi, hiasan dalaman rumah diorang sangat cantik. Kemas, teratur dan dekoratif. Well, orang banyak duit kan, apa pun boleh jadi. Duit dah banyak, pandai pulak cari jalan nak tambahkan duit kat bumi Langkawi ni. Orang kampung pula suka bila dapat jual tanah kat orang putih (segelintir). Dapat banyak duit. Sedikit demi sedikit tanah tu dijual kat orang putih, last – last menumpang di bumi sendiri. Ye lah, tanah sendiri dah jadi milik orang. Atas apa alasan sekalipun, menjual tanah kepada warga asing adalah langkah terakhir yang akan saya fikirkan. Wallahualam.

Itu pun tak tahu perjanjian yang macam mana diorang buat. Orang putih ni jenis detail. Siap peguam bagai. Kita yang kurang arif selok belok proses jual beli ni terus jual tanpa fikirkan kesan di masa akan datang. Memang tak semua orang – orang putih ni jahat. Tapi, dalam baik – baik diorang, ada jugak dia nak kelebihan dari kita. Yang jenis jahat ni *telah lah. Licik.

Dulu je la ayah selalu pick – up customer kat situ, lepas tu ayah tolak bila pemilik homestay tu call ayah. Macam – macam alasan ayah bagi. Bukan tolak rezeki. Tapi demi keselamatan ayah jugak. Setiap kali ayah pegi, anjing – anjing pemilik homestay tu akan datang serbu nak bagi sambutan selamat datang yang hangat (warm welcome). Eloklah ayah stop pick up customer kat situ pun. Saya tak berapa gemar ayah pegi situ. Rasa macam tak sedap hati walaupun pada awalnya saya bersyukur ayah dah ada regular customer. Nasib baik ayah pun berfikir yang sama.

Kamus : *telah – sedia maklum

Peniaga kedai runcit di kawasan kampung kat Langkawi kena belajar bahasa Inggeris la nampaknya lepas ni.

Petang kelmarin, pegi ke kedai kat kampung membeli barang – barang makanan dan sedikit keperluan bersama syafiq dan adik syabil. Waktu pilih barang, kelihatan dari luar satu keluarga mat salleh berjalan kaki masuk ke kedai. Si ayah, si ibu, si anak perempuan dan seekor anjing berwarna hitam.

Terus saya panggil Syafiq tengok – tengokkan adik Syabil supaya tidak berada berdekatan dengan mereka. Bukan takut apa, takut nanti tak pasal – pasal di sentuhnya anjing tu tak ke kes naya.

Nasib baik, hanya keluarga tu je yang masuk ke kedai. Anjing hitam diorang tak kelihatan. Mungkin diarahkan supaya tunggu di luar. Kalau dibawa masuk, wajiblah kena tarbiah dengan ai. Bukannya apa, kita tak tau tahap mana ‘kesopanan’ anjing mereka kan? Buatnya jenis yang ramah tamah suka serbu orang ataupun jenis suka menjilat sana sini haaa dah jadi kes lain pulak.

Tuan kedai muka dah lain. Tak dapat dipastikan samada tak suka kehadiran mereka atau cuak sebab nanti tak terjawab bila orang – orang putih tu bertanya itu ini nanti. Bukannya nak merendah – rendahkan kebolehan berbahasa Inggeris orang kampung, tapi itu kenyataanya kan? Bahasa Inggeris kurang dititikberatkan di kalangan penduduk kampung tambah lagi golongan yang hanya bekerja di dalam kampung dan golongan yang bukan belajar (sekolah, kolej, u) atau yang bekerja di pekan.

Nampaknya lepas ni penduduk kampung kena belajar speaking la. Mana tak nya, orang – orang putih ni semakin hari semakin ramai kat kampung ni. Kat Langkawi ni, bukan kampung saya je, kat kampung – kampung lain pun sama. Berjiran dengan orang – orang putih.

Orang – orang putih ni pulak pandai, beli tanah (yang jelas – jelas tanah orang kampung), beli rumah kayu yang orang kampung tak guna sebab dah buat rumah simen, refurnish balik rumah – rumah kayu tu, sapu cat sikit, syelek sikit, decorate sikit kat dalam tu, kemudian promote kat kawan – kawan diorang dan orang – orang di negara diorang melalui website. Bijak kan? Bayangkan, dengan kabin kontena tu pun diorang boleh buat duit.

Cerita pasal tu nanti saya cerita di lain entri. Nak ambil gambar sekali sebagai bukti saya tak cakap kosong. Boleh la belajar bawak kereta sekali yang dah bertahun – tahun dapat lesen tapi bawak pun tak cekap lagi heehee.

Lepas bayar, saya terus ajak adik – adik balik sambil usya – usya cara orang – orang putih tu membeli barang. Sangat detail. Nak beli roti buku, diperhati & dibacanya keseluruhan plastik tu. Mungkin tak biasa dengan jenama roti tu kot. Nampak sangat muka diorang macam tak selesa. Tahap kebersihan kedai tu yang agak berdebu mungkin.

Waktu angkat adik syabil naik skuter, dia tanya,
“Kak Na, mana kambing Kak Na?”

“Ha ha..bukan kambing la adik, itu anjing

“Anjing..” dia ulang balik.

adik syabil

umur baru 2 tahun

Balik ke rumah, Syafiq cakap, waktu orang – orang putih tu sampai, adik Syabil nak serbu pegi kat anjing tu. Orang putih tu pun awalnya arahkan anjing dia masuk ke kedai tu tapi alih – alih anjing dia melencong pegi ke tepi kedai di bahagian luar. Nasib baik.

Berat badan sudah naik 5 kilo.

Pic6663

Berat sudah naik oh. 5 Kilo pulak tu.

Ini berat 15 hari lepas. Agak – agak nak naik ke turun lepas ni? Makan je kejanya.

Pagi kelmarin bersarapan dengan sebungkus nasi lemak dan semug teh. Tengahari pula makan bihun PAMA, kemudian disusuli dengan secawan aiskrim. Petangnya, pergi kedai beli roti azan dengan kuih pau bakar. Lama gila tak makan kuih pau dengan roti azan. Sedap gila. Nikmat. Cuma yang tak bestnya, roti azan dah naik harga dari RM0.30 jadi RM0.50. Kuih pau pulak, dari besar saiz piring cawan teh dah tinggal besar tapak tangan adik syabil je. Aish.

 

P/s – Abaikan mamee kat background gambar no satu tu :|

P/s – Abaikan juga ketinggian saya. Saya tau saya ketot=.=”

P/s – Cuba nak menulis se skema yang mungkin tapi tak boleh. Macam pelik. Kenapa nak tulis skema? Sebab saya try google translate kan penulisan saya, agak kelakar hasilnya.

‘’

Kasihan siapa dapat girlfriend macam ini

 

lelakiVSperempuan

Anda macam ni kah?
Sila pilih satu :

 

Ya

 

Tidak

Hee heeHee hee

sumber

 

Friday, July 23, 2010

Kolektibel? Ada ke perkataan tu?

Terperasan waktu pegi ke Pos Laju Taman Berlian nak pos surat untuk bos.

Pic6884Oh. Ada rupanya. Ilmu baru.

kolektibel

maklumat dapat kat sini

Thursday, July 22, 2010

Jom tengok gambar sampai muntah..

Jangan fikir yang bukan – bukan ye.

Tengok lama – lama kat gambar – gambar dibawah ni.

illusion1

illusion_2

illusion3

illusion4

illusion5

 

Ada orang tengok gambar ni sampai naik loyaLaughing

oke, saya pun Sick

sumber 1 sumber 2

Ping your blog, website, or RSS feed for Free
MyFreeCopyright.com Registered & Protected